Saturday, July 28, 2012

Hide Comments & Likes In FB.

assalammualaikum..

apa khabar semua? sihat? selamat menjalani ibadah puasa.. hari ni ami nak bagitahu cara nak hide comments & likes kawan-kawan kita di Facebook. sebenarnya saja je nak kongsi benda ni sebab kawan ami ada yang bising Timeline/News Feed dorang penuh dengan muka ami yang dok menge-like macam-macam benda. bukan setakat bising, siap bahan lagi. pastu bila ajar macam mana nak hide benda-benda tu tak nak dengar pula.. huhu.. nasib la labu~~ Facebook ni pun satu, tak payah la siarkan comments & likes kita. takde privacy je. to Mark Zuckerberg, please change the settings of the timeline. we want to see the updates only, not the comments and likes from our friends. it's boring okay. haha.. macam la Mark Zuckerberg nak baca blog aku kan.. huhu..



first step. Unsubscribe comments & like by someone.. just simply click the drop down menu on the right side of time line, opposite to the friends name. and click UNSUBSCRIBE FROM COMMENTS AND LIKES BY X. (see above pic, click to enlarge)

*****

okay, there is another step to unsubscribe the comments & likes. well, not only comments & likes. you can also hide games played by your friends.


first, you must point over your mouse to your friend's name. and his/her name will pop-up into a small box. you must point over your mouse again to the word Friends and click Settings. (see above image)


after you click the Settings, you can choose which of your friend updates would you like to hide. the tick represents the updates that you'll receive from your friends in you Timeline. (see above image)

okay, thats all for today. sorry for my broken english.. saja gatai dok speaking kekunun ada mat salleh baca blog ni. kuikuikui... okay lah.. terima kasih sudi baca blog ami. selamat berpuasa, jangan lupa baca niat puasa ye. Assalammualaikum..

p/s: sorry for the bad quality of pictures. just using Paint for editing. :D

Monday, July 23, 2012

...

assalammualaikum...


dan aku masih belum mampu untuk menjadi yang terbaik buat sahabat.

Sunday, July 8, 2012

beautiful sky~

assalammualaikum~

just say
SUBHANALLAH...


:)

Friday, July 6, 2012

Tiga Hari Dua Malam...

assalammualaikum.. :)

*untuk pengetahuan umum tajuk diatas tiada kena mengena dengan rancangan dimana-mana siaran TV*

2 Julai 2012, Isnin. amie dan dua orang kawan (Syana & Dyana) bergerak dari Kuala Lumpur ke Dungun. kawan amie nak buat clearance di UiTM Dungun. dah tamat belajar jadi kenalah buat clearance. kami naik bas Maraliner pukul 10 pagi, sampai Dungun pun dah pukul 5 petang. jadi tak sempatlah nak buat clearance hari tu juga. kami pun bergeraklah ke rumah sewa bekas housemate Dyana. kiranya kami menumpanglah untuk dua malam. terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menyediakan penginapan dua malam untuk kami. hee~

3 Julai 2012, Selasa. pada hari ini kami pun ke UiTM Dungun dengan menaiki kereta kawan Syana yang memang menetap di Dungun. jadi kami pun temanlah Dyana buat clearance kat UiTM Dungun tu. clearance tu senang je, cuma jadi susahnya kena pergi banyak tempat la. jumpa orang tu orang ni. nak bagi clear semua. huu~ petang tu, kami pergi ke Pantai Teluk Bidara. saja lepak-lepak dan ambil gambar kenangan disana. cantik juga tempatnya. tapi kat pantai tu dilarang berenang dan bermandi-manda ye. ombak Laut China Selatan kan besar-besar, so bahaya tau. lepak-lepak je boleh. okay?

cantik kan?

4 Julai 2012, Rabu. kami berempat (tambah lagi seorang, kawan Syana) bergerak dari Dungun ke Jengka pada jam 10.30 pagi dengan menaiki bas Jengka Liner. sepatutnya perjalanannya dijangka sampai jam 3.30 ke 4 petang. tapi sampai Jengka pukul 5 petang sebab bas tu turun Temerloh dulu ambil orang pastu barulah ke Jengka. jadi kami sampai dalam pukul 5 petang. sebenarnya Syana dan kawannya mahu ke UiTM Jengka la, ambil mini transcript. tapi dah sampai lewat, so tak dapatlah ke UiTM Jengka. lagipun ada beberapa orang kawan Syana yang tolong ambilkan mini transcript tersebut. jadi tak perlulah kesana. huhu. akhirnya, kami pun pulanglah ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Metrobus dari Jengka pada jam 6.30 petang. yang kami rasa lawaknya ialah bas tu pun ambil penumpang di Temerloh. kiranya kami ke Temerloh dua kali la pada haritu. huhu. kami sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 9 malam.

RM33 + RM24 + RM15.60 = RM72.60

nota ringkas: berharap agar dapat bercuti bersama kawan-kawan lagi.