Monday, February 25, 2013

felt craft..

assalammualaikum..

hari ni nak cerita pasal felt craft.. ianya merupakan aktiviti kreatif dan menjahit menggunakan kain felt.. kawan amie, si syana la yang ajar amie pasal felt craft ni. terima kasih cikgu.. haha.. dan bermula dari dua minggu lepas kami menjalankan partnership felt craft ni.. haha.. partnership takleh agak eh.. hehe.. kira partnership la juga kerana kami telah bergabung tenaga untuk buat felt craft ni.. kenapa buat? untuk dijual la.. hehe..

tapi semua ni hanyalah kecil-kecilan saja.. baru nak membentuk semangat keusahawanan.. cewahh.. dan juga tambah pengalaman.. yeayy.. felt craft ni dah popular lama dah, tapi kami, eh silap, amie la baru berjinak-jinak dalam arena ini.. hehe.. best juga felt crafting ni, sebab dapat buat benda comel-comel.. hehe.. felt craft ni terdiri daripada bekas pensil, aksesori telefon, pin tudung dan macam-macam lagi.. sesuai juga kalau kalian nak bagi hadiah..

sebagai contoh:


ha.. tu jelah kot.. okbai~

p/s: mencari idea dan peluang lagi..

Saturday, February 16, 2013

Arau dah panggil...

assalammualaikum..

akhirnya jari jemari ini dapat menari diatas papan kekunci untuk sebuah entri di blog hambar ini. 
lama kata kata didalam jiwa tak dapat diungkap disini. 
terhalang? tidak. cuma semangat tiada. 
Alhamdulillah saya sihat. kamu pula bagaimana? 
moga Allah merahmati kamu dan keluarga.

okay ayat pembuka yang konon kononnya puitis tapi membosankan. 
cuti semester hampir tamat, 
semester baru bakal menjelma, 
ayuh kawan kita semangat, 
tambah usaha untuk berjaya. 
ya, lebih kurang dua minggu lagi saya akan berangkat ke Arau. berat hati namun perjuangan harus diteruskan. cuti semester ni pula dah banyak berjimba jimba, jadi pulang ke Arau kena la gembira juga ya.

saya pelajar UiTM. (^.^)v

bercakap pasal cuti semester, seronok juga. bercuti di Pangkor dan Johor. juga melayan drama dan variety show Korea. juga merayap sekitar Kuala Lumpur. karaoke. menonton wayang. haha. seronok la. tapi agak janggal masa nak menonton wayang sebab dah setahun lebih tak pergi, jadi rasa pelik sikit. hihi. jadi kira dah seronok habis la bercuti tu kan, dan sekarang dalam kepala ni kena tanam ARAU supaya subur dalam ingatan. haha. belajar ya belajar. saya juga doakan kawan kawan bersemangat waja untuk belajar/bekerja ya. amanah tu. tanggungjawab tu. huhu. selamat maju jaya semua. okbai.