Friday, February 24, 2012

The End?

assalammualaikum..

apa khabar semua? hope sihat sejahtera. hari ni saya nak bercerita pasal penghujung semester enam yang sedang saya lalui sekarang. ya, saya sekarang berada di semester terakhir (insyaAllah) diploma perakaunan. sekarang ni menunggu detik peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 14 Mac 2012. di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada anda semua jika saya ada salah dan silap terhadap kalian. juga saya berharap agar anda mendoakan saya dan rakan-rakan supaya berjaya menjawab peperiksaan ini serta mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiin.. mudah-mudahan. InsyaAllah. baiklah, saya nak share jadual peperiksaan akhir saya dengan anda semua. mana tahu ada diantara kalian yang mengambil AC110 sama dengan saya, so boleh refer jadual ni. dan buat sesiapa sahaja yang sedang atau bakal menghadapi peperiksaan, HWAITING (fighting).

Rabu, Sabtu, Rabu, Sabtu, Sabtu.

tapi sebelum final, mestilah annual dinner. annual dinner ni untuk meraikan kami yang berada di semester 6 ni la. tema dinner kali ini ialah The Elegante of Mascarada . majlis ini akan berlangsung pada 9 Mac 2012 di Flamingo Hotel. tema dah tahu, tapi saya tak tahu lagi nak pakai baju apa. baju apa eh yang nampak elegant? then nak pakai mask apa? hurmmm... nanti-nantilah fikir. buat serabut je. huhuhu... hopefully, majlis tu nanti berjalan lancar. hihi.. ;)

banyak perkara bermain didalam kotak fikiran. saya berdoa agar setiap satu perkara akan berjalan dengan lancar. Aamiin. baiklah, sampai disini sahaja coretan saya kali ini, dah kekeringan idea untuk menulis + mengantuk pula tu. ok, daaaa~

nota ringkas: berharap sangat dapat pergi bercuti!!!


Sunday, February 5, 2012

The Big Mess In My Head

assalammualaikum...


apa khabar semua? sihat? first of all amie nak ucapkan salam Maulidur Rasul kepada sahabat semua. jom selawat. 


اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ



Alhamdulillah. dapat juga kita berselawat bukan? jangan lupakan amalkan setiapa hari ye. bukan hari ni je. selawat ke atas Nabi merupakan salah satu cara untuk melepaskan rindu terhadap baginda selain mengamalkan sunnahnya.


*****


okay, sekarang kita beralih pula kepada tajuk diatas. ya, memang otak amie agak 'semak' sekarang. assignments dan test buat amie runsing, risau dan sewaktu dengannya. assignments yang besar sekali ialah subjek FAR360 iaitu case study dan ETR300, business plan. tapi subjek-subjek yang lain pun tak boleh lupa. semuanya penting. 


totally busy.
(Cr: Google)


tapi amie kena sentiasa ingat, ini adalah pengorbanan. pengorbanan dari segi masa, tidur dan juga makan. ya, tak makan. sampai perut berbunyi-bunyi masuk angin. huu~ dan apa yang paling penting sekali ialah SABAR... ya, sabar.

nota: tak dapat nak tulis panjang sebab tak boleh nak susun ayat dan kepala masih lagi serabut. sekian.