Monday, March 7, 2011

free size?

assalammualaikum.

pernahkah anda bertingkap membeli-belah? maksud saya window shopping, atau ringkasnya tidak membeli apa-apa hanya sekadar mencuci mata. pernah bukan? bagaimana pula dengan shopping, atau membeli-belah? tentu pernah bukan. tak kira la di shopping mall terkemuka mahupun di bundle. semuanya di kira sama la juga.

orang sekarang shopping tak kira la sales ke tak.

apa perasaan anda ketika membeli-belah? pasti seronok bukan? dapat beli baju baru, kasut baru, seluar baru, jam tangan baru, awek baru. opss.. tak masuk dalam pakej oke. keseronokkan itu bertambah-tambah jika kita dapat menggayakan barangan baru tersebut. tapi tak seronok mana sangatlah jika memikirkan wang simpanan dah menjadi tanah rata dari sebuah bukuit(bukit) atau guinung(gunung). atau pun bebanan hutang kredit makin bertambah dengan kadar bunga, baja, pokok, pasu dan sebagainya. tapi ini anda kena tanggung sendiri. pandai membeli pandailah membayar. ye dak?

tujuan saya nak tulis ini bukan berkaitan hutang atau apa. saya nak cakap tentang SAIZ. ya, saiz atau size. pernah tak korang nampak kasut di kedai Viki yang berharga RM199.90 yang sangat la cun dan masa tu korang pun ada banyak wang. tanpa fikir panjang korang pun inginlah membeli sepasang dua buat pakai dalam rumah dikala kebosanan. maka korang pun panggillah akak atau adik (jurukasut?) di kedai itu lantas bertanya "kak, size 9 ada tak?". akak tu pun membalas "kejap ye dik, akak pergi tengok". pastu akak tu datang balik tanpa membawa sebarang kotak mahupun sepasang kasut lalu berkata "dik, saiz 9 takde dik, 6 & 7 ada la". lalu hati korang pun menjadi hampa. dengan rasa kecewa korang pun berlalu pergi dari kedai Viki dan masuk ke kedai Batu pula. dan kali ini, kejadian sama berlaku hinggalah kedai ke 90 yang korang pergi barulah ada size korang. tapi kasut tersebut tidaklah secantik mana. korang tetap hampa. pernah tak alami situasi ini? tak pernah? anda untung, sila bersyukur sekarang. yang pernah? kesian bukan. huu~

tadi ni cerita tentang kasut. sekarang saya nak cerita pasal BAJU. ya, baju. nak cari baju pun kena ada saiz bukan? pergi mencari-cari, baju yang nak dibeli, merayau sana sini, eh, lawalah yang ni. belek punya belek, tulis situ FREE SIZE. bila free size selalunya tak boleh cuba atau no trying. maka dengan mata dah terpana, dengan duit yang ada, aku hulurkan pada cashier, agar baju ini jadi aku yang punya. balik pun dengan senang lenang dan hati tenang. masuk bilik terus pakai baju yang dibeli tu. tetapi, alamak. tak muat la pulak. sendat di situ. bagaimana ni.? dah la tadi akak tu cakap "adik pakai baju ni lawa, cantik, menarik, memang class gitu". akak puji saya melangit tapi kenapa saya pakai sendat ni? nak tak nak terpaksa la bagi kat orang lain, sekali orang lain tu pakai pula, omak aii.. besarnya. macam pakai kain langsir pula. ish3. tulis free size, baik tulis untuk orang yang "sedang-sedang je" atau pun tulis size sebenar. kan bagus. tidaklah mengecewakan orang ramai.

situasi ini jugalah yang agak mengecewakan saya, opss.. bukan saya sahaja, ramai jua kecewa tau. mereka telah menaruh harapan tinggi untuk memiliki baju tersebut. tulis free size, tapi menghampakan. tidak semua orang free size. semua orang ada size masing-masing. kebiasaannya baju yang free size ini lawa-lawa, tapi sayang tak semua dapat memilikinya. ohh.. kami hampa. tolonglah buat sesuatu. huu~

kaki tulis nota : beruntunglah mereka yang free size bukan? hee~

No comments: