Wednesday, December 12, 2012

Fighting!

assalammualaikum..

hari ini 12.12.12. ya semua orang tahu. dan semua orang excited. tapi aku menjalani hidup aku macam biasa je. yelah, takkan tetiba nak celebrate hari ni, bukannya aku tunang or kahwin pun. haha. cakap macam tak puas hati je.. hehe.. okay la, aku tumpang gembira la kat orang-orang yang tunang, kahwin dan lain-lain. macam kakak aku yang sambut anniversary yang ke 4. tahniah. semoga berkekalan selamanya, insyaAllah. Aamiin..

okay. hari ni aku aku dapat tahu yang jadual final dah keluar. wuwuwu~ cuak tau.. lebih kurang 2 minggu je lagi. ahh.. pengsan jap.. okay, final mula pada 3 januari dan tamat pada 17 januari. korang tengok jelah jadual yang aku dah buat ni eh? tarikh dekat dekat pula tu.. ohh.. takut saya.. apa apa pun, semoga berjaya kepada kawan-kawan seperjuangan tak kira la students BM224 mahupun students fakulti pengurusan perniagaan dan juga semua pelajar ijazah sarjana muda yang bakal menduduki peperiksaan akhir nanti. fighting. huu~

DOAKAN KAMI BERJAYA. :D

p/s: sorry eh kawan-kawan tak dapat nak list nama sorang-sorang, sorry juga kalau amie guna perkataan 'aku', dan maafkan amie atas kepoyoan, penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan lain lain salah dan silap. ;)