Tuesday, May 21, 2013

MiniHomestay Melaka.

assalammualaikum...

hari ini saya mahu mempromosikan tempat penginapan semasa bercuti yang sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar. lokasi homestay tersebut terletak di Taman Tun Rahah, Bukit Katil, Melaka. jadi bagi anda yang mempunyai perancangan untuk bercuti di Melaka boleh la anda menempah sebuah rumah untuk menginap semasa anda bercuti. apa yang menarik tentang MiniHomestay Melaka?



ianya sebuah rumah yang ringkas hiasan dalamannya untuk memberikan ruang yang luas buat mereka yang mempunyai keluarga besar terutamanya. MiniHomestay Melaka mempunyai tiga buah bilik yang selesa, dua bilik air, ruang tamu yang kemas, ruang makan juga dapur turut menjadi pelengkap rumah ini.

lokasi rumah ini juga strategik kerana mudah untuk anda bergerak kemana yang anda mahu. antara tempat menarik berhampiran Bukit Katil ialah Zoo Melaka, Taman Buaya, MITC, Planetarium Melaka dan lain-lain lagi. sememangnya kita tahu bahawa Melaka terkenal dengan aktiviti pelancongan, maka mudah buat anda untuk bersiar-siar dan menikmati cuti anda.

anda berminat?

sila klik: MiniHomestay Melaka untuk maklumat lanjut.


p/s: selamat bercuti. :)

Friday, May 17, 2013

love and happiness..

assalammualaikum... :)

here is today's quote from a Korean drama, Love Rain.
-edited by me-





Saturday, May 11, 2013

saya rajin!

assalamualaikum..

ya! saya harus fikir yang saya rajin. saya rajin. rajin. saya perlu rajin kerana saya telah diamanahkan untuk menjadi rajin supaya setiap perkara yang saya lakukan berjalan lancar. insyaAllah. saya taknak masukkan alasan kerana ia adalah unsur negatif. jadi apa yang saya mahu kongsi adalah SAYA RAJIN!

saya rajin. 
awak rajin. 
dia rajin. 
kami rajin. 
mereka rajin. 
KITA SEMUA RAJIN.

(cr: owner)


Bismillah. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan, perbaikilah untukku urusanku semuanya. Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Aamiin~

p/s: Man Jadda Wajada. Siapa yang berusaha dia berjaya. InsyaAllah. :)


Saturday, May 4, 2013

PRU13.

assalammualaikum..

tajuk PRU ni sangat panas. jadi saya tak nak sentuh pasal mana-mana pihak politik, apa yang saya nak cerita ialah mengenai UiTM bagi kami cuti sempena PRU13 ni. senang bagi mereka untuk pulang mengundi. saya? masih belum tersenarai sebagai pengundi yang layak. haha. jadi saya duduk diam-diam di UiTM Arau ni. ya. walaupun baru Sabtu dah terasa bosan dan lemaunya. kedai makan pun tak buka. okay malas nak cerita panjang.

Tanah tumpahnya darahku - Malaysia


kepada semua pengundi, lakukan tugas anda untuk mengundi. pilihlah calon yang layak dijadikan pemimpin ditempat anda. selamat mengundi buat semua.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Imran:26)

p/s: semoga negara kita, Malaysia, dirahmati Allah sentiasa. Aamiin..