Friday, January 28, 2011

10 Perkara Memalukan Zaman Sekolah Rendah

assalammualaikum.

tadi godek-godek bloglist, terpana dengan tajuk entry by Aurfirhan. 10 Perkara Memalukan Masa Sekolah Rendah. agak tergelak-gelak la juga time membaca entry beliau. tiba-tiba amie pun teringat la zaman sekolah rendah dulu. ada la jugak yang memalukannya. meh, amie nak kongsi 10 perkara memalukan yang amie lalui zaman sekolah rendah dahulu. jeng, jeng, jeng..


gambar malu-malu. pipi amie gemok. uh

  1. okay, time nak balik sekolah semua orang excited kan.? amie pun sama la. gila excited. dengar loceng bunyi je terus la berlari-lari tanpa pandang kanan dan kiri. nak tau apa.? amie jatuh macam nangka busuk oke. serius gedebuk gitu. jatuh kat mana.? depan pintu pagar sekolah. time tu kan ramai orang kat depan pintu tu. memang malu gila la. dengan baju kotor, amie bangun cepat-cepat dan lari lagi. dah la sakit. sobsobsob.
  2. yang ni pun pasal jatuh gak, tapi yang ni lagi teruk. dah la time nie darjah 6. konon besar la kan. haha. pergi sekolah agama, naik la van an. nak turun tu sekali kain tersangkut kat kerusi plak. dah la terjatuh ke jalan tar dan sakit, kain pulak koyak plak tuh. adoi. malang sungguh nasibku. huu~
  3. ada satu hari ni pergi sekolah agama cam biasa la. sampai sekolah belajar semua. then time rehat, pergi la kantin. ramai la gak yang pandang amie semacam je. time tu rasa cam famous je. sekali member tegur. "weyh amie. kau pakai kain terbalik la". amie pun pandang la kain amie, Ya Allah. macam mana boleh terbalik nie. yang dalam kat luar, yang luar kat dalam.? pergi lari masuk toilet, keluar je terus naik kelas. tak nak gi kantin. wuwu~
  4. masa darjah satu pernah gak 'terkucil' dalam kain. time tu sebenarnya nak balik da. tapi cikgu tu la, nak tahan kteorang suruh buat matematik kat depan kelas pulak. pergi la mintak kebenaran dia nak pergi toilet, dia kata selesaikan matematik ni dulu. lorh, da la tak tahan nak 'ken', dia suruh jawab math plak. memang jawapan pun salah-salah la kan. nervous. last-last 'terken' dalam kain. tapi tak banyak rasanya. haha. 
  5. amie ni kira suka membuat experiment la jugak. ada satu hari tu, try la potong rambut. konon nya lawa la tu. ada style la konon-konon nya. sekali kena gelak dengan family and kawan-kawan kat sekolah. dorang tanya " apesal rambut depan kau cam tegak je.? hahahahahaha.." dah tu seminggu dua asyik kena gelak je. cis.
  6. kat luar sekolah ada kedai runcit. kalau time kokurikulum tu rajin la singgah sana. ada satu hari tu keluar dari kedai tu menuju la dengan selamber nye ke sekolah semula. pastu tibe-tibe member tegur. "eh, amie tudung kau kena tahi burung la." hampeh betul, patut la bau busuk. buat malu guwa je sepanjang perjalanan tadi. nasib baik toilet buka, boleh gak gi basuh jap. kalau tak, balik rumah dengan tahi burung. ades~
  7. ni cerita berlagak sikit. tapi tak berlagak mana la sebab malu je. dulu amie ni kira aktif la dalam sukan. paling hebat dalam Lompat Jauh la, siap wakil rumah sukan lagi. tapi rumah sukan je ah. and tak pernah menang pun rasanya. hehe. ada satu masa ni, cikgu suruh la amie buat lompatan yang terhebat. konon nak show off la kat bebudak lain. time tu dengan muka confident nya pergi la lompat. sekali lompat an dekat je. lebih kurang sepanjang pembaris 30cm tu jelah dari kayu ukur tu. cis, buat malu je. cikgu tadi puji-puji dah terdiam pulak. cis~
  8. yang ni pasal Lompat Tinggi plak. adoi. amie ni bukan nya tinggi sangat pun. memang fail la kan. biasanya amie akan lompat jugak walau kaki tu kena kat besi tu. tapi ada satu kali ni, dah berlari bersungguh da. sampai-sampai je tak lompat pun, tapi pergi jatuhkan besi tu guna tangan. cikgu pulak marah ah. da tu semua orang yang ada ditempat kejadian bantai gelak. adoi~
  9. ni lagi satu perkara memalukan. masa tu darjah 6. lepas UPSR kan tak ada kelas lagi kan. tapi sekolah amie buat pelbagai aktiviti. salah satu aktivitinya ialah pertandingan ala-ala ratu cantik ke style cantik ke hape benda ntah. amie pun masuk la. rasanya style cantik kot. sebab time tu amie dress up cam orang hip-hop je. naik atas pentas semua orang ayu je. time amie naik macam tomboy je. pakai t-shirt, seluar jeans dengan sapu tangan yang orang panggil key tu ikat kat kepala. dah tu kat pentas boleh plak buat style ala-ala rocker siap buat 'peace' lagi. bila pikir balik, aishh. malu nya. dah la semua budak darjah 6 tengok. eee~ malu-malu-malu....
  10. last but not least. perkara ni pasti terjadi kat semua orang. kalau tak terjadi kepada anda. okay fine. anda bernasib baik. huhu. nak tau apa yang terjadi.? huu~ malu je nak cite. ce cite ce cite. semua orang pernah jatuh kerusi kan.? amie pun pernah jugak. tapi amie jatuh kedebuk kebelakang. dah la pakai kain. adoiii~ malu nya. korang pun faham sendiri la kan.? ternampak la aurat sekejap. nasib baik la budak lelaki tak nampak apa-apa. dorang just gelak kan je. cis. sampai hati kan. huhu.
amboi gelak sakan eh.? huhu~ okay. cukup sudah sepuluh perkara memalukan zaman sekolah rendah. kalau boleh, korang pun share la cerita korang eh. kalau nak ajak orang baca, korang drop link korang kat sini. boleh jugak tumpang gelak kisah korang. hehehe.

