Tuesday, May 21, 2013

MiniHomestay Melaka.

assalammualaikum...

hari ini saya mahu mempromosikan tempat penginapan semasa bercuti yang sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar. lokasi homestay tersebut terletak di Taman Tun Rahah, Bukit Katil, Melaka. jadi bagi anda yang mempunyai perancangan untuk bercuti di Melaka boleh la anda menempah sebuah rumah untuk menginap semasa anda bercuti. apa yang menarik tentang MiniHomestay Melaka?



ianya sebuah rumah yang ringkas hiasan dalamannya untuk memberikan ruang yang luas buat mereka yang mempunyai keluarga besar terutamanya. MiniHomestay Melaka mempunyai tiga buah bilik yang selesa, dua bilik air, ruang tamu yang kemas, ruang makan juga dapur turut menjadi pelengkap rumah ini.

lokasi rumah ini juga strategik kerana mudah untuk anda bergerak kemana yang anda mahu. antara tempat menarik berhampiran Bukit Katil ialah Zoo Melaka, Taman Buaya, MITC, Planetarium Melaka dan lain-lain lagi. sememangnya kita tahu bahawa Melaka terkenal dengan aktiviti pelancongan, maka mudah buat anda untuk bersiar-siar dan menikmati cuti anda.

anda berminat?

sila klik: MiniHomestay Melaka untuk maklumat lanjut.


p/s: selamat bercuti. :)

No comments: