Sunday, March 16, 2014

:'(

assalammualaikum..

lama tak menulis kat sini.. hari ini Ahad.. banyak kejadian berlaku akhir-akhir ni.. di Malaysia.. di sekeliling kita.. maklum semua tahu Malaysia ditimpa pelbagai dugaan.. ada yang sedar ada yang tidak.. kehilangan MH370 menjadi tumpuan seluruh dunia.. aku, tidak mahu mengulas mengenai itu.. cuma berharap agar pesawat itu akan segera ditemui..

jerebu.. itu juga dugaan.. dengan keadaan yang panas dan kering.. kita diuji.. paras air yang berkurangan mendukacitakan.. namun, Alhamdulillah.. hujan telah turun.. moga ianya bermanfaat walau sekejap.. membasahkan bumi dengan rahmatNya.. insyaAllah.. itu petunjuk masih ada sinar untuk kita.. maka harus tabah dan terus berdoa..

***

dan kisah aku.. hari rabu.. dapat tahu bahawa atuk aku meninggal.. walau aku tidak rapat.. tapi pemergian itu mengejutkan aku jua.. sayu juga hati mendengar mak cerita ayah menangis.. tapi aku bersyukur kerna ayah aku dapat menjaga atuk.. semoga arwah atuk ditempatkan dikalangan orang beriman.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. begitu juga dengan arwah atuk, nenek, mak long dan saudara yang telah pergi dulu.. Al-Fatihah..

***

manusia diduga lalu berduka,
berhadapan masalah tidak terkira,
tabahlah dikau wahai manusia,
moga ada hikmah disebaliknya..

p/s: maafkan aku duhai insan atas segala salah yang telah ku lakukan... :(