Saturday, November 19, 2011

MUET dan Macaroons

assalammualaikum....

hyep! hari ini ada MUET. ya, MUET! reading, writing and listening test. tapi, pagi tadi la. dari pukul 8 sehingga 12.30 tengah hari kat KPTMKL. bagi amie, kira okay la soalan dia. nasib baik la tak susah sangat. bajet bagus je aku. haha.

nah. tempek logo sat. haha.

reading test, kita kena baca, lepastu jawab soalan yang A, B, C tu. apa eh namanya? ah, lupa la. masa dulu tau singkatan dia apa, sekarang ni tetiba lupa. haha.

writing test pula kena buat summary dan essay. tapi, amie rasa summary amie terlebih perkataan la. limit 200 je. alahai, harap pemeriksa tu kesian kat amie. haha.. harapan la. untuk essay pula, kira fine-fine aja. soalan dia pasal choose career based on interest. ha, pebenda yang amie merepek ntah. tapi okay kot. insyaAllah.

listening test pula nasib baik la orang yang cakap tu jelas suara dia takde slang-slang teruk sangat. so, overall okay juga la. eh, aku ni asyik okay je. huhu. ya, amie berharap resultnya pun okay la. dah la tak berusaha sangat. ish ish ish.. jangan tiru macam amie ye. sila la berusaha. hee~

okay, lepas MUET, amie dan beberapa kawan amie bergerak ke Axis Atrium untuk makan KFC. kawan amie ni ha, cravings sangat. amie ingat nak beli Subway, tapi macam malas pula. so, makan je la KFC. ambil Snack Plate. yummehh.. eh, Alhamdulillah. ;)

lepas makan, jalan-jalan sat. kat sana dah ada Tutti Fruity punya kedai!!! wah, exited kan? yelah, boleh perabih duit kat sana. okay, bad habit! haha. sekali sekala takpe la kan? hihi. so, time jalan-jalan tu terjumpa kedai LilDaisy. comel je kedai dia. kedai tu jual cupcakes dan macaroons!! yummmeeeehhhh...

packaging dia simple je, sticker tu pula comel. ;)

jadi, amie pun decide la untuk membeli macaroons sebab nak rasa. actually, dulu pernah makan, tapi yang kecil ciput letak atas kek tu, so tak rasa sangat macaroon nye. tadi ada kesempatan, maka beli la. amie beli tiga macaroons. amie ambil perasa salted caramel, coklat dan red velvet. harga salted caramel dengan coklat RM2, manakala red velvet pula RM3. pape pun sedap weyh... terutamanya yang red velvet tu. sedap sedap sedap. okay over. haha. ok, daaaa...

dari atas : Coklat, Red Velvet dan Salted Caramel.

nota ringkas : syukur, Alhamdulillah. ;)

5 comments:

Lina_Lin said...

soklan abc tue mcq kannnn? td cm hampeh aje wat essei..adeii

naim fazrin said...

nama miss shanti msuk gak kan???heheheh

Amie Amisya said...

@Lina_Lin : haaaa.. MCQ, lupa nama nye. huhu. esei mmg mengarut je la. haha.

@naim fazrin : nama miss shanti? kat mana? tak sedar pun. huhu.

naim fazrin said...

kat shanti stupa...hahahah...

Amie Amisya said...

@naim : haaa..?? tak ingat pun. ke lain soalan.? huhu.