Wednesday, December 12, 2012

Fighting!

assalammualaikum..

hari ini 12.12.12. ya semua orang tahu. dan semua orang excited. tapi aku menjalani hidup aku macam biasa je. yelah, takkan tetiba nak celebrate hari ni, bukannya aku tunang or kahwin pun. haha. cakap macam tak puas hati je.. hehe.. okay la, aku tumpang gembira la kat orang-orang yang tunang, kahwin dan lain-lain. macam kakak aku yang sambut anniversary yang ke 4. tahniah. semoga berkekalan selamanya, insyaAllah. Aamiin..

okay. hari ni aku aku dapat tahu yang jadual final dah keluar. wuwuwu~ cuak tau.. lebih kurang 2 minggu je lagi. ahh.. pengsan jap.. okay, final mula pada 3 januari dan tamat pada 17 januari. korang tengok jelah jadual yang aku dah buat ni eh? tarikh dekat dekat pula tu.. ohh.. takut saya.. apa apa pun, semoga berjaya kepada kawan-kawan seperjuangan tak kira la students BM224 mahupun students fakulti pengurusan perniagaan dan juga semua pelajar ijazah sarjana muda yang bakal menduduki peperiksaan akhir nanti. fighting. huu~

DOAKAN KAMI BERJAYA. :D

p/s: sorry eh kawan-kawan tak dapat nak list nama sorang-sorang, sorry juga kalau amie guna perkataan 'aku', dan maafkan amie atas kepoyoan, penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan lain lain salah dan silap. ;)

Tuesday, November 20, 2012

Save Palestine.

assalammualaikum..

as a Muslim
do pray for the others Muslim
specially to our brothers and sisters
that have to face
war
illness
hunger
oppression
and many more.

oh Allah save our brothers and sisters worldwide
guide us to the right path
give us strength to face the world that filled with cruelty
help us oh Allah.
Aamiin.


p/s: thank you.



Tuesday, November 6, 2012

assalammualaikum..

hai kawan.. hari ni nak show off gambar Encik Katok pemberian Syana & Eyak sempena birthday amie pada 2 Nov haritu. terima kasih korang.. hehehe.. okay lah.. malas nak tulis panjang-panjang.. nak kena study ni.. *mata ke atas, tangan ke bahu* haha..

Encik Katok. mata kuyu je.. hehe..

Pai Wangi dan Encik Katok.. bergabung.. meletop.. haha..

p/s: suka suka suka.. hehe..


Friday, November 2, 2012

21 Tahun...

assalammualaikum..

hari ini genaplah 21 tahun amie dilahirkan di muka bumi ini. Alhamdulillah syukur nikmat, masih lagi diberikan kesempatan oleh-Nya untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi ini. mudah-mudahan, InsyaAllah..

baiklah readers.. amie sebenarnya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang wish birthday amie pada hari ini.. bukan setakat wish malah mendoakan pelbagai untuk amie.. Alhamdulillah.. terima kasih semua.. ;)

dan hari ini juga amie nak introduce kat korang kepada Pai Wangi. berdasarkan pada nama mungkin korang akan anggap ia adalah produk baru yang amie nak jual kan? kan? SALAH!!! ia adalah sejenis plush toy or stuffed toy.. kalau nak maklumat lanjut Google je okay.. hehe.. Pai Wangi ni adalah seekor tupai.. thanks to Naim.. ;)

Pai Wangi yang malu-malu.. ;)

nak tahu tak kenapa nama ia Pai Wangi. okay Pai tu adalah sebahagian daripada perkataan tupai.. manakala Wangi tu pula sebab ia wangi sangat.. buka-buka je kotak hadiah tu harum semerbak, belum lagi cium.. ha.. begitulah nama diberi.. haha.. orang lain nama komersial je, ni nama macam orang kampung sikit.. haha.. takpe la Pai asalkan wangi.. eh.. okay, bye.

p/s: terima kasih, thank you, xie xie, nandri, shukran, arigato & gomawo. 

Friday, October 26, 2012

Mid Sem Break.

assalammualaikum..

apa khabar semua? sihat? di kesempatan ini amie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. marilah kita melakukan lebih pengorbanan bukan setakat untuk diri sendiri tapi untuk semua. hee~ okay bersempena hari raya haji ni, UiTM telah memberi cuti kepada kami selama seminggu. yelah, campur mid sem break sekali. hehe. dan kali ini amie nak menceritakan perjalanan kami pulang ke Kuala Lumpur.

pertama sekali, kami (amie dan housemates) gerak dari Araustralia menaiki kereta menuju ke Pulau Pinang. saja nak jalan Penang sat. hee~ jadi kami pun bergeraklah jam 8.30 pagi pada 24 Oktober 2012 dari Arau selepas menikmati roti canai di kedai berhampiran RPA. terasa sedap pula roti canai tersebut sebab lama sangat tak makan. hehe.

Pulau Pinang, yaww!!


kami sampai di Pulau Pinang lebih kurang pukul 11 pagi. kami tidak melalui jambatan Pulau Pinang, sebaliknya kai menggunakan perkhidmatan feri. saja nak merasa kan. tambahan pula, amie baru first time ke Pulau Pinang tu. hehe. kat Pulau Pinang, kami jalan-jalan la tengok laut, tengok jambatan Pulau Pinang yang lama dan yang baru (belum siap sepenuhnya), ambil gambar sana sini dan kemudian makan nasi kandar. hehe. sedap.

kemudian, lebih kurang jam 4 petang kami pun bergerak ke Bayan Lepas, pergi airport. hehe. kami naik flight untuk pulang ke Kuala Lumpur. saja nak merasa. hehe. flight kami jam 5.10 petang dan dijangka sampai jam 6.10 petang di LCCT. padahal tak sampai sejam pun penerbangannya. sampai je di LCCT, kami pun mencari McDonalds kerana rindu nak makan MCD. hahaha. ni pun sedap. hee~

jadi kesimpulannya, kami dapat berjalan di darat menggunakan kereta, di laut dengan menaiki feri dan di udara dengan menaiki kapal terbang dan dapat makan yang sedap-sedap. hehe. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan berjalan lancar. terima kasih kepada ieja, suha, shikin & bilal sebab beri kerjasama yang hebat. okay ayat nak poyo.

p/s: gunakan cuti anda dengan sebaiknya. lepas mid-sem break, test dan quiz bakal menjelma. uhuk~

Sunday, September 23, 2012

UiTM Arau.

assalammualaikum..

sudah dua minggu amie menjejakkan kaki ke UiTM Arau, Perlis untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Alhamdulillah, setakat ni sudah mampu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru disini. mujur ada kawan dari diploma dulu. dan Alhamdulillah, ada juga kawan-kawan baru disini. tapi, amie masih merindui keluarga. huhu. dah tak payah buat cerita sedih.



okay. ayat intro sangatlah skema. hehe.. sekarang ni amie menyambung degree in operation management. under faculty of business management. masa diploma dulu ambil akaun. namun, apa daya. saya tidak mampu untuk mengambil akaun lagi. huhu. tengok kawan ada yang tension, tapi saya yakin mereka mampu lakukannya. fighting kawan-kawan. ini adalah pilihan kalian, jadi jangan terbeban, tapi berusahalah. hehe..

Perlis. negeri yang terkecil. dan amie masih cuba menyesuaikan diri. keadaan disini berbeza dari Kuala Lumpur yang penuh dengan hiruk-pikuk. sini sunyi-sepi. cuaca disini pula tak menentu. sehari panas, sehari sejuk. nasib baik badan mampu suai keadaan cuaca disini. Alhamdulillah.. ohh.. dan apa yang penting, di Perlis tiada McDonalds. haha. jadi bila tengok iklan McD kat TV, memang terasa mengidam sangat-sangat. huhu. harap-harap, McD teringin nak buka franchise McD disini. hehe. macam takde makanan lain pula di Arau ni. ohh.. lupa.. makanan disini memang murah-murah.. terbaik! haha.

