Saturday, November 19, 2011

MUET dan Macaroons

assalammualaikum....

hyep! hari ini ada MUET. ya, MUET! reading, writing and listening test. tapi, pagi tadi la. dari pukul 8 sehingga 12.30 tengah hari kat KPTMKL. bagi amie, kira okay la soalan dia. nasib baik la tak susah sangat. bajet bagus je aku. haha.

nah. tempek logo sat. haha.

reading test, kita kena baca, lepastu jawab soalan yang A, B, C tu. apa eh namanya? ah, lupa la. masa dulu tau singkatan dia apa, sekarang ni tetiba lupa. haha.

writing test pula kena buat summary dan essay. tapi, amie rasa summary amie terlebih perkataan la. limit 200 je. alahai, harap pemeriksa tu kesian kat amie. haha.. harapan la. untuk essay pula, kira fine-fine aja. soalan dia pasal choose career based on interest. ha, pebenda yang amie merepek ntah. tapi okay kot. insyaAllah.

listening test pula nasib baik la orang yang cakap tu jelas suara dia takde slang-slang teruk sangat. so, overall okay juga la. eh, aku ni asyik okay je. huhu. ya, amie berharap resultnya pun okay la. dah la tak berusaha sangat. ish ish ish.. jangan tiru macam amie ye. sila la berusaha. hee~

okay, lepas MUET, amie dan beberapa kawan amie bergerak ke Axis Atrium untuk makan KFC. kawan amie ni ha, cravings sangat. amie ingat nak beli Subway, tapi macam malas pula. so, makan je la KFC. ambil Snack Plate. yummehh.. eh, Alhamdulillah. ;)

lepas makan, jalan-jalan sat. kat sana dah ada Tutti Fruity punya kedai!!! wah, exited kan? yelah, boleh perabih duit kat sana. okay, bad habit! haha. sekali sekala takpe la kan? hihi. so, time jalan-jalan tu terjumpa kedai LilDaisy. comel je kedai dia. kedai tu jual cupcakes dan macaroons!! yummmeeeehhhh...

packaging dia simple je, sticker tu pula comel. ;)

jadi, amie pun decide la untuk membeli macaroons sebab nak rasa. actually, dulu pernah makan, tapi yang kecil ciput letak atas kek tu, so tak rasa sangat macaroon nye. tadi ada kesempatan, maka beli la. amie beli tiga macaroons. amie ambil perasa salted caramel, coklat dan red velvet. harga salted caramel dengan coklat RM2, manakala red velvet pula RM3. pape pun sedap weyh... terutamanya yang red velvet tu. sedap sedap sedap. okay over. haha. ok, daaaa...

dari atas : Coklat, Red Velvet dan Salted Caramel.

nota ringkas : syukur, Alhamdulillah. ;)

Thursday, November 17, 2011

semester enam.

assalammualaikum.

hari ni amie pergi ke kolej tercinta, Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur untuk mendaftar bagi semester baru iaitu semester enam. final semester, insyaAllah. hari ni hari pendaftaran untuk pelajar lama UiTM yang menumpang di KPTMKL ni. huhu. macam-macam perasaan bercampur-baur, exited jumpa kawan-kawan lama, nervous nak tahu pasal kelas.. ehh.. macam-macam la. haha. okay, amie pergi mendaftar jam 9 la juga sebab tunggu kawan-kawan amie lagi. then, habis dalam pukul 10.30 lebih macam tu. pastu naik atas, nak tengok jadual dan nama classmates. hihi. jadual kira okay la. tapi, banyak gap yang lama la, ada sampai 3 jam tu. ohoiiii~ tapi takpe la, last semester punya pasal, i sanggup you. ehek~ *gedik.


i'm UiTM's student that do my study at KPTMKL. got that?

lepas dah merepek-repek tengok jadual dan berborak, amie dan kawan amie, tikah bergerak ke KLCC. wahhhh.. tak nak kalah you. ni sebab ada tiket TGV percuma la, apalagi. dapat dari Jusco haritu sebab birthday amie. huhu. tapi, memula kami pergi makan dulu. kami makan di Pizza Hut. haritu cravings sangat nak pizza. dapat la. tapi muak sangat sebab ambil Ultimate Cheesy 7 Chicken Pepperoni. muak doh. serius. makan dua slice je. nasib baik ada side order Chicken Wing Honey BBQ, sodap juga eh. yummy.

one word, sedap..


selesai makan, kami pun berangkat la ke TGV. eh.. tak, solat dulu. then pergi la ke TGV. disebabkan kami ada voucher ni, kami hanya boleh menonton movie yang ada tanda (*) sahaja. kat KLCC tu, movie yang ada tanda (*) ada dua je, Real Steel dan In Time. jadi kami pun decide la untuk tonton In Time as kami dah tengok Real Steel haritu. overall movie ni best la. ada pengajarannya iaitu, setiap saat itu sangat berharga dan bernilai. jadi, jangan bazirkan masa selalu ye, sekali-sekala takpe. eh. haha. tapi, movie tu memang best la. pelakon dia Justin Timberlake, kira okay la dia berlakon. wee~

not bad. ;)

lepas tonton wayang, amie pergi beli donut Big Apple. dah lama tak makan. pun cravings juga. Alhamdulillah, dapat juga makan apa yang amie cravings. rezeki tu. okay, donut Big Apple yang paling amie suka ialah Oreo punyalah. sodap sangat. yummeh.. ok, daaa...

nota ringkas: nak cari semangat belajar. semangat!!! hadirlah~

Monday, November 14, 2011

Only Hope

assalammualaikum..

hai kawan-kawan. pernah tak tengok movie A Walk To Remember? movie tu sangatlah best dan sweet. kalau tak pernah tengok lagi, sila lah tengok ye. hari ni amie nak share lagu yang ada dalam filem tu, Only Hope. sangat best dan menyentuh hati. ehek. gedik sat. pape pun kita layan.... errr.. layan liriknya ye. cuba dalami bait-bait liriknya tau.


Only Hope - Mandy Moore

There's a song that's inside of my soul. 
It's the one that I've tried to write over and over again 
I'm awake in the infinite cold. 
But you sing to me over and over and over again. 

So, I lay my head back down. 
And I lift my hands and pray 
To be only yours, I pray, to be only yours 
I know now you're my only hope. 

Sing to me the song of the stars. 
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again. 
When it feels like my dreams are so far 
Sing to me of the plans that you have for me over again. 

So I lay my head back down. 
And I lift my hands and pray 
To be only yours, I pray, to be only yours 
I know now, you're my only hope. 

I give you my destiny. 
I'm giving you all of me. 
I want your symphony, singing in all that I am 
At the top of my lungs, I'm giving it back. 

So I lay my head back down. 
And I lift my hands and pray 
To be only yours, I pray, to be only yours 
I pray, to be only yours 
I know now you're my only hope. 

hmmmmm, hmmmmm, oooooh. 

nota ringkas : curi lirik dari mana ntah. yang penting, layan..

Saturday, November 12, 2011

Parti Barbeku

assalamualaikum.

semalam, ada parti barbeku di rumah kawan amie, Syana. cewah, parti barbeku tu. disebabkan rumah Syana mendapat banyak daging korban, jadi beliau telah men-decide untuk mengadakan BBQ untuk kawan-kawannya. yang hadir ke parti barbeku tu ialah amie, syana(tuan rumah memang dia ada la kan. haha), naim, dafi, aya, hana, lela dan asrul. huhu. parti BBQ tersebut bermula pada jam 8 malam dan berakhir pukul 12 malam la juga. padahal lebih, sebab amie sampai rumah amie pun nak dekat pukul 1. ish ish ish, tak senonoh anak dara balik lewat malam kan. yelah tak sedar asyik makan dan BBQ je. hehe.

antara menu yang ada ialah daging dan ayam BBQ. dua makanan ini telah diperap terlebih dahulu, tu pasal bila bakar, sodap yo. huhu. kemudian ada tom yam campur, kuah asam dan karipap. karipap dia sedap woo.. then, amie bawa coleslaw, tapi sikit jelah. dan kawan amie, Aya bawa dadih mangga. yummy.

daging yang telah diperap

BBQ time. hampir masak.

kaki kipas. ehek.

gambar di atas ini serba sedikit menceritakan apa yang berlaku sepanjang parti barbeku tu. gambar time makan tak ada pula. semua tengah syok makan, siapa yang nak ambil gambar an. huhu. kbai.

nota ringkas : makan untuk hidup. hee~

Thursday, November 10, 2011

Trip To Genting : 09112011

assalammualaikum.

hai semua. hari ni amie nak ceritakan tentang event yang berlaku semalam. event Trip to Genting, bersama kawan-kawan amie. seramai 14 orang termasuk amie menjejakkan kaki ke Genting Highlands untuk menikmati kegembiraan dan keseronokkan melampau-lampau di sana. okay, ayat nak bombastik je. huhu. kami mengambil Golden Package di Hentian Puduraya. harganya RM47 seorang. apa yang ada dalam Golden Package ni eh? bas untuk ke Skyway, dari Skyway ke Genting, pass masuk ke Genting (Outdoor saja), dari Genting ke Skyway dan dari Skyway ke Puduraya semula. kat KL Sentral pun ada pakej ni, maklumat lanjut search je Go Genting Golden Package ye.

tiket dia lebih kurang cam ni. ada 6 keratan, tapi dah koyak 3.

okay, kami bertolak dari Puduraya pukul 8.30 pagi. awal tak awal? haha. kemudian sampai di Skyway dalam pukul 9.30 la juga. dari Skyway kami naik bas untuk ke Genting memandangkan cable car sedang diservis. choiii~ nak tunggu bas ke Genting ni punyalah lama. dalam pukul 10 la juga kami baru naik. sampai atas nak dekat pukul 11 kot. entahlah tak tengok jam sangat pun. dah sampai Genting apa lagi, suka lah, nak berjimba-jimba lagi. huhu.


