Thursday, November 17, 2011

semester enam.

assalammualaikum.

hari ni amie pergi ke kolej tercinta, Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur untuk mendaftar bagi semester baru iaitu semester enam. final semester, insyaAllah. hari ni hari pendaftaran untuk pelajar lama UiTM yang menumpang di KPTMKL ni. huhu. macam-macam perasaan bercampur-baur, exited jumpa kawan-kawan lama, nervous nak tahu pasal kelas.. ehh.. macam-macam la. haha. okay, amie pergi mendaftar jam 9 la juga sebab tunggu kawan-kawan amie lagi. then, habis dalam pukul 10.30 lebih macam tu. pastu naik atas, nak tengok jadual dan nama classmates. hihi. jadual kira okay la. tapi, banyak gap yang lama la, ada sampai 3 jam tu. ohoiiii~ tapi takpe la, last semester punya pasal, i sanggup you. ehek~ *gedik.


i'm UiTM's student that do my study at KPTMKL. got that?

lepas dah merepek-repek tengok jadual dan berborak, amie dan kawan amie, tikah bergerak ke KLCC. wahhhh.. tak nak kalah you. ni sebab ada tiket TGV percuma la, apalagi. dapat dari Jusco haritu sebab birthday amie. huhu. tapi, memula kami pergi makan dulu. kami makan di Pizza Hut. haritu cravings sangat nak pizza. dapat la. tapi muak sangat sebab ambil Ultimate Cheesy 7 Chicken Pepperoni. muak doh. serius. makan dua slice je. nasib baik ada side order Chicken Wing Honey BBQ, sodap juga eh. yummy.

one word, sedap..


selesai makan, kami pun berangkat la ke TGV. eh.. tak, solat dulu. then pergi la ke TGV. disebabkan kami ada voucher ni, kami hanya boleh menonton movie yang ada tanda (*) sahaja. kat KLCC tu, movie yang ada tanda (*) ada dua je, Real Steel dan In Time. jadi kami pun decide la untuk tonton In Time as kami dah tengok Real Steel haritu. overall movie ni best la. ada pengajarannya iaitu, setiap saat itu sangat berharga dan bernilai. jadi, jangan bazirkan masa selalu ye, sekali-sekala takpe. eh. haha. tapi, movie tu memang best la. pelakon dia Justin Timberlake, kira okay la dia berlakon. wee~

not bad. ;)

lepas tonton wayang, amie pergi beli donut Big Apple. dah lama tak makan. pun cravings juga. Alhamdulillah, dapat juga makan apa yang amie cravings. rezeki tu. okay, donut Big Apple yang paling amie suka ialah Oreo punyalah. sodap sangat. yummeh.. ok, daaa...

nota ringkas: nak cari semangat belajar. semangat!!! hadirlah~

4 comments:

naim fazrin said...

haha...slamat mnjlni sem 6...heheheh...kakak aku dah tgok in time ni...die pon kate best...huhuuhuhjhhuhu

Amie Amisya said...

hehe. thanks naim. kau pun sama tau. belajar elok-elok eh. hehe. haa.. mmg best, lagi-lagi free pula tu. huhu. ;)

Lina_Lin said...

gud luck to u too dear.. :)

Amie Amisya said...

@Lina_Lin : thank you dear. ;)