Thursday, November 10, 2011

Trip To Genting : 09112011

assalammualaikum.

hai semua. hari ni amie nak ceritakan tentang event yang berlaku semalam. event Trip to Genting, bersama kawan-kawan amie. seramai 14 orang termasuk amie menjejakkan kaki ke Genting Highlands untuk menikmati kegembiraan dan keseronokkan melampau-lampau di sana. okay, ayat nak bombastik je. huhu. kami mengambil Golden Package di Hentian Puduraya. harganya RM47 seorang. apa yang ada dalam Golden Package ni eh? bas untuk ke Skyway, dari Skyway ke Genting, pass masuk ke Genting (Outdoor saja), dari Genting ke Skyway dan dari Skyway ke Puduraya semula. kat KL Sentral pun ada pakej ni, maklumat lanjut search je Go Genting Golden Package ye.

tiket dia lebih kurang cam ni. ada 6 keratan, tapi dah koyak 3.

okay, kami bertolak dari Puduraya pukul 8.30 pagi. awal tak awal? haha. kemudian sampai di Skyway dalam pukul 9.30 la juga. dari Skyway kami naik bas untuk ke Genting memandangkan cable car sedang diservis. choiii~ nak tunggu bas ke Genting ni punyalah lama. dalam pukul 10 la juga kami baru naik. sampai atas nak dekat pukul 11 kot. entahlah tak tengok jam sangat pun. dah sampai Genting apa lagi, suka lah, nak berjimba-jimba lagi. huhu.


Spinner - pening naik benda ni.


okay, amie ceritakan game yang amie main je tau. kalau nak tahu game apa yang ada layarilah laman web Genting ye. huhu. first sekali amie naik Spinner. buaian yang ramai-ramai tu. nak tercabut kaki lepas turun dari buaian tu. kedua amie pergi Dinasourland, naik boat pusing-pusing tengok Dinasour. orang yang tak gemar permainan extreme boleh masuk yang ni ya. hehe. ketiga, amie naik Boating. ala yang kayuh berdua tu. ha, yang ni best juga. tapi lenguh la kaki nak mengayuh. haha. keempat, amie naik Pirate Ship, geli-geli perut naik benda ni. cuak la juga. haha.

Space Shot - tak naik dan tak nak naik. seram je. huhu.

banyak game yang tak dapat main memandangkan masa kami sangat la suntuk. dah la nak menunggunya pun lama. jadi dapat main empat game je. selebihnya ambil gambar kat sekitar Genting tersebut. apa-apa pun amie sangat seronok dapat bergembira bersama teman-teman semua. makin sayang amie dengan dorang semua. ehem. haha.kami bertolak pulang pukul 4.30 dari Genting turun ke Skyway dengan menaiki bas. sampai kat Skyway pukul 5.15 petang. tunggu lah bas kami untuk ke Puduraya pada jam 5.30 petang. kami sampai di Puduraya sekitar jam 6.30 petang. dan masing-masing pulang ke rumah dengan rasa penat tapi seronok. hehe.dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, cuaca pun okay sangat. masa sampai-sampai kat Genting tu memang sejuk la. kabus tebal je. tapi semuanya okay dan sangat seronok yaw.. wee~

tanda persahabatan bak kata ijam. ;)

nota ringkas: terima kasih kawan. ;)


4 comments:

naim fazrin said...

isy,tak guna...dia da update dulu...heheheh...aku bru taip sparuh...pnat sgt...hehehheh...nnt nak post...huhu...

Amie Amisya said...

cis.. jeles la tu. huhu.. cepat post, ku tunggu. huhu.

naim fazrin said...

heheheh...ok2...

Amie Amisya said...

good boy. haha. ;D