Thursday, October 27, 2011

rutin cuti semester.

assalamualaikum.

hari ini amie ingin berkongsi rutin pada cuti semester. bukan rutin yang five, six, seven, eight tu ya. haha. nak berkongsi apa yang amie lakukan sepanjang cuti ni. menghadap 24 jam sehari. mostly la. okay, first sekali layan gambar. jommm..


komputer. 
online la, apa lagi. menghadap Facebook dan Twitter je memanjang. pastu kadang tengok movie atau video atau layan lagu. huhu. dan kalau boring sangat main Angry Birds. haha


novel dan komik.
ha.. tu la kerjanya, layan novel dan komik, pastu berangan dapat pakwe or husband yang sweet dalam novel tu. memang tak wujud la kan. hoho.


handphone.
guna untuk online, main game, ambil gambar, dengar lagu, SMS dan call. bab SMS dgn call tu jarang-jarang. tak tahu nak borak dengan siapa pun.



camera.
camera ni bawa tidur je. haha. camera ni gunanya ambil gambar le.


televisyen.
tengok la cerita apa yang menarik. tapi banyak yang tak menarik walau channel melambak. huh!

dan sekali-sekala lepak dengan kawan-kawan la, apa lagi kan. jumpa kawan-kawan, lepas rindu. buat aktiviti-aktiviti menarik bersama-sama, shopping ke. takpun keluar dengan family ke. keluar dengan pakwe memang tak la, pakwe pun takde. hahaha.. begitulah. dan kalau ada lebih-lebih masa, duk layan perasaan le. layan la perasaan apa yang ada, suka, duka, cinta. opsss.. cinta takde eh.. tak pernah bercinta pun. okay tipu. pernah sekali dua je bercinta dulu. tu pun sekejap. well, orang kuat cemburu memang tak layak bercinta. kadang-kadang ego pula tu. okay, sedar diri sendiri. kesilapanku keegooanku. huhu. ah, malas nak cerita pasal cinta. haha. tu la duk layan perasaan kan. moral of the story, jangan layan perasaan. haha. okay, ni je la rutin cuti semester amie. bab makan, minum, mandi, tidur tu rutin biasa la kan.

nota ringkas : manage your time wisely. oh, lupa. minggu depan result final keluar. takut... :|

2 comments:

iQaberry said...

acara makan . makan all the time tak de ke amie ?? HEHE >,<

Amie Amisya said...

itu rutin biasa weyh. haha.