Monday, January 3, 2011

sekolah...

assalammualaikum.

SMK Taman Seraya. sekolahku. wee~


hari ini persekolahan bagi sesi 2011 bermula bagi kebanyakkan negeri di Malaysia. pagi tadi jalan agak sesak juga. begitu juga tengahari tadi. elok pula jadual aku hari ini habis jam 1. maka aku berdepan dengan situasi jalan yang sesak. tambahan pula hujan ketika itu. dan teksi yang aku naiki melalui jalan yang penuh dengan sekolah. benar. ada tiga buah sekolah disitu. jadi kesesakkan dia bertambah-tambah. semalam ketika aku menonton berita di TV3, pada penutupnya mereka menyiarkan sedikit visual kanak-kanak yang baru masuk sekolah. murid Tahun 1. dua orang anak buah aku jua baru memasuki Tahun 1. melihatkan dua tiga situasi ini aku lantas teringat akan zaman persekolahanku.

aku berkira telah lama jua aku tinggalkan zaman persekolahan. sebenarnya tidaklah terlalu lama. hanya dua tahun lepas aku telah menamatkan zaman sekolah menengah. namun, terasa dalam diri ini yang zaman itu telah berlalu lama. entah mengapa aku beremosi dikala petang yang kuanggap suram ini. terasa air mata bagai hendak menitis pula. teringat zaman sekolah dulu. ketika mahu menuntut ilmu. walaupun sebenarnya banyak bermain selalu.

teringat bilamana hendak ke sekolah, mak dan ayah siapkan segala. dari baju hingga ke duit belanja. entah kenapa hati ini mudah terusik pula. mengenangkan memori itu. aku bukanlah orang berada, tidak juga papa. hanya sederhana. dan ku bersyukur pabila kelengkapan semua dapat disedia. teringat jua rakan-rakan yang menuntut ilmu bersama. bukan sekadar menuntut ilmu, bermain-main jua bersama. aku jua teringat akan guru-guru yang diibaratkan "seperti lilin membakar diri". mereka memberi ilmu untuk anak bangsa sendiri.

aku cuma ingin berpesan kepada adik-adikku, anak-anak bangsaku. tuntutlah ilmu sayang. jangan mudah leka dengan dunia yang sementara ini. adik, anak, belajarlah untuk Yang Maha Esa, ibu bapa, agama dan bangsa. semoga anda akan menjadi seorang yang berjaya atau sekurang-kurangnya berguna untuk masyarakat kita.

kaki tulis nota : rasa sayu menyelubungi diri. entah mengapa entah. dan aku mulai rasa ingin menjadi pendidik bangsa, mungkin seorang guru.

No comments: