Tuesday, May 3, 2011

seharian berjalan semalam.

assalammualaikum.

ohhh.. yeahhh.. cuti semester sudah bermula. jadi bermulalah masa untuk berfoya-foya. semalam, amie keluar dari pagi sampai malam. merayap je kerja kan.? tapi best la. mula-mula amie gerak pergi Times Square(TS) dengan seorang member ni dulu. saja jalan-jalan. beli beberapa barang. gerak pergi TS dalam pukul 11 pagi la jugak. sampai sana makan-makan dulu. pastu shopping sikit. sikit ke.? ehem.. adalah beberapa barang juga. huhu. selepas pergi TS kami gerak pergi Sunway pula. weee~

okay, pergi Sunway, kiteorang naik Star LRT dari Hang Tuah ke Masjid Jamek. kat sini kteorang jumpa lagi dua member, so gerak 4 orang la. then kteorang naik Putra LRT dari Masjid Jamek ke KL Sentral. and then dari KL Sentral kteorang tukar naik KTM pula sampai Subang Jaya. dari Subang Jaya pula naik bas mini pergi Sunway. tudia. complicated sungguh kan cara nak pergi Sunway.? tapi takpe sekali-sekala je. wee~

ahha, ni amie nak cerita sikit masa dalam KTM tu, kteorang semua masuk kat koc wanita. tak nak lah menggedik-gedik berhimpit-himpit kat gerabak lain kan. dah la kami berempat perempuan, jadi masuklah koc wanita. yang tak bestnya, ada jugak dalam 10++ orang lelaki masuk dalam koc wanita. ehhhh.. dorang ni apa ha.? dua alam ke.? tak malu sungguh, dah la duduk pula tu. sungguh kurang ajar ye. sampai kat satu stesyen tu, ada abang KTM tu nampak, suruh diorang semua kebelakang. tapi degil ya amat, nak jugak jadi pondan duk kat dalam koc wanita. sungguh tidak malu betullah. geram je rasanya. eeeee~

okay-okay, lepas turun KTM tu barulah amie cool down sikit. and tergelak-gelak masa naik bas mini. bas mini yang keuzuran pulak tu. habis cair make-up akak tau. haha. tapi takpe, pengalaman semua tu. tujuan utama kteorang pergi Sunway adalah untuk menikmati steamboat di Flaming Steamboat. harga pula RM23++ sekepala. tapi memang best la. makan macam-macam kot. buffet kan, so boleh ambil apa sahaja yang korang nak. amie kan gila udang, apa lagi tiga empat pinggan juga lah amie ambil udang. bukan setakat udang, macam-macam lah ada, nasi, mee. ambil je apa yang korang nak makan. even ais krim pun ada tau. seronok la. amie malas nak cerita banyak-banyak. layan gambar la ye.? weee~


cepatlah masak~ ouhh..

ambil pakai tangan je tau. korang boleh.? haha.

kacau-kacau sikit.

ketam dan siput buluh kot.

dessert : ice cream.

finish. bersepah kan.? ni baru 4 orang. haha.

selesai je makan steamboat selama dua jam, kira-kira pukul 7 la juga, kami beredar ke Sunway Piramid pula. lepak-lepak sekejap sebab time tu hujan lebat ouh. pergilah main merry go round. da besar-besar pun main merry go round macam budak-budak. haha. kat Sunway gak, amie singgah kedai Popular, beli novel untuk dibaca sepanjang cuti semester ni. amie beli buku Lafazkan  Kalimah Cintamu by Siti Rosmizah dan Penulis yang disayang Tuhan by Bahruddin Bekri. habis je lepak kat Sunway, tengok pun hujan renyai-renyai je, kteorang pun gerak balik naik bas RapidKL menuju ke Putra LRT Kelana Jaya, naik Putra sampai Masjid Jamek, then dari Masjid Jamek naik Star LRT menuju rumah masing-masing. sampai rumah nak dekat pukul 10 la juga. penat tapi seronok. terima kasih buat aju, awai dan tikah untuk semalam ye. jumpa korang semester depan. wee~

kaki tulis nota : kenyang giler semalam, tapi hari ni dah lapar balik. eheh~