Sunday, September 29, 2013

haaaa....

assalammualaikum..

okay.. berdasarkan title kat atas tu, sila menguap ye.. bukan terkejut atau mengeluh.. hehe.. ya, menguap.. atau pun salah satu bentuk alasan yang menyatakan kita mengantuk.. padahal masa menaip ni elok je.. cuba kalau masa baca article atau journal mahupun buat assignments, memang menguap je la kerjanya..

itu la reaksinya bila buat benda baik(?).. haha.. mesti rasa letih tu menjelma.. asyik menguap.. padahal dah cukup tidur.. ntah-ntah lebih tidurnya.. bila layari internet okay je mata ni.. tapi bila bab yang baik(?) tu, mula la rasa sengal-sengal nye.. ish ish.. syaitan banyak ni.. hehe.. salahkan syaitan pula, walhal engkau sendiri tiada inisiatif untuk kekal cergas dan bersemangat saat buat kerja.. amboi.. ayat.. dasyat..

nak halau syaitan mudah je, bacalah Basmallah dahulu ye.. pastu niat baik-baik.. baca doa adalah satu bonus besar.. bab diri sendiri tu pula, sila la motivasi diri tu ye.. demi diri sendiri saya harus lakukan________... ha isi la tempat kosong tu ya.. untuk kekal fokus, sediakan lah air masak, gula-gula.. kalau yang jenis boleh dengar lagu sambil buat kerja tu, pasang lah lagu.. tapi lagi bagus kalau pasang nasyid, zikir atau bacaan ayat Al-Quran.. ikut anda.. tu tips tambahan je.. hehe.. okay la, dah coret sikit disini, boleh la teruskan kerja membaca tadi.. dah jom kita belajar ye kawan-kawan.. hwaiting!!


so guys lets deal with it! ;)

Wednesday, September 25, 2013

Al-Baqarah (Ayat 285 - 286)

Assalammualaikum..

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah pada malam hari, nescaya ayat itu akan mencukupkannya". (Hadith Sahih Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: "Ajarkan kedua ayat tersebut kepada isteri-isteri dan anak-anak kamu, sebab kedua-dua ayat tersebut adalah solat, quran dan doa". (Hadith Riwayat: Ad-Darami)

Bismillahirahmanirrahiim...


p/s: mari kita amalkan pada setiap malam.. :)

Sumber:

1) Bank Islam - Surah Yasin & Surah-Surah Terindah Di Sisi Rasulullah SAW

Saturday, September 21, 2013

maaf atas ketelanjuran...

assalammualaikum...

tangan lincah menulis dipapan kekunci
namun fikiran berhenti sejenak
aku memadam kembali tulisan itu

untuk apa aku menulis jika ada yang sakit
untuk apa juga aku menulis jika aku sendiri yang sakit

bicara hati dan akal kadang tak sama
dipengaruh emosi
dipengaruh egois
kadang tak berpendirian
kadang tak berperasaan
kadang membabi buta
kadang menyakitkan hati dan jiwa

khilaf dalam menulis buat rasa menyesal
dan hati yang terguris menambahkan lagi sesal
perlu apa aku menulis jika penuh rasa bebal
ada yang rasa pedih kerna tak semua kebal

mohon maaf andai kata-kata tidak mencermin peribadi yang mulia...



Wednesday, September 18, 2013

yang tersembunyi...

assalammualaikum..

yang baik selalu tersembunyi,
yang jahat selalu terlihat.

jangan khuatir sahabat jika baikmu tersembunyi,
ada yang mengetahui,
terutamanya Dia Yang Maha Mengetahui.

baikmu tersembunyi,
ada yang menghargai,
mungkin juga dalam sembunyi,
dalam doa yang kau tidak ketahui.

kau tak perlu kata-kata mereka,
kau tak perlu pujian dari mereka,
hanya berbaiklah dalam sembunyi,
kerna pahala pasti menanti.

kita tak perlu orang berbicara depan kita,
menunding jari ke arah kita,
dan berkata "kau seorang yang baik la".

jangan 
jangan meminta untuk dipuji,
hidup harus rendah diri,
lakukan demi kepuasan hati,
dan mencari redha Illahi.


p/s: someone will really acknowledge your kindness, but still doesn't tell around the world, because he/she want you to keep go on with your kindness, without you become arrogant person. keep being kind, people. :)

Wednesday, September 11, 2013

kawan oh kawan...

assalammualaikum..


kadang ada kawan yang mahu kita merasai kesusahannya, 
namun dia sendiri tak mampu rasai kesusahan kita. 
tapi tak mengapa kawan, semoga Allah merahmatimu. 
terima kasih juga atas budi baikmu itu. 
maafkan aku andai tak mampu memuaskan hatimu.
ku berharap kau mampu menyelesaikan segala masalahmu.
dan doaku agar kau bahagia selalu.

dalam persahabatan, ada memberi dan menerima.
jika aku selalu menerima, aku ucapkan terima kasih padamu.
jika aku selalu memberi, harap aku telah lakukan seikhlas hati.
pada matamu mungkin aku bukanlah yang terbaik,
tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik.
harapanku untuk bersahabat denganmu selalu.

kawan, usah mudah terasa hati.
aku manusia biasa yang kadang tak mengerti.
perbuatanku adakalanya melampau, 
dan kau pula tidak mampu menerimanya,
maka maafkanlah lagi diri ini.

tiada maknanya dalam persabatan jika tiada kemaafan,
bukan kefahaman yang kita perlukan tapi kasih berpanjangan,
moga kita kan kekal berhubung dalam jalinan,
dan akan berbahagia dalam persahabatan..

INSYAALLAH...

p/s: untukmu yang bergelar sahabat. sayang selalu walau jauh dimata. :)