Sunday, March 10, 2013

setengah hari di Langkawi.

assalammualaikum..

semalam amie bersama housemate, shikin dan jiran kami, zati pergi berjalan jalan ke Langkawi. pergi pun sehari je. pergi pagi petang dah balik. yelah kami kan duduk di Arau, jadi pergi sekejap jelah. kami bertolak jam 8 pagi dari Arau menuju ke jeti Kuala Perlis. kami beli tiket feri jam 9.30pagi. naik feri sampai jeti Langkawi jam 10.30 la juga. pastu terus ke Pekan Kuah.

pergi balik RM36.

si helang di Dataran Lang, Langkawi.

di Pekan Kuah, kami pun bershopping la disana. baju, coklat dan minyak panas. haha.. kami shopping di kawasan sekitar Haji Ismail Group tu je. tak pergi jauh mana pun. makan pun kat situ situ juga. sebab tujuan utama kami ialah COKLAT! hehe.. dalam pukul 4 petang kami gerak balik ke jeti Langkawi. tiket balik kami jam 7 petang. jadi kami pun berjalan la dulu ke Dataran Lang. kerja selain membeli belah adalah bergambar. kami bertiga memang menggila la dengan kamera. hehe..

chocolates~

p/s: akan kami jejakkan lagi ke Langkawi. mungkin bercuti 3 hari 2 malam pula. eh.. :D