Friday, February 24, 2012

The End?

assalammualaikum..

apa khabar semua? hope sihat sejahtera. hari ni saya nak bercerita pasal penghujung semester enam yang sedang saya lalui sekarang. ya, saya sekarang berada di semester terakhir (insyaAllah) diploma perakaunan. sekarang ni menunggu detik peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 14 Mac 2012. di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada anda semua jika saya ada salah dan silap terhadap kalian. juga saya berharap agar anda mendoakan saya dan rakan-rakan supaya berjaya menjawab peperiksaan ini serta mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiin.. mudah-mudahan. InsyaAllah. baiklah, saya nak share jadual peperiksaan akhir saya dengan anda semua. mana tahu ada diantara kalian yang mengambil AC110 sama dengan saya, so boleh refer jadual ni. dan buat sesiapa sahaja yang sedang atau bakal menghadapi peperiksaan, HWAITING (fighting).

Rabu, Sabtu, Rabu, Sabtu, Sabtu.

tapi sebelum final, mestilah annual dinner. annual dinner ni untuk meraikan kami yang berada di semester 6 ni la. tema dinner kali ini ialah The Elegante of Mascarada . majlis ini akan berlangsung pada 9 Mac 2012 di Flamingo Hotel. tema dah tahu, tapi saya tak tahu lagi nak pakai baju apa. baju apa eh yang nampak elegant? then nak pakai mask apa? hurmmm... nanti-nantilah fikir. buat serabut je. huhuhu... hopefully, majlis tu nanti berjalan lancar. hihi.. ;)

banyak perkara bermain didalam kotak fikiran. saya berdoa agar setiap satu perkara akan berjalan dengan lancar. Aamiin. baiklah, sampai disini sahaja coretan saya kali ini, dah kekeringan idea untuk menulis + mengantuk pula tu. ok, daaaa~

nota ringkas: berharap sangat dapat pergi bercuti!!!


4 comments:

naim fazrin said...

kitorg pon rancang nak wat masquerade gak tp byk bantahan...hahahaha...aku cadangkan ko paki topeng ultraman...elegant dan berani...hahahaha...

Amie Amisya said...

byk bantahan? kenapa? huhu.. aku pun sebenarnya tak suka gak mask2 ni. susah la.. huhu.. aku pun fikir yg sama, nak pakai topeng ultraman, bubuh labuci sikit. baru nampak elegant.. haha..

syila may said...

same paper with mine...
mujur audit ada gap lama..heheheh
suka..
kita punya dinner after paper audit..
on 1 april..
bila gtw muncit kita dy ingat kita nk buat april fol..
hampess giler..
hihihi

Amie Amisya said...

hehe.. tahu takpe, boleh fokus lebih sikit..
haha.. mungkin sbb dah hbis baru buat dinner tu yg pelik kot. huhu..
pape pun, all the best ye. ;)