Tuesday, October 22, 2013

cantik dan aku...

cantik itu subjektif
punya erti berbeza
mengikut manusia
dan cita rasa..

dan aku,
aku mengerti
aku tidak cantik
tidak pula berseri
walau tersenyum..
dan lagi hodoh
bila menangis
bila berduka..

aku tertanya
walau aku tidak cantik
walau rupaku tidak manis
tidak bolehkan engkau
menerima aku seadanya
mengasihi aku apa adanya..

tidakkah kau pernah berkata
bahwa kau tidak memilih paras rupa
tetapi mengapa dengan aku
kau lupakan prinsip kau itu?

sungguh aku terhina disisimu
sungguh aku terasa denganmu
dan aku sedar
aku tidak sempurna untukmu
aku tidak layak buatmu..


p/s: please, love me for who i am..

No comments: