Saturday, January 8, 2011

siapa suh hang tak pi.?

assalammualaikum.

Satu Hasrat
Satu Semangat
Satu Tekad

tadi pagi amie baca surat khabar Utusan Malaysia. tang depan tu dok tulih 9000 remaja diburu. pasai apa dorang diburu.? pasai tak pi PLKN la. awat la dorang ni susah sangat nak pi PLKN tu. best apa. la ni da masing-masing kena denda. hukumannya kena lakukan khidmat masyarakat selama 240 jam. ambik hang. da la PLKN nie ada akta nya sendiri. maksudnya ada undang-undang la. buatnya naik ke mahkamah tak ke naya.?

sebenarnya kalau tak nak pergi, kita kena kemukakan sebab. ada beberapa sebab akan menyebabkan kita dikecualikan terus dari PLKN. sebagai contoh OKU, orang kurang upaya. (la ni bukan kurang upaya da, tapi kelainan upaya). kalau kita ada sebab lain pula macam nak sambung belajaq, kita boleh minta tangguh. maknanya sampai satu masa kita akan masuk jugak, mungkin di tahun lain, siri lain dan kumpulan lain. semua ni hangpa boleh rujuk kat Laman Web Rasmi JLKN.

sebenarnya ramai gak yang takut masa memula nak pi PLKN ni. yelah, banyak kes la kata dorang. buli la, rogol la n paling menakutkan kematian. banyak la gosip-gosip tersebar pasal perkara-perkara ini. dan gosip ini juga mendorong bakal pelatih rasa takut dan tak nak pergi. ish,ish,ish. amie pun tak tau la perkara-perkara nie betul ke idak. yang penting amie pun takut sebenarnya. hihi.

actually, amie pun terpilih jugak untuk memasuki PLKN nie. masa memula tau kan, agak frust dan takut jugaklah. yelah, takut kena buli la, pergi jauh la, apa la. last-last kan, memang betul amie kena pergi jauh. nak tau mana.? nak tau ke idak.? amie kena campak ke Kem PLKN Bumimas, Sibu, Sarawak. yes. SARAWAK. meraung jugaklah time nak pergi sana. nak-nak nya ada beberapa perkara terjadi. huuu~ pape pun, pengalaman kat sana memang menyeronokkan disamping mendapat rakan baru. wee~

kaki tulis nota : still lagi simpan surat dari PLKN. huu~ rugi tau kalau tak gi. huu~

2 comments:

Solihin Zubir said...

ada kebaikan dan ada keburukan gak PLKN tu...
kdg2 PLKN tu lbey mnambah mslh sosial.. hehh..

Amie Amisya said...

hurmm.. tu semua bergantung pd pelatih tu sndiri. masing2 da bsr an. 18. dah boleh pk sndiri. sepatutnya dorang boleh elakkan diri dari terpengaruh. huhu. biasanya kumpulan ke 3 yang teruk sikit. cam amie dapat kumpulan pertama, ramai yang okay la. tak tahu la dorang klasifikasikan pelatih cam ne. hihi.