Wednesday, September 11, 2013

kawan oh kawan...

assalammualaikum..


kadang ada kawan yang mahu kita merasai kesusahannya, 
namun dia sendiri tak mampu rasai kesusahan kita. 
tapi tak mengapa kawan, semoga Allah merahmatimu. 
terima kasih juga atas budi baikmu itu. 
maafkan aku andai tak mampu memuaskan hatimu.
ku berharap kau mampu menyelesaikan segala masalahmu.
dan doaku agar kau bahagia selalu.

dalam persahabatan, ada memberi dan menerima.
jika aku selalu menerima, aku ucapkan terima kasih padamu.
jika aku selalu memberi, harap aku telah lakukan seikhlas hati.
pada matamu mungkin aku bukanlah yang terbaik,
tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik.
harapanku untuk bersahabat denganmu selalu.

kawan, usah mudah terasa hati.
aku manusia biasa yang kadang tak mengerti.
perbuatanku adakalanya melampau, 
dan kau pula tidak mampu menerimanya,
maka maafkanlah lagi diri ini.

tiada maknanya dalam persabatan jika tiada kemaafan,
bukan kefahaman yang kita perlukan tapi kasih berpanjangan,
moga kita kan kekal berhubung dalam jalinan,
dan akan berbahagia dalam persahabatan..

INSYAALLAH...

p/s: untukmu yang bergelar sahabat. sayang selalu walau jauh dimata. :)

2 comments:

naim fazrin said...

I am sad even more... :'(

Amie Amisya said...

@naim fazrin..

la tahzan.. dont be sad.. life is full with mysteries that sometimes we could not handle it, but there will a little meaning at least for us to appreciate.. insyaAllah..