Friday, January 28, 2011

10 Perkara Memalukan Zaman Sekolah Rendah

assalammualaikum.

tadi godek-godek bloglist, terpana dengan tajuk entry by Aurfirhan. 10 Perkara Memalukan Masa Sekolah Rendah. agak tergelak-gelak la juga time membaca entry beliau. tiba-tiba amie pun teringat la zaman sekolah rendah dulu. ada la jugak yang memalukannya. meh, amie nak kongsi 10 perkara memalukan yang amie lalui zaman sekolah rendah dahulu. jeng, jeng, jeng..


gambar malu-malu. pipi amie gemok. uh

  1. okay, time nak balik sekolah semua orang excited kan.? amie pun sama la. gila excited. dengar loceng bunyi je terus la berlari-lari tanpa pandang kanan dan kiri. nak tau apa.? amie jatuh macam nangka busuk oke. serius gedebuk gitu. jatuh kat mana.? depan pintu pagar sekolah. time tu kan ramai orang kat depan pintu tu. memang malu gila la. dengan baju kotor, amie bangun cepat-cepat dan lari lagi. dah la sakit. sobsobsob.
  2. yang ni pun pasal jatuh gak, tapi yang ni lagi teruk. dah la time nie darjah 6. konon besar la kan. haha. pergi sekolah agama, naik la van an. nak turun tu sekali kain tersangkut kat kerusi plak. dah la terjatuh ke jalan tar dan sakit, kain pulak koyak plak tuh. adoi. malang sungguh nasibku. huu~
  3. ada satu hari ni pergi sekolah agama cam biasa la. sampai sekolah belajar semua. then time rehat, pergi la kantin. ramai la gak yang pandang amie semacam je. time tu rasa cam famous je. sekali member tegur. "weyh amie. kau pakai kain terbalik la". amie pun pandang la kain amie, Ya Allah. macam mana boleh terbalik nie. yang dalam kat luar, yang luar kat dalam.? pergi lari masuk toilet, keluar je terus naik kelas. tak nak gi kantin. wuwu~
  4. masa darjah satu pernah gak 'terkucil' dalam kain. time tu sebenarnya nak balik da. tapi cikgu tu la, nak tahan kteorang suruh buat matematik kat depan kelas pulak. pergi la mintak kebenaran dia nak pergi toilet, dia kata selesaikan matematik ni dulu. lorh, da la tak tahan nak 'ken', dia suruh jawab math plak. memang jawapan pun salah-salah la kan. nervous. last-last 'terken' dalam kain. tapi tak banyak rasanya. haha. 
  5. amie ni kira suka membuat experiment la jugak. ada satu hari tu, try la potong rambut. konon nya lawa la tu. ada style la konon-konon nya. sekali kena gelak dengan family and kawan-kawan kat sekolah. dorang tanya " apesal rambut depan kau cam tegak je.? hahahahahaha.." dah tu seminggu dua asyik kena gelak je. cis.
  6. kat luar sekolah ada kedai runcit. kalau time kokurikulum tu rajin la singgah sana. ada satu hari tu keluar dari kedai tu menuju la dengan selamber nye ke sekolah semula. pastu tibe-tibe member tegur. "eh, amie tudung kau kena tahi burung la." hampeh betul, patut la bau busuk. buat malu guwa je sepanjang perjalanan tadi. nasib baik toilet buka, boleh gak gi basuh jap. kalau tak, balik rumah dengan tahi burung. ades~
  7. ni cerita berlagak sikit. tapi tak berlagak mana la sebab malu je. dulu amie ni kira aktif la dalam sukan. paling hebat dalam Lompat Jauh la, siap wakil rumah sukan lagi. tapi rumah sukan je ah. and tak pernah menang pun rasanya. hehe. ada satu masa ni, cikgu suruh la amie buat lompatan yang terhebat. konon nak show off la kat bebudak lain. time tu dengan muka confident nya pergi la lompat. sekali lompat an dekat je. lebih kurang sepanjang pembaris 30cm tu jelah dari kayu ukur tu. cis, buat malu je. cikgu tadi puji-puji dah terdiam pulak. cis~
  8. yang ni pasal Lompat Tinggi plak. adoi. amie ni bukan nya tinggi sangat pun. memang fail la kan. biasanya amie akan lompat jugak walau kaki tu kena kat besi tu. tapi ada satu kali ni, dah berlari bersungguh da. sampai-sampai je tak lompat pun, tapi pergi jatuhkan besi tu guna tangan. cikgu pulak marah ah. da tu semua orang yang ada ditempat kejadian bantai gelak. adoi~
  9. ni lagi satu perkara memalukan. masa tu darjah 6. lepas UPSR kan tak ada kelas lagi kan. tapi sekolah amie buat pelbagai aktiviti. salah satu aktivitinya ialah pertandingan ala-ala ratu cantik ke style cantik ke hape benda ntah. amie pun masuk la. rasanya style cantik kot. sebab time tu amie dress up cam orang hip-hop je. naik atas pentas semua orang ayu je. time amie naik macam tomboy je. pakai t-shirt, seluar jeans dengan sapu tangan yang orang panggil key tu ikat kat kepala. dah tu kat pentas boleh plak buat style ala-ala rocker siap buat 'peace' lagi. bila pikir balik, aishh. malu nya. dah la semua budak darjah 6 tengok. eee~ malu-malu-malu....
  10. last but not least. perkara ni pasti terjadi kat semua orang. kalau tak terjadi kepada anda. okay fine. anda bernasib baik. huhu. nak tau apa yang terjadi.? huu~ malu je nak cite. ce cite ce cite. semua orang pernah jatuh kerusi kan.? amie pun pernah jugak. tapi amie jatuh kedebuk kebelakang. dah la pakai kain. adoiii~ malu nya. korang pun faham sendiri la kan.? ternampak la aurat sekejap. nasib baik la budak lelaki tak nampak apa-apa. dorang just gelak kan je. cis. sampai hati kan. huhu.
amboi gelak sakan eh.? huhu~ okay. cukup sudah sepuluh perkara memalukan zaman sekolah rendah. kalau boleh, korang pun share la cerita korang eh. kalau nak ajak orang baca, korang drop link korang kat sini. boleh jugak tumpang gelak kisah korang. hehehe.

No comments: