Thursday, October 13, 2011

MUET dan Real Steel

assalammualaikum.

alhamdulillah, pagi tadi amie dah pun selesai menjalani latihan askar wataniah dan berjaya mendapat pangkat sarjan. eh? mengarut apa aku ni? hehe. silap-silap. pagi tadi amie telah menghadapi speaking test MUET yang bertempat di kolej amie sendiri iaitu KPTMKL. ya Allah, pagi tadi sebelum pergi tu punyalah cuak sampai sakit perut sebab gementar. amie bertolak dari rumah pukul 7 pagi memandangkan test-nya start pukul 7.30 pagi. actually pagi-pagi tu ada briefing dulu dan tahulah kita group mana. amie satu group dengan kawan-kawan yang amie kenal dan pernah buat speaking test sama-sama semasa semester-semester lepas. jadi takde la gugup sangat. errr... ye ke tak gugup?

okay, lepas tu, kami dapat tahu yang kami group pertama sekali. ya Allah, nebesnya(nervous-nya). tapi gagahkan diri juga dan fikir positive. yelah kan, bila cepat speaking, cepat habis, cepat balik. so, tabahkan jelah diri. then kami dipanggil masuk ke discussion room tu dalam pukul 8 la juga kot. pastu duduk la ikut aturan. calon A, Mila. calon B, Picqa. calon C, Amie dan Calon D, Tikah. nak tahu tak kami dapat tajuk apa? kami dapat tajuk yang senang la juga iaitu: What is the most important in our life. A) Health, B)Friendship, C)Education dan D) Family. perghh, masing-masing tak nak kalah dengan point masing-masing lah, jadi kami concluded yang semua adalah penting dalam hidup kita. haha. sort of la.

lepas je habis MUET, amie dengan kawan amie, tikah, gerak pergi McD Maluri. breakfast kat sana disebabkan keinginan yang melampau. haha. kami ambil Family Box A. perghhh.. sedapnya. ada pancake, hashbrown, egg-muffin dan lagi satu tu tak ingat la apa. ada coffee and tea sekali. masa tengah makan tu borak-borak la. kawan amie tu nak balik Kedah hari ni, tapi amie saja-saja ajak dia pergi Berjaya Times Square(TS). dia pun okay. time tu pun kira awal lagi la. so kami balik dulu rumah sewa dia, ambil barang-barang then gerak pergi Puduraya dulu, beli tiket dan letak barang, pastu baru pergi TS.

sedap~ hehe.

kat TS, kami tengok wayang la, apa lagi kan. kami tengok movie Real Steel lakonan Hugh Jackman yang pernah berlakon jadi Wolverine kat dalam X-Men tu. memang best la cerita dia. superb. awesome. haha. cerita dia pasal robot bertinju. memang macam real la dengan sound efek yang terbaiknya lagi. then, jalan cerita dia tak meleret-leret sangat la. so, tak bosan. action dia pun bagus. amie boleh bagi 4.5 per 5 la. jadi pergilah tengok ye. hehe. lepas tengok wayang, kami pergi Sogo jap. sempat pula kan? padahal tiket bas kawan amie tu pukul 3. pergi Sogo semata-mata beli handbag untuk mak kawan amie tu. mak dia teringin, so belikan la. ya Allah, kat Sogo tadi RAMAI. ada warehouse clearance kat tingkat 7. kawan amie dapat handbag terus gerak, tapi time tu dah nak dekat pukul 3 dah. tapi nasib baik sempat. fuhh.. hurm, ha.. tu jelah. kbai.

smart la.

nota ringkas: agak seronok. dan sakit kaki. hee~

No comments: