Tuesday, June 28, 2011

jaga kesihatan dan pemakanan itu sangat penting!

assalammualaikum.

dah baca dah tajuk diatas itu. nak tahu kenapa amie mempunyai kesedaran untuk berbicara tentang perkara ini.? nak tahu.? nak tahu ke tak ni.? okay, okay. amie nak bagitahu ni. dua minggu lepas, amie tak dapat menjalankan tugas sebagai pelajar seperti biasa. kenapa.? sebab amie sakit. cirit-birit, demam dan muntah-muntah. ya Allah peritnya rasa. empat hari amie tak datang kolej tau. EMPAT HARI. hari Jumaat tu jelah baru amie datang, itu pun masih lagi demam. kira-kira seminggu la juga amie sakit. sedih tau tak.? sedih sebab ketinggalan banyak perkara. tapi nak buat macam mana kan, dah nak sakit. uhuk~

walaubagaimanapun, semasa kita masih sihat ni, kita hendaklah jaga kesihatan kita. tidak lupa juga pemakanan. dua-dua sama pentingnya. kalau makan tak teratur waktunya, maka sakit pun mudah la datang. tak kira lah gastrik ke, pening ke. apa-apa saja la. tu pasal lah amie tekan kan disini bahawa dua-dua perkara ini sama penting. pemakanan kita pula hendaklah berkhasiat seperti yang tertera dalam piramid makanan. dan kesihatan pula jaga la seelok-eloknya. bila rasa macam tak sihat je, cepat-cepatlah makan berubat. jumpa doktor, makan ubat atau apa sahajalah yang boleh meredakan sakit anda tu. jangan tunggu lama, nanti melarat pula tau. kita wajib ambil berat tentang dua perkara ni. kalau tak diri sendiri, siapa lagi.? jadi, tolonglah sedar.

Piramid Makanan boleh dijadikan sebagai panduan untuk memilih makanan.

sebenarnya amie agak terkesan la juga dengan sakit hari tu. tidur pun tak cukup. pergi klinik sampai tiga kali untuk tiga hari berturut-turut. makan ubat banyak dan tak sedap pula tu. jadi, amie agak serik sebenarnya. maka, amie pun berkongsi la rasa risau amie ni dengan korang. supaya korang pun concern pasal pemakanan dan kesihatan diri. kalau dah sakit, memang susahlah. nak buat apa pun tak dapat. macam amie bagitahu diatas, empat hari tak pergi kolej. dan menyebabkan amie ketinggalan. sangat sedih okay. nak makan pun tak lalu. makan bubur je. takut nak makan benda-benda lain. berat badan amie turun sampai dua kilogram tau. tapi sekarang ni dah naik balik kot. hehe~

sedapnya bubur ayam McD. terliur pula.

kaki tulis nota: jaga pemakan dan kesihatan ye kawan-kawan. semoga hidup kita sihat sejahtera. Amin. :)

Wednesday, June 1, 2011

kesibukan melampau.

assalamualaikum.

dah lama tak update blog ni. hari ni tiba-tiba membuak-buak pula rasa hati untuk update blog. tiba-tiba sahaja kan? sebenarnya sibuk la buat itu dan ini. lepas satu, satu yang kena lakukan. ahh~ alasan je kan.? kadang tu nak tulis, tapi idea takde, tak tahu la mana hilang. kadang tu dah taip-taip, tapi delete balik. nak menulis pun kena fikir dua-tiga kali juga, takut terlanjur tulisan, padah jawabnya. eh, cam pelik je peribahasa ni. peribahasa ke.? *please la*

okay, sekarang ni amie dah masuk semester 5. *ouh, tuanya aku* okay, takde la tua sangat. nak belajar tak payah nak fikir tua muda sangatlah. kan kita sentiasa dinasihatkan "Menuntutlah ilmu sampai ke liang lahad". so, korang jangan rasa risau sangat la kalau ada yang cakap-cakap korang dah tua dah. buat apa nak belajar. korang bagi cili api sikit kat dorang. ingat bagus sangat ke.? *emo jap* tapi cili api tu letak la dalam donut, so dorang takde la tau dorang makan cili api. hoho. kejam kan.? tapi memang wujud orang macam ni tau. okay, tak mau komen panjang lebar pasal ni, buat tambah dosa je. nak sambung balik pasal semester 5. yeahh..

biasanya kalau cerita pasal belajar mesti letak buku kan.? 
amie letak alat menulis untuk kelainan. HAHA.
*bila takde kerja, kita berseni pula*

amie ambil diploma perakaunan UiTM, tapi belajar di KPTM. jadi jadual belajar amie ikut UiTM walau belajar kat KPTM. *saja nak bagitahu* okay. minggu lepas keluar result untuk diploma UiTM, result amie, boleh la. amie syukur sangat sebab pointer kekal maintain. *erk.* minggu lepas juga amie daftar kat KPTM untuk semester 5 ni ha. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setakat ini. semester ini amie ambil 6 subjek dengan jumlah kredit 18. wahh.. banyak juga kan.? takut wooo~ mudah-mudahan semua berjalan lancar. hari ini dah hari ketiga belajar. opsss~ datang kolej sebenarnya, dua subjek je yang dah masuk belajar, yang lain tak start lagi. takut juga untuk semester ni, makin banyak tanggungjawab kan. tapi takpe, insyaAllah amie boleh. dan korang pun boleh juga. ohh~ yeahh..

nota kaki : semoga semua berjaya mendapat apa yang diimpikan. apa yang penting, usaha dan tawakal. okay.?