Sunday, September 23, 2012

UiTM Arau.

assalammualaikum..

sudah dua minggu amie menjejakkan kaki ke UiTM Arau, Perlis untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Alhamdulillah, setakat ni sudah mampu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru disini. mujur ada kawan dari diploma dulu. dan Alhamdulillah, ada juga kawan-kawan baru disini. tapi, amie masih merindui keluarga. huhu. dah tak payah buat cerita sedih.



okay. ayat intro sangatlah skema. hehe.. sekarang ni amie menyambung degree in operation management. under faculty of business management. masa diploma dulu ambil akaun. namun, apa daya. saya tidak mampu untuk mengambil akaun lagi. huhu. tengok kawan ada yang tension, tapi saya yakin mereka mampu lakukannya. fighting kawan-kawan. ini adalah pilihan kalian, jadi jangan terbeban, tapi berusahalah. hehe..

Perlis. negeri yang terkecil. dan amie masih cuba menyesuaikan diri. keadaan disini berbeza dari Kuala Lumpur yang penuh dengan hiruk-pikuk. sini sunyi-sepi. cuaca disini pula tak menentu. sehari panas, sehari sejuk. nasib baik badan mampu suai keadaan cuaca disini. Alhamdulillah.. ohh.. dan apa yang penting, di Perlis tiada McDonalds. haha. jadi bila tengok iklan McD kat TV, memang terasa mengidam sangat-sangat. huhu. harap-harap, McD teringin nak buka franchise McD disini. hehe. macam takde makanan lain pula di Arau ni. ohh.. lupa.. makanan disini memang murah-murah.. terbaik! haha.

okay lah.. tiada idea nak tulis apa lagi.. hehe.. cuma doakan amie dan rakan-rakan mampu suaikan diri, dapat belajar dengan cemerlang dan berjaya dengan cita-cita masing-masing. insyaAllah.. Aamiin..

p/s: lakukan demi diri, ibu bapa dan negara. niat ke jalan Allah. insyaAllah. :)

No comments: