Monday, March 21, 2011

kawan, sahabat dan sewaktu dengannya.

assalammualaikum.

hari ini, malam ini, diwaktu hujan sudah jatuh ke bumi, amie berniat untuk menulis setelah sekian lama menyepikan diri. menceritakan tentang kawan, sahabat dan yang sewaktu dengannya. ada yang memanggil mereka kawan. ada yang memanggil mereka sahabat. ada pula yang memanggil mereka rakan. pelbagai gelaran kita beri pada insan yang berada disekeliling kita yang tidak tergolong dalam kategori keluarga mahupun saudara-mara. ya, itu adalah definisi kawan dari skop yang luas. bukan Skop Production ya. mereka adalah manusia yang kita bergaul sehari-hari. saya fokuskan pada manusia pada entri ini. untuk haiwan atau tumbuh-tumbuhan, mungkin lain kali.

Pak Cik Google bagi pinjam.

bagi skop yang lebih kecil, kawan adalah orang yang kita sayang dan beri kepercayaan dalam kehidupan sehari kita. kebiasaannya, kita akan bercerita tentang perihal hidup kita dengan mereka, berkongsi rahsia mahupun bergosip tentang perkara hangat disekeliling kita. namun, setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai kawan. dan ada juga yang mengkelaskan kawan kepada beberapa jenis seperti kawan baik, kawan karib, kawan sekolah dan berbagai lagi. dan klasifikasi terbesar mengenai kawan ialah kawan ketawa dan kawan menangis. inilah perkara yang amie nak kupas sebenarnya.

okay. orang selalu cakap mudah untuk kita mencari kawan ketawa, tetapi kawan menangis susah sekali. kenapa ada perspektif mengenai ini? sebab ia selalu terjadi. pasti ada yang mengalami. even orang disekeliling kita jua mengalami. kadang kita cuba memahami kenapa berlaku perkara begini. sudah menjadi lumrah, bila ada yang baik pasti ada buruknya. setiap perkara pasti ada pro dan con. bila ada senang pasti ada susahnya. kita harus berfikiran positif dalam melalui hal yang terjadi ini. dan untuk itu, bila kita bersedih dan tiada teman disisi, sentiasa ingat kita ada keluarga yang dekat dihati dan juga yang Maha Mengetahui. walaupun perasaan itu mungkin berbeza, cuma ingatkan kembali, kita tidak pernah bersendiri. itu yang pasti.

apa yang amie cuba sampaikan kat sini, kita tidak perlu terlalu berharap atau bergantung pada sahabat. walaupun kita memerlukan sahabat, adakala dan ada ketika masa mereka tidak dapat bersama kita. cuba hargai detik-detik bersama dan jangan terlalu mencari mereka bila kita sengsara. biasanya kawan akan datang sendiri dan mereka yang menjadi kawan kita pasti ada naluri tentang apa yang terjadi pada kita. ya, kebanyakannya terjadi begini. dan bagi kawan yang hanya bergembira sahaja dengan kita tapi masa susah langsung tiada, tidak mengapa, treat them nicely. mungkin mereka tak berpeluang merasai kegembiraan yang kita alami, jadi apa salahnya kongsikan sedikit kegembiraan kita kepada mereka. ingat fikir positif. pasti lambat laun mereka akan berubah juga. doakan saja. bila anda baik kepada seseorang, insyaAllah, dia juga akan baik dengan kita. tetapi jika tidak, anggaplah itu ujian buat kita. ujian yang mendewasakan dan mematangkan kita.

kaki tulis nota : kawan biar beribu, bercinta biar satu. eh, lari tajuk dah ni.

1 comment:

The 7th said...

jom join contest kami,sebab awk cuma perlukan gambar bertemakan LOVE sahaja.tak perlukan sebarang entri/banner! :)
7 DAYS LEFT!
Check :
The7th Photo Contest