okay lah.. tiada idea nak tulis apa lagi.. hehe.. cuma doakan amie dan rakan-rakan mampu suaikan diri, dapat belajar dengan cemerlang dan berjaya dengan cita-cita masing-masing. insyaAllah.. Aamiin..

p/s: lakukan demi diri, ibu bapa dan negara. niat ke jalan Allah. insyaAllah. :)

Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri. ;)

assalammualaikum...


maafkan saya andai ada tersalah silap ye. ;)


Saturday, July 28, 2012

Hide Comments & Likes In FB.

assalammualaikum..

apa khabar semua? sihat? selamat menjalani ibadah puasa.. hari ni ami nak bagitahu cara nak hide comments & likes kawan-kawan kita di Facebook. sebenarnya saja je nak kongsi benda ni sebab kawan ami ada yang bising Timeline/News Feed dorang penuh dengan muka ami yang dok menge-like macam-macam benda. bukan setakat bising, siap bahan lagi. pastu bila ajar macam mana nak hide benda-benda tu tak nak dengar pula.. huhu.. nasib la labu~~ Facebook ni pun satu, tak payah la siarkan comments & likes kita. takde privacy je. to Mark Zuckerberg, please change the settings of the timeline. we want to see the updates only, not the comments and likes from our friends. it's boring okay. haha.. macam la Mark Zuckerberg nak baca blog aku kan.. huhu..



first step. Unsubscribe comments & like by someone.. just simply click the drop down menu on the right side of time line, opposite to the friends name. and click UNSUBSCRIBE FROM COMMENTS AND LIKES BY X. (see above pic, click to enlarge)

*****

okay, there is another step to unsubscribe the comments & likes. well, not only comments & likes. you can also hide games played by your friends.


first, you must point over your mouse to your friend's name. and his/her name will pop-up into a small box. you must point over your mouse again to the word Friends and click Settings. (see above image)


after you click the Settings, you can choose which of your friend updates would you like to hide. the tick represents the updates that you'll receive from your friends in you Timeline. (see above image)

okay, thats all for today. sorry for my broken english.. saja gatai dok speaking kekunun ada mat salleh baca blog ni. kuikuikui... okay lah.. terima kasih sudi baca blog ami. selamat berpuasa, jangan lupa baca niat puasa ye. Assalammualaikum..

p/s: sorry for the bad quality of pictures. just using Paint for editing. :D

Monday, July 23, 2012

...

assalammualaikum...


dan aku masih belum mampu untuk menjadi yang terbaik buat sahabat.

Sunday, July 8, 2012

beautiful sky~

assalammualaikum~

just say
SUBHANALLAH...


:)

Friday, July 6, 2012

Tiga Hari Dua Malam...

assalammualaikum.. :)

*untuk pengetahuan umum tajuk diatas tiada kena mengena dengan rancangan dimana-mana siaran TV*

2 Julai 2012, Isnin. amie dan dua orang kawan (Syana & Dyana) bergerak dari Kuala Lumpur ke Dungun. kawan amie nak buat clearance di UiTM Dungun. dah tamat belajar jadi kenalah buat clearance. kami naik bas Maraliner pukul 10 pagi, sampai Dungun pun dah pukul 5 petang. jadi tak sempatlah nak buat clearance hari tu juga. kami pun bergeraklah ke rumah sewa bekas housemate Dyana. kiranya kami menumpanglah untuk dua malam. terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menyediakan penginapan dua malam untuk kami. hee~

3 Julai 2012, Selasa. pada hari ini kami pun ke UiTM Dungun dengan menaiki kereta kawan Syana yang memang menetap di Dungun. jadi kami pun temanlah Dyana buat clearance kat UiTM Dungun tu. clearance tu senang je, cuma jadi susahnya kena pergi banyak tempat la. jumpa orang tu orang ni. nak bagi clear semua. huu~ petang tu, kami pergi ke Pantai Teluk Bidara. saja lepak-lepak dan ambil gambar kenangan disana. cantik juga tempatnya. tapi kat pantai tu dilarang berenang dan bermandi-manda ye. ombak Laut China Selatan kan besar-besar, so bahaya tau. lepak-lepak je boleh. okay?

cantik kan?

4 Julai 2012, Rabu. kami berempat (tambah lagi seorang, kawan Syana) bergerak dari Dungun ke Jengka pada jam 10.30 pagi dengan menaiki bas Jengka Liner. sepatutnya perjalanannya dijangka sampai jam 3.30 ke 4 petang. tapi sampai Jengka pukul 5 petang sebab bas tu turun Temerloh dulu ambil orang pastu barulah ke Jengka. jadi kami sampai dalam pukul 5 petang. sebenarnya Syana dan kawannya mahu ke UiTM Jengka la, ambil mini transcript. tapi dah sampai lewat, so tak dapatlah ke UiTM Jengka. lagipun ada beberapa orang kawan Syana yang tolong ambilkan mini transcript tersebut. jadi tak perlulah kesana. huhu. akhirnya, kami pun pulanglah ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Metrobus dari Jengka pada jam 6.30 petang. yang kami rasa lawaknya ialah bas tu pun ambil penumpang di Temerloh. kiranya kami ke Temerloh dua kali la pada haritu. huhu. kami sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 9 malam.

RM33 + RM24 + RM15.60 = RM72.60

nota ringkas: berharap agar dapat bercuti bersama kawan-kawan lagi.


Friday, May 11, 2012

The Madness of Running Man..

assalammualaikum...


anyohaseyo~ today i will talk about the madness of the Running Man.. yes, Running Man.. okay, Running Man is one of Korean variety show produced by SBS. well if you want to know more about Running Man, you can get their information from Wikipedia or you go to their International Fansite, also their Facebook page Running Man (fan made). this show is totally DAEBAK! (amazing!). and I highly recommend this show for you to watch it. once you watch it, you'll addicted to it.. huhu~


Don't walk, RUN!


how did i know the existence of this show? well, a lot of my friends love Korean drama, film, music and also variety show.. so, one of my best friends, actually two, suggest me to watch this show.. they played the video of this show to me, which is episode 12. at first i'm not really interested towards this show.. but not a long after that, about two or three weeks, my another best friend have a lot of this Running Man show. so, i opened the episode 1 file, and played it and i realized that the show is not bad at all.. well, actually i start to love this show on November 2011 (more less).. this show actually had been exist in July 2010. so, i'm quite late.. oh, no.. extremely late.. even though i'm late, i have all the collection of Running Man show in my portable disk drive, and this picture (below) is the prove that i love Running Man.. woohoo~ i'm also watching the Running Man show through S One Channel (Channel 393 Astro), but the episode is a little bit late, about 3 episode late.. but, i still enjoy watching it. hehe~ plus, Running Man introduce me to others Korean celebrities, movie, drama, music and also their country and culture. totally daebak!


until now, 93 episode had been release by SBS. congratulations~


personally, i'm totally enjoy this show and the person who i love most in this show is KIM JONG KOOK, the Sparta of the Running Man, Hanamja Kookie . he is the strongest person in the Running Man and almost everybody wants him to be eliminated first specially in the Survival series. although he is a muscular man, he seem like a sensitive man. well, we should not judge the book by its cover right. well, Kim Jong Kook oppa, i love you .. hee~  i also like the Monday Couple , Gary & Ji-Hyo.. even though they already break up, i still love and wish them to be together.. hihi~  the others members of Running Man is Yoo Jaesuk the Grasshoper, HaHa the flirty member, Ji Suk Jin the Big Nose Hyung and also Lee Gwangsoo the Giraffe. not to forget the former Running Man member, Song Jong Ki the Pretty Boy.. well, combined all members together, the Running Man is totally enjoyable show to be watch (promoting the show).. hehe~ oh, the show also invited a lot of Korean celebrities as guests, such as YongHwa CN Blue, Nichkhun 2PM, SNSD, Big Bang and others. Daebak!!!

p/s: i do really hope that Running Man will come to MALAYSIA.. (well, is not only me wishing for that. hehe~)


*sorry for my very bad terrible English..

Sunday, April 29, 2012

April~

assalammualaikum semua..

setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya saya kembali lagi.. (buat comeback macam ada orang peduli).. okay hari ni saya nak ringkaskan perkara yang terjadi pada bulan April 2012 ini.. huu~

masa awal bulan April tu pergi jalan-jalan bersama kawan-kawan kolej sempena perpisahan lepas tamatnya peperiksaan akhir serta tamatnya diploma. pergi la merayau-rayau ke i-City, shopping kat Jalan TAR dan Kenanga pastu mandi sungai di Hutan Lentang.. sesungguhnya memang seronok la dapat bersama sebelum berpisah.. harap kami akan bertemu kembali lagi.. insyaAllah.. Aamiin.. Tikah, Awai, Aju, Anis, Zue dan Nanin, i will never forget you all. ahaks.. speaking pula..

dah malam pun ramai juga orang~

oh, ya... baru-baru ni pula saya pergi ke Langkawi bersama mak, ayah, kak ngah serta kawan saya, Syana.. saja bercuti-cuti Malaysia.. kami pergi naik KTM.. agak mengecewakan kami la apabila train tu rosak pula lalu kami sampai ke Langkawi pun lambat seterusnya menggangu jadual kami.. sedih ouh.. patutnya sampai dalam lebih kurang 8 pagi di Arau, tapi kami sampai pada pukul 12.. setengah hari tu kira burn sebegitu saja.. huu~ dan kami sekali lagi kecewa apabila Cable Car di Gunung Mat Chincang tutup untuk maintenance.. cis!!! kenapa masa kami pergi tidak masa yang lain? ahhhh!!!! walaubagaimanapun kami tetap seronok la juga dapat bercuti ni kan.. huhu..

time ni kat stesyen Ipoh, berhenti untuk tukar gerabak dan betulkan apa yang patut.

okay, last but not least.. hari Jumaat (27 April 2012) adalah hari keluarnya result final bagi Diploma UiTM.. jadi ada kena mengena la dengan saya memandangkan saya ambil Diploma Perakaunan.. Alhamdulillah, keputusan saya okay walaupun GPA jatuh.. huu~ dan dengan keluarnya result tersebut secara rasminya saya seorang graduan diploma.. syukur ALHAMDULILLAH.. di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan semua yang telah mendapat keputusan cemerlang serta sudah graduate.. hee~ bagi sesiapa yang masih meneruskan perjuangan, teruskan usaha anda. ANDA BOLEH!! :)

baiklah sekian sahaja pada hari ni.. jumpa lagi.. kamsahabnida. ;)

Friday, March 2, 2012

Bowling Yawww!!!

assalammualaikum...

Venue:
Ampang Superbowl Berjaya Times Square

Date:
1 Mac 2012, Thursday

Time:
12 noon

VIP:
Section 1

VVIP:
Madam Zila with her mom. ;)

Mood:
Totally Happy!!! :D

sweet memories...

nota ringkas: sakit tangan oiii!!! ohh... lupa. semoga berjaya kawan-kawan. ;)

Friday, February 24, 2012

The End?

assalammualaikum..

apa khabar semua? hope sihat sejahtera. hari ni saya nak bercerita pasal penghujung semester enam yang sedang saya lalui sekarang. ya, saya sekarang berada di semester terakhir (insyaAllah) diploma perakaunan. sekarang ni menunggu detik peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 14 Mac 2012. di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada anda semua jika saya ada salah dan silap terhadap kalian. juga saya berharap agar anda mendoakan saya dan rakan-rakan supaya berjaya menjawab peperiksaan ini serta mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiin.. mudah-mudahan. InsyaAllah. baiklah, saya nak share jadual peperiksaan akhir saya dengan anda semua. mana tahu ada diantara kalian yang mengambil AC110 sama dengan saya, so boleh refer jadual ni. dan buat sesiapa sahaja yang sedang atau bakal menghadapi peperiksaan, HWAITING (fighting).

Rabu, Sabtu, Rabu, Sabtu, Sabtu.

tapi sebelum final, mestilah annual dinner. annual dinner ni untuk meraikan kami yang berada di semester 6 ni la. tema dinner kali ini ialah The Elegante of Mascarada . majlis ini akan berlangsung pada 9 Mac 2012 di Flamingo Hotel. tema dah tahu, tapi saya tak tahu lagi nak pakai baju apa. baju apa eh yang nampak elegant? then nak pakai mask apa? hurmmm... nanti-nantilah fikir. buat serabut je. huhuhu... hopefully, majlis tu nanti berjalan lancar. hihi.. ;)

banyak perkara bermain didalam kotak fikiran. saya berdoa agar setiap satu perkara akan berjalan dengan lancar. Aamiin. baiklah, sampai disini sahaja coretan saya kali ini, dah kekeringan idea untuk menulis + mengantuk pula tu. ok, daaaa~

nota ringkas: berharap sangat dapat pergi bercuti!!!


Sunday, February 5, 2012

The Big Mess In My Head

assalammualaikum...


apa khabar semua? sihat? first of all amie nak ucapkan salam Maulidur Rasul kepada sahabat semua. jom selawat. 


اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ



Alhamdulillah. dapat juga kita berselawat bukan? jangan lupakan amalkan setiapa hari ye. bukan hari ni je. selawat ke atas Nabi merupakan salah satu cara untuk melepaskan rindu terhadap baginda selain mengamalkan sunnahnya.


*****


okay, sekarang kita beralih pula kepada tajuk diatas. ya, memang otak amie agak 'semak' sekarang. assignments dan test buat amie runsing, risau dan sewaktu dengannya. assignments yang besar sekali ialah subjek FAR360 iaitu case study dan ETR300, business plan. tapi subjek-subjek yang lain pun tak boleh lupa. semuanya penting. 


totally busy.
(Cr: Google)


tapi amie kena sentiasa ingat, ini adalah pengorbanan. pengorbanan dari segi masa, tidur dan juga makan. ya, tak makan. sampai perut berbunyi-bunyi masuk angin. huu~ dan apa yang paling penting sekali ialah SABAR... ya, sabar.

nota: tak dapat nak tulis panjang sebab tak boleh nak susun ayat dan kepala masih lagi serabut. sekian.

Sunday, January 15, 2012

MUET result and assignments...

assalammualaikum.. ;)

pada hari Khamis lepas bersamaan 12 Januari 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan keputusan Malaysian University English Test (MUET). semua calon MUET berpusu-pusu untuk melihat keputusan mereka sama ada menggunakan khidmat pesanan ringkas ataupun online. jadi, saya pun tak terkecuali untuk menyemak keputusan saya. (okay, pesal ntah aku skema sangat kan...) jadi result saya ialah...... BAND 10 (baca: BEN 10), okay tipu.. mana ada sampai band 10, paling tinggi band 6 je tau. huhu.. amie punya yang sedang-sedang je. huuu~

gambar novel dan komik sekadar hiasan. ;p

okay lah, tu pasal MUET. hari Jumaat lepas pula ada ETR test, okay lah. boleh jawab. tapi bukan tu yang amie nak cerita. ni nak sembang pasal assignments.. ohhh, sakit perutku. eh? sakit kepalaku. firstly, assignment ETR300, kitaorang (satu group lima orang) kena buat business plan. dan kami buat business plan untuk kedai dobi. progress setakat ni kira okay la. huuu~ kitaorang siap buat page kat Facebook lagi. nama kedai dobi kitaorang ialah Bubble Bee Ent (silalah like). hehe.

kedua, assignment FAR360. kena buat presentations dan final report. rasa nak pecah kepala je. seriously. esok, presentation kedua pula. berdebar i. huu~ esok kena present pasal auditing and taxation. masa presentation 1 haritu kena present pasal manangement accounting, financial accounting and financial management. nak buat semua ni memang agak stress la. lagi stress kalau hal ni berlaku:

urghhhh!!!

okdaaaa~

nota ringkas: saya sudah dapat Baucar Buku 1Malaysia. yeay.. huu~