Saturday, May 4, 2013

PRU13.

assalammualaikum..

tajuk PRU ni sangat panas. jadi saya tak nak sentuh pasal mana-mana pihak politik, apa yang saya nak cerita ialah mengenai UiTM bagi kami cuti sempena PRU13 ni. senang bagi mereka untuk pulang mengundi. saya? masih belum tersenarai sebagai pengundi yang layak. haha. jadi saya duduk diam-diam di UiTM Arau ni. ya. walaupun baru Sabtu dah terasa bosan dan lemaunya. kedai makan pun tak buka. okay malas nak cerita panjang.

Tanah tumpahnya darahku - Malaysia


kepada semua pengundi, lakukan tugas anda untuk mengundi. pilihlah calon yang layak dijadikan pemimpin ditempat anda. selamat mengundi buat semua.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Imran:26)

p/s: semoga negara kita, Malaysia, dirahmati Allah sentiasa. Aamiin..

No comments: