Monday, November 25, 2013

sebelas..

assalammualiakum..

ada apa dengan sebelas? hari ni.. salah satu hari di bulan sebelas.. saya dapat anak buah yang ke sebelas.. ha.. tu la cerita sebelas dia.. hehe.. Alhamdulillah, kakak saya telah selamat melahirkan puteranya yang ke 4 di hospital ampang pagi tadi.. hehe..


nama masih belum diketahui.. hehe.. pape pun.. semoga awak jadi anak yang soleh ye sayang.. ;) maksu sayang awak dan juga anak-anak buah maksu yang lain.. hehe..

Saturday, November 2, 2013

2 x 11 = 22

assalammualaikum..

so today is 2nd November..
and i'm turn to 22 years old today..
Alhamdulillah..
all praise to Allah..
who give me a lot of blessings,
rizki, wonderful family and great friends..
thank you to my beloved parents..
both of you have done a lot to me..
sacrifice many things for me..
give plenty advises to me..
same goes to my siblings, brother-in-law and sister-in-law..
thank you..
to my friends out there..
thanks for accepting who i am..
thanks for those memories we shared together..
for teachers and lecturers..
thank you for sharing knowledge to me..

simple words for all, thanks for everything..
my life would be boring without you guys..
thanks for loving me..
and i love you all too.. hehe..

Ohh.. Thanks to Google for this.. :)

p/s: I LOVE YOU.. haha.. :D

Wednesday, October 23, 2013

ankle wedge boots shoe..

assalammualaikum..




haha.. sebenarnya tajuk tu pakai hentam je sebab taktau apa nama jenis kasut yang buat masa sekarang ni saya tengah suka sangat.. mihmihmih.. minat kasut ni sejak bila ntah.. rasanya dari tengok drama Korea la kot.. kasut dia tinggi tapi bukan yang heel, wedge.. jadi stabil la sikit.. banyak jenis sebenarnya kasut ni.. dan cantik-cantik pula tu..


gambar-gambar ni semuanya dicuri dari Google.. mihmihmih.. sebenarnya pernah nampak kasut ni kat Times Square tapi mahal la juga.. lepas tu kalau boleh nak cari yang betul-betul berkenan di hati supaya tak menyesal dikemudian hari.. tudia.. haha..


yang ni pun cun juga.. warna dia menarik.. arghh.. nak satu pun jadi lah.. warna coklat atau beige.. tinggi kasut ni pula dalam 1.5 inci ke.. hurmm.. saiz pula 9 kot.. tetiba bagitau saiz.. haha.. ye kaki saya memang panjang kesan menjadi pelumba lari dan main lompat jauh masa sekolah dulu.. haha.. kaitan pula kan.. kekeke..


harap-harap nanti masa jumpa yang dah berkenan kat hati, masa tu harapnya berkemampuan dan harap juga harganya murah.. haha.. harga kasut macam ni buat masa sekarang rm60 ke atas.. harap nanti boleh jumpa yang murah dalam rm25 - rm40.. hehe..

p/s: ada sesiapa yang boleh belikan? mihmihmih.. :D

Tuesday, October 22, 2013

cantik dan aku...

cantik itu subjektif
punya erti berbeza
mengikut manusia
dan cita rasa..

dan aku,
aku mengerti
aku tidak cantik
tidak pula berseri
walau tersenyum..
dan lagi hodoh
bila menangis
bila berduka..

aku tertanya
walau aku tidak cantik
walau rupaku tidak manis
tidak bolehkan engkau
menerima aku seadanya
mengasihi aku apa adanya..

tidakkah kau pernah berkata
bahwa kau tidak memilih paras rupa
tetapi mengapa dengan aku
kau lupakan prinsip kau itu?

sungguh aku terhina disisimu
sungguh aku terasa denganmu
dan aku sedar
aku tidak sempurna untukmu
aku tidak layak buatmu..


p/s: please, love me for who i am..

Monday, October 21, 2013

kisah cinta kita...

cinta kita bermula
dalam satu pertemuan
yang sebentar
namun bermakna..

dalam hujan
kita berjalan
dibawah payung
bersama..

seperti dalam mimpiku
kau berpakaian serba putih
memayungiku
menemaniku
sungguh aku bahagia
sungguh aku terharu..

hati ini yakin
terus yakin
dan sungguh yakin
bahawa kau untukku..

dan dari situ
ku mahu bersamamu
selalu
selamanya
hingga ke syurga..



p/s: rekaan semata-mata.. :D

Saturday, October 19, 2013

untuk mama dan baby..

assalammualaikum..


entri kali ini bertujuan ntuk mempromosikan blog Untuk Mama dan Baby..
blog ini adalah blog yang menjual pelbagai produk sesuai untuk bayi dan mama..
sebenarnya untuk papa pun ada juga.. hihi..
produk yang dimaksudkan adalah makanan tambahan untuk kesihatan
dan ada juga barang-barang bayi yang sesuai untuk zaman sekarang ni..
ha.. nak tahu lebih lanjut tekan saja link diatas..
bagi mereka yang kurang gemar membaca blog, link Facebook juga disediakan..
tekan Like di For Mama & Baby..



selamat membeli belah.. ;)

Tuesday, October 8, 2013

the wedding...

assalammualaikum..

firstly, i'm not getting married.. not right now.. or even in the near future.. maybe someday.. insyaAllah.. however, the wedding things are always crossed in my mind.. always become a hot topic to be discus with friends or even with the family..

(Cr: Google Image)


***

Topic: Marriage/Wedding
Group Discussion: Friends

we talk about others getting married.. the happiness that they will received, the new life they will faced and mostly is the over-flooding jealousy of the others upon hearing the news of people getting married.. yes.. those are some of the thought when the girls (usually) talk about marriage.. my friends and i do the same.. almost or could i say always.. haha.. the thing is wedding give various emotion to felt, to joy, to cherish and to celebrate it.. and when we talk with the friends, is an interesting topic yet as i mention too much emotion.. somehow we not only talk about others marriage, but also sharing the wedding fantasy.. every single person in the world (maybe) do have fantasies on their wedding and marriage life.. perhaps it is one of dream.. dream to feel the more 'adventure' life ahead, with another person in life which is spouse.. and when the 'adventure' getting bigger, the children(s) become part of it.. dramatic fantasies.. maybe.. and those fantasies are shared with the others, full with laugh to one and another, thinking about it is really gonna happen? but still, we enjoy this talking moment about wedding..

***

Topic: Marriage/Wedding
Group Discussion: Family

when this topic arise in family discussion it can be serious or vice verse.. depending on your age, status, environments, sibling and others causes that may come up.. nowadays, some families are really open up to talk on this topic even you're just in twenties or maybe younger.. wow.. well as i said, it depends on various matter.. same goes to my family.. as all my siblings are married, they can simply teasing me about marriage.. and not only the close family members, sometimes the uncles, aunties, grandparents also cousins were asking me when do i will get married.. those people are more to "makcik-makcik" type.. haha.. not to insult, but i felt it that way.. so, my answer would be simple, i'm still a student and insyaAllah one day.. or sometimes i didn't give an answer but a smile or laugh only.. well i don't know whether it is sincere of fake.. haha.. it based on my mood actually.. the thing is this topic sometime become a laughable matter, and sometime they treat as serious and huge matter.. well, basically what can i say from the family perspective is marriage and wedding is really serious that they also can't decide for us.. what they hope is it gonna be the best for the rest of our life.. without regret.. because family want you to be happy.. that's it..

***

and now is about me and marriage or wedding.. yes, me, myself.. my thought, my perspective, my own fantasy.. well it also can be influenced by others factors such as religion, family, culture and other that may arise.. upon hearing the word marriage or wedding, i have several response for it.. sometimes the happy-jealous and sometime angry-sad mode.. it differ based on the person, attitude, responsibility and others.. not judging, but marriage or wedding have different story same goes to our life.. sometime i'm happy thinking on this topic, and do hope to get married and live happily with my spouse.. but the other day i'm not into it and say to myself that i don't want to get married.. it comes from surrounding i guess.. seeing people happily married, i wanted it that way also.. but when the other story, the sad story appear i just give up without even trying it.. but, it only a thought that i have.. and i need to realize, always realize.. to put trust on Allah.. He will give the thing that we need, not want.. and He only give when we are ready enough for it.. it applied on everything in this world.. if we can handle it, then He put us through it.. and you should believe in yourself and Him.. so the marriage, i leave it on Him, but i do have my own duties right? yes, the effort.. we must show our effort on the way to it.. if we desire something good then we must do good.. always istiqomah.. insyaAllah..

the fantasy of wedding.. i do have it.. mostly what i want is a simple wedding.. can't we just avoid our culture? sometime i see it as a burden.. well, men nowadays also open their mouth and talking about the burden that arise for wedding.. so, lets us change it to be simple.. simple as we can.. so no overspending occur, and those money could be use for the future ahead.. such as children(s) or maybe health.. changes are what we need here.. hope it will be simplify and adjusted suitable to our life.. first thing first which is nikah.. important components must take into consideration first.. right? :)

p/s: i wonder if i can serve a packet of nasi lemak  and a cup of tea for my guest during my wedding, is there anyone who have thought with me? hihi~

Sunday, September 29, 2013

haaaa....

assalammualaikum..

okay.. berdasarkan title kat atas tu, sila menguap ye.. bukan terkejut atau mengeluh.. hehe.. ya, menguap.. atau pun salah satu bentuk alasan yang menyatakan kita mengantuk.. padahal masa menaip ni elok je.. cuba kalau masa baca article atau journal mahupun buat assignments, memang menguap je la kerjanya..

itu la reaksinya bila buat benda baik(?).. haha.. mesti rasa letih tu menjelma.. asyik menguap.. padahal dah cukup tidur.. ntah-ntah lebih tidurnya.. bila layari internet okay je mata ni.. tapi bila bab yang baik(?) tu, mula la rasa sengal-sengal nye.. ish ish.. syaitan banyak ni.. hehe.. salahkan syaitan pula, walhal engkau sendiri tiada inisiatif untuk kekal cergas dan bersemangat saat buat kerja.. amboi.. ayat.. dasyat..

nak halau syaitan mudah je, bacalah Basmallah dahulu ye.. pastu niat baik-baik.. baca doa adalah satu bonus besar.. bab diri sendiri tu pula, sila la motivasi diri tu ye.. demi diri sendiri saya harus lakukan________... ha isi la tempat kosong tu ya.. untuk kekal fokus, sediakan lah air masak, gula-gula.. kalau yang jenis boleh dengar lagu sambil buat kerja tu, pasang lah lagu.. tapi lagi bagus kalau pasang nasyid, zikir atau bacaan ayat Al-Quran.. ikut anda.. tu tips tambahan je.. hehe.. okay la, dah coret sikit disini, boleh la teruskan kerja membaca tadi.. dah jom kita belajar ye kawan-kawan.. hwaiting!!


so guys lets deal with it! ;)

Wednesday, September 25, 2013

Al-Baqarah (Ayat 285 - 286)

Assalammualaikum..

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah pada malam hari, nescaya ayat itu akan mencukupkannya". (Hadith Sahih Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: "Ajarkan kedua ayat tersebut kepada isteri-isteri dan anak-anak kamu, sebab kedua-dua ayat tersebut adalah solat, quran dan doa". (Hadith Riwayat: Ad-Darami)

Bismillahirahmanirrahiim...


p/s: mari kita amalkan pada setiap malam.. :)

Sumber:

1) Bank Islam - Surah Yasin & Surah-Surah Terindah Di Sisi Rasulullah SAW

Saturday, September 21, 2013

maaf atas ketelanjuran...

assalammualaikum...

tangan lincah menulis dipapan kekunci
namun fikiran berhenti sejenak
aku memadam kembali tulisan itu

untuk apa aku menulis jika ada yang sakit
untuk apa juga aku menulis jika aku sendiri yang sakit

bicara hati dan akal kadang tak sama
dipengaruh emosi
dipengaruh egois
kadang tak berpendirian
kadang tak berperasaan
kadang membabi buta
kadang menyakitkan hati dan jiwa

khilaf dalam menulis buat rasa menyesal
dan hati yang terguris menambahkan lagi sesal
perlu apa aku menulis jika penuh rasa bebal
ada yang rasa pedih kerna tak semua kebal

mohon maaf andai kata-kata tidak mencermin peribadi yang mulia...



