Friday, April 15, 2011

sumpah! dah lama tak update.

assalammualaikum.. (entri tidak bergambar. MAAF.)

tudiaa.. bukan main panjang tajuk eh. nasib baik tak tulis semua kat tajuk tu. okay, ini hanyalah short update memandangkan kesibukkan dan juga final exam yang menghampiri. asyik jadi silent reader saja. dah la tak boleh follow, masalah betul. tapi hari ni dah okay dah. yeayyy.. okay, amie nak minta tolong dari semua. tolong doakan agar amie berjaya menjawab soalan final ini dengan jayanya serta mendapat keputusan yang cemerlang. Amin. terima kasih semua. wee~

opsss.. lupa pula. nak cakap pasal jadual final sikit. semester ini amie ambil 5 subjek, tapi final ada 4 je. nampak cam mudah, tapi tak sebenarnya. sangat tension okay. amie akan memulakan final pada hari Khamis bersamaan dengan 21 April 2011 dengan subjek AIS280. kemudian selang dua hari pada 24 April 2011 pula subjek MAF280. FAR250 pula selang sehari selepas MAF280, iaitu pada 26 April. terbaik tak dua subjek ni dekat-dekat.? tension babe. arghhh... ldan akhir sekali, ECO211 pada 1 Mei 2011. kemudain boleh joli katak sebelum sambung semester 5 pada 30 Mei. sekejap je cuti. redha je la. okay la tu. so, amie harap sangat-sangat anda semua doakan amie berjaya lulus dengan cemerlang. Amin.

okay cerita sikit pasal subjek-subjek ni. AIS280 tu adalah subjek berkaitan komputer dan akaun. maknanya macam mana cara kita rekod perkara yang berkaitan akaun dalam komputer. kami gunapakai software MYOB dan juga EXCEL. so, kena la hafal formula-formula nya. adess~ untuk MAF280, ia berkaitan dengan costing. jadi kita kena tahu la nak kira cost, budget dan pelbagai lagi. untuk FAR250 pulak, adoii~ ramai cakap killer paper/subject. memang bikin cuak la kan. haishh.. FAR adalah subjek akaun oke. argghh.. takut! last but not least, ECO211, berkaitan dengan ekonomi la, tapi macroeconomi. skop yang lebih meluas. sumpah takut. so, again. doakan amie dapat jawab final ni dengan jayanya dan mendapat keputusan cemerlang, gilang dan terbilang. AMIN.

kaki tulis nota : tulis short update, tapi macam panjang pula. opsss~ sorry. yang penting doakan amie tau. sayang korang laju-laju. :D