Monday, October 31, 2011

antara tiada dan sediakah kita?

assalammualaikum..

pagi tadi amie pergi menziarahi kubur arwah nenek amie di tanah perkuburan Sungai Tua. area Selayang sana. kakak amie yang ajak sebab dia ambil cuti hari ni. jadi, amie pun pergi dengan dia dan mak amie sekali. sampai sana bersih-bersihkan kubur tu sikit dan tanam beberapa pokok kecil dan siram sedikit. kemudian ambil masa untuk baca Al-Fatihah dan kami terus pulang.

bila menziarah kubur tadi, teringat pula rakan amie yang telah tiada. Ayu, kawan amie dari darjah 3, kami agak rapat. masa dapat berita dia meninggal, amie agak terkejut. tapi tak boleh nak menangis. amie memang jenis macam tu. sukar untuk memberi reaksi perasaan serta merta. lewat. loading. bila lama-lama, barulah diri ini merasai kesedihan dan mungkin jua menangis. dan kadang perasaan sedih itu datang sekejap sekejap, bila teringat atau mengingatkan kembali saat itu.

ya, bila berbicara soal ingat, kita perlu ingat. MATI itu PASTI. setiap hari malaikat maut pasti akan datang menjenguk kita. melihat kita. kerna dia sudah pasti mahu bersedia untuk mengambil kita bila saatnya sudah tiba. tapi bersediakah kita? itu persoalan untuk diri sendiri. kita yang perlu melakukan persediaan untuk diri kita untuk melangkah ke alam yang seterusnya. bersedialah demi masa hadapan yang kekal abadi di alam akhirat nanti.


INGAT LIMA SEBELUM LIMA
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum MATI


nota ringkas: adakala kita terleka, lupa dan alpa. tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Al-Fatihah buat yang telah tiada.

4 comments:

naim fazrin said...

letak gmbar lama ek???heheheh

Amie Amisya said...

haha. ni gambar time pergi muzium. pameran kubur tu. kau nak ckp psl aku tulang kan? jahat la. XP

naim fazrin said...

ye ke???aku igt gmbr ko masa muda2 dulu...heheheh...

Amie Amisya said...

choiii.. banyak la kau. huhu..