Wednesday, September 18, 2013

yang tersembunyi...

assalammualaikum..

yang baik selalu tersembunyi,
yang jahat selalu terlihat.

jangan khuatir sahabat jika baikmu tersembunyi,
ada yang mengetahui,
terutamanya Dia Yang Maha Mengetahui.

baikmu tersembunyi,
ada yang menghargai,
mungkin juga dalam sembunyi,
dalam doa yang kau tidak ketahui.

kau tak perlu kata-kata mereka,
kau tak perlu pujian dari mereka,
hanya berbaiklah dalam sembunyi,
kerna pahala pasti menanti.

kita tak perlu orang berbicara depan kita,
menunding jari ke arah kita,
dan berkata "kau seorang yang baik la".

jangan 
jangan meminta untuk dipuji,
hidup harus rendah diri,
lakukan demi kepuasan hati,
dan mencari redha Illahi.


p/s: someone will really acknowledge your kindness, but still doesn't tell around the world, because he/she want you to keep go on with your kindness, without you become arrogant person. keep being kind, people. :)

Wednesday, September 11, 2013

kawan oh kawan...

assalammualaikum..


kadang ada kawan yang mahu kita merasai kesusahannya, 
namun dia sendiri tak mampu rasai kesusahan kita. 
tapi tak mengapa kawan, semoga Allah merahmatimu. 
terima kasih juga atas budi baikmu itu. 
maafkan aku andai tak mampu memuaskan hatimu.
ku berharap kau mampu menyelesaikan segala masalahmu.
dan doaku agar kau bahagia selalu.

dalam persahabatan, ada memberi dan menerima.
jika aku selalu menerima, aku ucapkan terima kasih padamu.
jika aku selalu memberi, harap aku telah lakukan seikhlas hati.
pada matamu mungkin aku bukanlah yang terbaik,
tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik.
harapanku untuk bersahabat denganmu selalu.

kawan, usah mudah terasa hati.
aku manusia biasa yang kadang tak mengerti.
perbuatanku adakalanya melampau, 
dan kau pula tidak mampu menerimanya,
maka maafkanlah lagi diri ini.

tiada maknanya dalam persabatan jika tiada kemaafan,
bukan kefahaman yang kita perlukan tapi kasih berpanjangan,
moga kita kan kekal berhubung dalam jalinan,
dan akan berbahagia dalam persahabatan..

INSYAALLAH...

p/s: untukmu yang bergelar sahabat. sayang selalu walau jauh dimata. :)

Tuesday, June 25, 2013

all the best UiTM-ers!!!

assalammualaikum..

apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah. Amie pula tak berapa sihat.. batuk selesema datang pula masa peperiksaan akhir menjelma ni ye.. sekarang ni pula musim jerebu, jadi harap kalian semua dapat menjaga kesihatan baik-baik tau.. Amie yg kat Arau ni pun boleh sakit apatah lagi kalian.. ye la, inikan ujian dari-Nya.. Alhamdulillah.. sebenarnya Amie nak share jadual peperiksaan Amie je.. mohon kalian doakan Amie agar dapat menjawab dengan tenang serta mendapat keputusan yang terbaik.. insyaAllah.. Aamiinn~ terima kasih semua.. ni lah jadualnya:


kepada kawan-kawan UiTM lain, semoga berjaya dan buat yang terbaik untuk semua subjek ye.. fighting~

p/s: doakan kesihatan yang baik juga.. oh.. dan semoga Malaysia bebas jerebu juga.. doa banyak-banyak tau.. :)

Tuesday, May 21, 2013

MiniHomestay Melaka.

assalammualaikum...

hari ini saya mahu mempromosikan tempat penginapan semasa bercuti yang sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar. lokasi homestay tersebut terletak di Taman Tun Rahah, Bukit Katil, Melaka. jadi bagi anda yang mempunyai perancangan untuk bercuti di Melaka boleh la anda menempah sebuah rumah untuk menginap semasa anda bercuti. apa yang menarik tentang MiniHomestay Melaka?



ianya sebuah rumah yang ringkas hiasan dalamannya untuk memberikan ruang yang luas buat mereka yang mempunyai keluarga besar terutamanya. MiniHomestay Melaka mempunyai tiga buah bilik yang selesa, dua bilik air, ruang tamu yang kemas, ruang makan juga dapur turut menjadi pelengkap rumah ini.

lokasi rumah ini juga strategik kerana mudah untuk anda bergerak kemana yang anda mahu. antara tempat menarik berhampiran Bukit Katil ialah Zoo Melaka, Taman Buaya, MITC, Planetarium Melaka dan lain-lain lagi. sememangnya kita tahu bahawa Melaka terkenal dengan aktiviti pelancongan, maka mudah buat anda untuk bersiar-siar dan menikmati cuti anda.

