Friday, July 6, 2012

Tiga Hari Dua Malam...

assalammualaikum.. :)

*untuk pengetahuan umum tajuk diatas tiada kena mengena dengan rancangan dimana-mana siaran TV*

2 Julai 2012, Isnin. amie dan dua orang kawan (Syana & Dyana) bergerak dari Kuala Lumpur ke Dungun. kawan amie nak buat clearance di UiTM Dungun. dah tamat belajar jadi kenalah buat clearance. kami naik bas Maraliner pukul 10 pagi, sampai Dungun pun dah pukul 5 petang. jadi tak sempatlah nak buat clearance hari tu juga. kami pun bergeraklah ke rumah sewa bekas housemate Dyana. kiranya kami menumpanglah untuk dua malam. terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menyediakan penginapan dua malam untuk kami. hee~

3 Julai 2012, Selasa. pada hari ini kami pun ke UiTM Dungun dengan menaiki kereta kawan Syana yang memang menetap di Dungun. jadi kami pun temanlah Dyana buat clearance kat UiTM Dungun tu. clearance tu senang je, cuma jadi susahnya kena pergi banyak tempat la. jumpa orang tu orang ni. nak bagi clear semua. huu~ petang tu, kami pergi ke Pantai Teluk Bidara. saja lepak-lepak dan ambil gambar kenangan disana. cantik juga tempatnya. tapi kat pantai tu dilarang berenang dan bermandi-manda ye. ombak Laut China Selatan kan besar-besar, so bahaya tau. lepak-lepak je boleh. okay?

cantik kan?

4 Julai 2012, Rabu. kami berempat (tambah lagi seorang, kawan Syana) bergerak dari Dungun ke Jengka pada jam 10.30 pagi dengan menaiki bas Jengka Liner. sepatutnya perjalanannya dijangka sampai jam 3.30 ke 4 petang. tapi sampai Jengka pukul 5 petang sebab bas tu turun Temerloh dulu ambil orang pastu barulah ke Jengka. jadi kami sampai dalam pukul 5 petang. sebenarnya Syana dan kawannya mahu ke UiTM Jengka la, ambil mini transcript. tapi dah sampai lewat, so tak dapatlah ke UiTM Jengka. lagipun ada beberapa orang kawan Syana yang tolong ambilkan mini transcript tersebut. jadi tak perlulah kesana. huhu. akhirnya, kami pun pulanglah ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Metrobus dari Jengka pada jam 6.30 petang. yang kami rasa lawaknya ialah bas tu pun ambil penumpang di Temerloh. kiranya kami ke Temerloh dua kali la pada haritu. huhu. kami sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 9 malam.

RM33 + RM24 + RM15.60 = RM72.60

nota ringkas: berharap agar dapat bercuti bersama kawan-kawan lagi.


6 comments:

naim fazrin said...

hello baby season 6, b1a4 artis die...(tetiba...hahahah...)

Amie Amisya said...

aku tak kenal la b1a4 tu siapa naim.. haha..

Eisya Syafa said...

laa..cepatnya dah buat clearance..UiTM Dungun baru launch sistem utk buat clearance on9 :)

Amie Amisya said...

time tu kami semua free, tu yg pg tu.. tp bgs gak ada on9. sng sikit.. hehe

Eisya Syafa said...

Tau xpe..eisya mmg tgh pening kpla pk bla masa nak g Dgun tu wat clearance, so bla ade yg on9 ni bgai mgntuk d sorongkan bntal la.haha

Amie Amisya said...

yelah.. nak kesana tu pun ssh juga.. ada kemudahan on9, guna la sebaiknya.. hehe..