Saturday, October 1, 2011

Al-Fatihah

assalammualaikum.

30 September 2011 - lebih kurang jam 5.30 petang, aku menerima panggilan dari rumah. kedengaran suara abangku dihujung talian. "dik", kata abangku. kemudian sambungnya lagi "nenek Nakhoda sudah meninggal" (merujuk kepada nenek sebelah mak aku). aku langsung terkejut. tak tahu apa nak dikata, aku hanya meminta abangku menjemputku yang ketika itu berada di rumah teman.dan kemudian aku menghubungi salah seorang kakak ku, dia sedang menangis dan hatiku mula sayu.

...

maaf. aku sudah kebingungan, tidak tahu mahu tulis apa lagi. apa yang mampu aku ringkaskan ialah jenazah nenda selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi tadi. dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan di salah sebuah masjid di Kampung Nakhoda. kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan yang berhampiran di sana. satu pinta ku dari kalian, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat nenda ku yang tersayang. Al-Fatihah.


nota ringkas: setiap yang hidup pastikan mati, cuma tidak tahu bila saja lagi.

3 comments:

iQaberry said...

al fatihah untuk arwah ..
semoga roh nenek dicucuri rahmat :)

naim fazrin said...

al-fatihah...be strong...

Amie Amisya said...

terima kasih naim.