Saturday, July 23, 2011

biodata.?

assalammualaikum.

hari ni nak cakap pasal biodata. dah lama tak update, tiba-tiba cakap pasal biodata kan? kenapa, sebab teringat je. okay. biodata, dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud maklumat ringkas tentang diri seseorang, untuk pengetahuan anda la. sekarang ni amie dah jarang dah tulis biodata. buat apa kan? lagipun takde orang yang minta pun. (bajet macam ada orang nak je). sekarang ni, nak tahu pasal maklumat diri, tengok Facebook je cukup. tapi kat Facebook pun ramai yang menipu. tak kerja tulis kerja. apa la, sekali LHDN siasat nanti, naya korang tau. hehe. padan muka. siapa suruh tipu pasal diri sendiri.

okay, amie tak nak cerita pasal tipu menipu ni. amie nak cerita pasal biodata masa zaman sekolah dulu. ye, zaman sekolah dulu. fokus pada sekolah rendah ye. rasanya time tu la kita buat biodata paling innocent sekali. hampir semua orang jujur masa buat biodata diri zaman sekolah rendah. yelah, budak-budak lagi, memang innocent je lah kan.

dalam biodata tu mesti tulis nama, nama panggilan, nama mak dan ayah, jumlah adik beradik atau anak keberapa. then, hobi, cita-cita, wawasan pun ada tau. pastu sambung dengan senaraikan makanan dan minuman kegemaran. pastu letak nama kawan baik, karib, rapat. macam-macamlah. tapi yang paling tak boleh blah letak nama MUSUH. kebanyakkannya akan jawab SYAITAN, IBLIS. tapi alih-alih dah besar perangai lebih kurang je cam musuh tu. opss~ terlebih sudah. tapi tu semua zaman kekanak riang atau ribena kan.? semua pun baik-baik je, kalau nakal pun, nakal bebudak kan. buat biodata pun warna-warni je. tapi kalau tulis nama tak boleh guna pen merah la, sebabnya taknak mati cepat kot. ohoi~ pemikiran kanak-kanak yang sungguh innocent dan main percaya je cakap orang. huhu.

lebih kurang macam ni la biodatanya~

kaki tulis nota : ada sesiapa nak biodata amie? ehek~

2 comments:

asnizaziz said...

wahh..rindu zaman sekolah rendah dlu, zaman tulis biodata, siap ada bku biodata..siap ada kenangan manis, kenangan pahit bagai..hehe

sampai skolah menengah pun buat biodata lagi..kelakar bila ingat2 balik..huhu

Amie Amisya said...

haha. kan? mmg rindu la. tulis pun poyo-poyo je ayat. hehe.