Wednesday, June 1, 2011

kesibukan melampau.

assalamualaikum.

dah lama tak update blog ni. hari ni tiba-tiba membuak-buak pula rasa hati untuk update blog. tiba-tiba sahaja kan? sebenarnya sibuk la buat itu dan ini. lepas satu, satu yang kena lakukan. ahh~ alasan je kan.? kadang tu nak tulis, tapi idea takde, tak tahu la mana hilang. kadang tu dah taip-taip, tapi delete balik. nak menulis pun kena fikir dua-tiga kali juga, takut terlanjur tulisan, padah jawabnya. eh, cam pelik je peribahasa ni. peribahasa ke.? *please la*

okay, sekarang ni amie dah masuk semester 5. *ouh, tuanya aku* okay, takde la tua sangat. nak belajar tak payah nak fikir tua muda sangatlah. kan kita sentiasa dinasihatkan "Menuntutlah ilmu sampai ke liang lahad". so, korang jangan rasa risau sangat la kalau ada yang cakap-cakap korang dah tua dah. buat apa nak belajar. korang bagi cili api sikit kat dorang. ingat bagus sangat ke.? *emo jap* tapi cili api tu letak la dalam donut, so dorang takde la tau dorang makan cili api. hoho. kejam kan.? tapi memang wujud orang macam ni tau. okay, tak mau komen panjang lebar pasal ni, buat tambah dosa je. nak sambung balik pasal semester 5. yeahh..

biasanya kalau cerita pasal belajar mesti letak buku kan.? 
amie letak alat menulis untuk kelainan. HAHA.
*bila takde kerja, kita berseni pula*

amie ambil diploma perakaunan UiTM, tapi belajar di KPTM. jadi jadual belajar amie ikut UiTM walau belajar kat KPTM. *saja nak bagitahu* okay. minggu lepas keluar result untuk diploma UiTM, result amie, boleh la. amie syukur sangat sebab pointer kekal maintain. *erk.* minggu lepas juga amie daftar kat KPTM untuk semester 5 ni ha. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setakat ini. semester ini amie ambil 6 subjek dengan jumlah kredit 18. wahh.. banyak juga kan.? takut wooo~ mudah-mudahan semua berjalan lancar. hari ini dah hari ketiga belajar. opsss~ datang kolej sebenarnya, dua subjek je yang dah masuk belajar, yang lain tak start lagi. takut juga untuk semester ni, makin banyak tanggungjawab kan. tapi takpe, insyaAllah amie boleh. dan korang pun boleh juga. ohh~ yeahh..

nota kaki : semoga semua berjaya mendapat apa yang diimpikan. apa yang penting, usaha dan tawakal. okay.?

4 comments:

sue. said...

wish u all the best darling

Amie Amisya said...

thank you. you too. insyaAllah. :)

♥ Frau Reen ♥ said...

wish u all the best k..feel free dtg blog kite..

Amie Amisya said...

thank you. on my way. :D