anda berminat?

sila klik: MiniHomestay Melaka untuk maklumat lanjut.


p/s: selamat bercuti. :)

Friday, May 17, 2013

love and happiness..

assalammualaikum... :)

here is today's quote from a Korean drama, Love Rain.
-edited by me-





Saturday, May 11, 2013

saya rajin!

assalamualaikum..

ya! saya harus fikir yang saya rajin. saya rajin. rajin. saya perlu rajin kerana saya telah diamanahkan untuk menjadi rajin supaya setiap perkara yang saya lakukan berjalan lancar. insyaAllah. saya taknak masukkan alasan kerana ia adalah unsur negatif. jadi apa yang saya mahu kongsi adalah SAYA RAJIN!

saya rajin. 
awak rajin. 
dia rajin. 
kami rajin. 
mereka rajin. 
KITA SEMUA RAJIN.

(cr: owner)


Bismillah. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan, perbaikilah untukku urusanku semuanya. Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Aamiin~

p/s: Man Jadda Wajada. Siapa yang berusaha dia berjaya. InsyaAllah. :)


Saturday, May 4, 2013

PRU13.

assalammualaikum..

tajuk PRU ni sangat panas. jadi saya tak nak sentuh pasal mana-mana pihak politik, apa yang saya nak cerita ialah mengenai UiTM bagi kami cuti sempena PRU13 ni. senang bagi mereka untuk pulang mengundi. saya? masih belum tersenarai sebagai pengundi yang layak. haha. jadi saya duduk diam-diam di UiTM Arau ni. ya. walaupun baru Sabtu dah terasa bosan dan lemaunya. kedai makan pun tak buka. okay malas nak cerita panjang.

Tanah tumpahnya darahku - Malaysia


kepada semua pengundi, lakukan tugas anda untuk mengundi. pilihlah calon yang layak dijadikan pemimpin ditempat anda. selamat mengundi buat semua.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Imran:26)

p/s: semoga negara kita, Malaysia, dirahmati Allah sentiasa. Aamiin..

Sunday, March 10, 2013

setengah hari di Langkawi.

assalammualaikum..

semalam amie bersama housemate, shikin dan jiran kami, zati pergi berjalan jalan ke Langkawi. pergi pun sehari je. pergi pagi petang dah balik. yelah kami kan duduk di Arau, jadi pergi sekejap jelah. kami bertolak jam 8 pagi dari Arau menuju ke jeti Kuala Perlis. kami beli tiket feri jam 9.30pagi. naik feri sampai jeti Langkawi jam 10.30 la juga. pastu terus ke Pekan Kuah.

pergi balik RM36.

si helang di Dataran Lang, Langkawi.

di Pekan Kuah, kami pun bershopping la disana. baju, coklat dan minyak panas. haha.. kami shopping di kawasan sekitar Haji Ismail Group tu je. tak pergi jauh mana pun. makan pun kat situ situ juga. sebab tujuan utama kami ialah COKLAT! hehe.. dalam pukul 4 petang kami gerak balik ke jeti Langkawi. tiket balik kami jam 7 petang. jadi kami pun berjalan la dulu ke Dataran Lang. kerja selain membeli belah adalah bergambar. kami bertiga memang menggila la dengan kamera. hehe..

chocolates~

p/s: akan kami jejakkan lagi ke Langkawi. mungkin bercuti 3 hari 2 malam pula. eh.. :D

Monday, February 25, 2013

felt craft..

assalammualaikum..

hari ni nak cerita pasal felt craft.. ianya merupakan aktiviti kreatif dan menjahit menggunakan kain felt.. kawan amie, si syana la yang ajar amie pasal felt craft ni. terima kasih cikgu.. haha.. dan bermula dari dua minggu lepas kami menjalankan partnership felt craft ni.. haha.. partnership takleh agak eh.. hehe.. kira partnership la juga kerana kami telah bergabung tenaga untuk buat felt craft ni.. kenapa buat? untuk dijual la.. hehe..

tapi semua ni hanyalah kecil-kecilan saja.. baru nak membentuk semangat keusahawanan.. cewahh.. dan juga tambah pengalaman.. yeayy.. felt craft ni dah popular lama dah, tapi kami, eh silap, amie la baru berjinak-jinak dalam arena ini.. hehe.. best juga felt crafting ni, sebab dapat buat benda comel-comel.. hehe.. felt craft ni terdiri daripada bekas pensil, aksesori telefon, pin tudung dan macam-macam lagi.. sesuai juga kalau kalian nak bagi hadiah..

sebagai contoh:


ha.. tu jelah kot.. okbai~

p/s: mencari idea dan peluang lagi..

Saturday, February 16, 2013

Arau dah panggil...

assalammualaikum..

akhirnya jari jemari ini dapat menari diatas papan kekunci untuk sebuah entri di blog hambar ini. 
lama kata kata didalam jiwa tak dapat diungkap disini. 
terhalang? tidak. cuma semangat tiada. 
Alhamdulillah saya sihat. kamu pula bagaimana? 
moga Allah merahmati kamu dan keluarga.

okay ayat pembuka yang konon kononnya puitis tapi membosankan. 
cuti semester hampir tamat, 
semester baru bakal menjelma, 
ayuh kawan kita semangat, 
tambah usaha untuk berjaya. 
ya, lebih kurang dua minggu lagi saya akan berangkat ke Arau. berat hati namun perjuangan harus diteruskan. cuti semester ni pula dah banyak berjimba jimba, jadi pulang ke Arau kena la gembira juga ya.

saya pelajar UiTM. (^.^)v

bercakap pasal cuti semester, seronok juga. bercuti di Pangkor dan Johor. juga melayan drama dan variety show Korea. juga merayap sekitar Kuala Lumpur. karaoke. menonton wayang. haha. seronok la. tapi agak janggal masa nak menonton wayang sebab dah setahun lebih tak pergi, jadi rasa pelik sikit. hihi. jadi kira dah seronok habis la bercuti tu kan, dan sekarang dalam kepala ni kena tanam ARAU supaya subur dalam ingatan. haha. belajar ya belajar. saya juga doakan kawan kawan bersemangat waja untuk belajar/bekerja ya. amanah tu. tanggungjawab tu. huhu. selamat maju jaya semua. okbai.

Monday, January 14, 2013

sangat tak sabar!!!

assalammualaikum...

apa khabar kawan-kawan? semoga sihat sentiasa. ohhh!!!! amie sangat lah tak sabar nak pulang ke Kuala Lumpur.. haha.. Sabtu ni pula tu.. excited gila.. last balik tahun lepas tu.. okay, its a lame joke. memang la tahun lepas, tapi bulan 11 je pun, so takde la lama mana pun. hihi.. walaubagaimanapun, fuh, amie masih lagi ada satu final paper.. faham tak betapa bercampur baur nye perasaan amie ni.. suka gembira dalam masa yang sama takut dan risau.. eh, rojak perasaan la kiranya..

last paper amie pada hari Khamis ni.. bersamaan 17 Januari.. weehoo~ tapi paper OPM530.. iaitu operation management.. agak gementar juga la.. well, degree life is a challenging life.. and i must go through this.. hey come on.. semangat sikit.. baru first sem.. mungkin kami masih terkejut sebab soalan final boleh tahan sukar..  ada hint pun macam tak boleh pakai sangat.. huhu..


(cr: UMP Troll)

haha.. jangan salah faham gambar diatas.. sekadar gurauan dan hiasan.. okay, back to our student life.. its hard and challenging.. jadi kami harus sedarkan diri untuk tidak main-main dan juga lebih serius kerana kami sudah berusia. eh.. maksud amie, kami dah masuk degree life.. jadi kami perlu lebih berusaha.. degree is one high level than diploma, so we must not treat it same as diploma..

tapi kan tapi kan.. sekarang ni amie asyik fikir nak balik KL je.. aigoo~ this is bad bro.. sebab apa? nanti tak fokus untuk belajar.. haihh.. i should get rid of this attitude.. thinking about home town too early before the finals end.. *pang pang pang* tampaq muka sat biaq sedar sikit.. mak ayah hantar hang jejauh sampai UiTM Arau ni untuk belajar, jangan nak main-main naa.. huu~

okay la.. doakan amie berjaya menjawab soalan paper akhir ni dan dapat pulang KL dengan selamat serta mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ye.. hee~ amie juga doakan kalian berjaya.. hee~

p/s: maaf jika ayat macam orang tak betul.. mungkin amie mengalami mental breakdown sekejap dengan beberapa perkara seperti group Kpop datang Malaysia, excited balik KL dan last paper.. *ting tong*