Sunday, April 29, 2012

April~

assalammualaikum semua..

setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya saya kembali lagi.. (buat comeback macam ada orang peduli).. okay hari ni saya nak ringkaskan perkara yang terjadi pada bulan April 2012 ini.. huu~

masa awal bulan April tu pergi jalan-jalan bersama kawan-kawan kolej sempena perpisahan lepas tamatnya peperiksaan akhir serta tamatnya diploma. pergi la merayau-rayau ke i-City, shopping kat Jalan TAR dan Kenanga pastu mandi sungai di Hutan Lentang.. sesungguhnya memang seronok la dapat bersama sebelum berpisah.. harap kami akan bertemu kembali lagi.. insyaAllah.. Aamiin.. Tikah, Awai, Aju, Anis, Zue dan Nanin, i will never forget you all. ahaks.. speaking pula..

dah malam pun ramai juga orang~

oh, ya... baru-baru ni pula saya pergi ke Langkawi bersama mak, ayah, kak ngah serta kawan saya, Syana.. saja bercuti-cuti Malaysia.. kami pergi naik KTM.. agak mengecewakan kami la apabila train tu rosak pula lalu kami sampai ke Langkawi pun lambat seterusnya menggangu jadual kami.. sedih ouh.. patutnya sampai dalam lebih kurang 8 pagi di Arau, tapi kami sampai pada pukul 12.. setengah hari tu kira burn sebegitu saja.. huu~ dan kami sekali lagi kecewa apabila Cable Car di Gunung Mat Chincang tutup untuk maintenance.. cis!!! kenapa masa kami pergi tidak masa yang lain? ahhhh!!!! walaubagaimanapun kami tetap seronok la juga dapat bercuti ni kan.. huhu..

time ni kat stesyen Ipoh, berhenti untuk tukar gerabak dan betulkan apa yang patut.

okay, last but not least.. hari Jumaat (27 April 2012) adalah hari keluarnya result final bagi Diploma UiTM.. jadi ada kena mengena la dengan saya memandangkan saya ambil Diploma Perakaunan.. Alhamdulillah, keputusan saya okay walaupun GPA jatuh.. huu~ dan dengan keluarnya result tersebut secara rasminya saya seorang graduan diploma.. syukur ALHAMDULILLAH.. di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan semua yang telah mendapat keputusan cemerlang serta sudah graduate.. hee~ bagi sesiapa yang masih meneruskan perjuangan, teruskan usaha anda. ANDA BOLEH!! :)

baiklah sekian sahaja pada hari ni.. jumpa lagi.. kamsahabnida. ;)

2 comments:

naim fazrin said...

-heheheh...sory kalau aku tlg betulkan ek?? sepatutnya kamsahamnida... :)
-pastu, ktm mmg selalu masalah n lambat sebenarnya... aku penah terkena byk kali...
-n congrats cuz dpt result cemerlang... :)

Amie Amisya said...

ohh.. ye ke? haha.. mianhae.. huhu.. tak perasan.. hee.. hurmm.. tu la.. dah la perjalanan jauh.. bosan je dlm KTM tu.. huu~ thanks.. :)