Spinner - pening naik benda ni.


okay, amie ceritakan game yang amie main je tau. kalau nak tahu game apa yang ada layarilah laman web Genting ye. huhu. first sekali amie naik Spinner. buaian yang ramai-ramai tu. nak tercabut kaki lepas turun dari buaian tu. kedua amie pergi Dinasourland, naik boat pusing-pusing tengok Dinasour. orang yang tak gemar permainan extreme boleh masuk yang ni ya. hehe. ketiga, amie naik Boating. ala yang kayuh berdua tu. ha, yang ni best juga. tapi lenguh la kaki nak mengayuh. haha. keempat, amie naik Pirate Ship, geli-geli perut naik benda ni. cuak la juga. haha.

Space Shot - tak naik dan tak nak naik. seram je. huhu.

banyak game yang tak dapat main memandangkan masa kami sangat la suntuk. dah la nak menunggunya pun lama. jadi dapat main empat game je. selebihnya ambil gambar kat sekitar Genting tersebut. apa-apa pun amie sangat seronok dapat bergembira bersama teman-teman semua. makin sayang amie dengan dorang semua. ehem. haha.kami bertolak pulang pukul 4.30 dari Genting turun ke Skyway dengan menaiki bas. sampai kat Skyway pukul 5.15 petang. tunggu lah bas kami untuk ke Puduraya pada jam 5.30 petang. kami sampai di Puduraya sekitar jam 6.30 petang. dan masing-masing pulang ke rumah dengan rasa penat tapi seronok. hehe.dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, cuaca pun okay sangat. masa sampai-sampai kat Genting tu memang sejuk la. kabus tebal je. tapi semuanya okay dan sangat seronok yaw.. wee~

tanda persahabatan bak kata ijam. ;)

nota ringkas: terima kasih kawan. ;)


Monday, November 7, 2011

I Hate...


assalammualaikum.


okay, amie nak share poem dari filem 10 Things I Hate About You. pernah tengok tak? best kan cerita tu? and poem ni perempuan tu baca kat depan kelas, pastu menangis. huhu. poem ni bagi amie agak best dan suka la dengan poem ni. so, perdengarkanlah. errr.. i mean bacalah sendiri. hehe.


I Hate


I hate the way you talk to me
And the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare


I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind
I hate you so much that it makes me sick
It even makes me rhyme


I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry


I hate the way you're not around
And the fact that you didn't call
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit. not even at all.




nota ringkas : hate or love?

Friday, November 4, 2011

keputusan peperiksaan

assalammualaikum.

tajuk macam skema je kan? okay. hari ini 4 November 2011. ya, apa yang 'special' nya hari ini? hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar Universiti Tekonologi MARA a.k.a UiTM. kenapa mereka menunggu hari ini dan bukan esok atau semalam. sebab hari ini ialah hari keputusan peperiksaan keluar. huu~

usaha, takwa, mulia

okay, bila berbicara pasal result. apa lagi. macam-macam perasaan bercampur baur ketika menunggu keputusannya. macam amie. malam tadi cuak gila la. sampai tangan jadi sejuk. takut punya pasal, risau pun ada. asyik refresh je e-mail. well, amie dapat e-mail sebab dari semester dua lagi dah dapat e-mail. terima kasih UiTM kerana bagi e-mail. senang sikit. kalau buka kat Student Portal, confirm la lambat. hee~

yes. love sebab dorang bagi e-mail kat amie. hee~

then, bila dah dapat e-mail tu, cuak pula nak buka. dengan lafaz bismillah, amie pun buka. dan Alhamdulillah. result amie meningkat dari sem lepas. syukur ya Allah. sangat-sangat bersyukur. macam tak percaya pun ada. hee~ dan amie sangat gembira bila lihat mak dan ayah amie gembira. sukanya ya Allah. Alhamdulillah. mungkin result ini juga hadiah hari jadi amie yang beberapa hari lepas tu. huhu. anda pula bagaimana?

nota ringkas : bersyukurlah. Alhamdulillah.