Friday, October 26, 2012

Mid Sem Break.

assalammualaikum..

apa khabar semua? sihat? di kesempatan ini amie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. marilah kita melakukan lebih pengorbanan bukan setakat untuk diri sendiri tapi untuk semua. hee~ okay bersempena hari raya haji ni, UiTM telah memberi cuti kepada kami selama seminggu. yelah, campur mid sem break sekali. hehe. dan kali ini amie nak menceritakan perjalanan kami pulang ke Kuala Lumpur.

pertama sekali, kami (amie dan housemates) gerak dari Araustralia menaiki kereta menuju ke Pulau Pinang. saja nak jalan Penang sat. hee~ jadi kami pun bergeraklah jam 8.30 pagi pada 24 Oktober 2012 dari Arau selepas menikmati roti canai di kedai berhampiran RPA. terasa sedap pula roti canai tersebut sebab lama sangat tak makan. hehe.

Pulau Pinang, yaww!!


kami sampai di Pulau Pinang lebih kurang pukul 11 pagi. kami tidak melalui jambatan Pulau Pinang, sebaliknya kai menggunakan perkhidmatan feri. saja nak merasa kan. tambahan pula, amie baru first time ke Pulau Pinang tu. hehe. kat Pulau Pinang, kami jalan-jalan la tengok laut, tengok jambatan Pulau Pinang yang lama dan yang baru (belum siap sepenuhnya), ambil gambar sana sini dan kemudian makan nasi kandar. hehe. sedap.

kemudian, lebih kurang jam 4 petang kami pun bergerak ke Bayan Lepas, pergi airport. hehe. kami naik flight untuk pulang ke Kuala Lumpur. saja nak merasa. hehe. flight kami jam 5.10 petang dan dijangka sampai jam 6.10 petang di LCCT. padahal tak sampai sejam pun penerbangannya. sampai je di LCCT, kami pun mencari McDonalds kerana rindu nak makan MCD. hahaha. ni pun sedap. hee~

jadi kesimpulannya, kami dapat berjalan di darat menggunakan kereta, di laut dengan menaiki feri dan di udara dengan menaiki kapal terbang dan dapat makan yang sedap-sedap. hehe. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan berjalan lancar. terima kasih kepada ieja, suha, shikin & bilal sebab beri kerjasama yang hebat. okay ayat nak poyo.

p/s: gunakan cuti anda dengan sebaiknya. lepas mid-sem break, test dan quiz bakal menjelma. uhuk~