Friday, January 21, 2011

Ice Age.

assalammualaikum.


hye kawan-kawan. amie nak tanya ni, siapa pernah tengok kartun Ice Age.? tak pernah.? baik korang download dan tengok. best tau, kelako. HUHU. okay. amie tak nak cerita pasal kartun Ice Age tu. amie jugak tak nak cerita pasal sinopsis kartun tu. amie nak cerita yang amie telah pergi ke zaman ais, yakni ICE AGE la. kenapa.? tak percaya eh.? korang pun boleh pergi jugak la. amie pergi sana pakai pintu ajaib Doraemon tau. okay, gurau je. HEHE.

Pengalaman Zaman Ais
 sebenarnya amie pergi 'The Ice Age Experience' di Berjaya Times Square. tempat ni macam pameran jugaklah. kita boleh lihat beberapa makhluk zaman ais disini. tempat ini dimiliki oleh Wizart Studio Sdn Bhd. kalau korang nak pergi, sila naik lif  bahagian tengah ke tingkat 7. keluar lif korang akan jumpa Cosmo World dulu, jalan sikit nanti korang jumpa la tempat nie. bayaran masuk adalah berbeza bagi setiap peringkat umur. yang amie ingat RM12 bagi dewasa iaitu mereka yang berumur 13 tahun ke atas. tapi semalam amie bawa kad pelajar dapat la masuk dengan harga RM10. wee~

senget pulak. ah.
dalam tu ada beberapa station tau. setiap station dia akan tunjukkanlah haiwan zaman ais tu. pelik-pelik dan mengejutkan la jugak. yelah, dapat tahu betapa besarnya makhluk zaman tu, beratnya dan rupanya juga. dorang cakap yang dalam pameran ni saiz kecil-kecil je, realitinya besar gila uh. huu~ kawan amie takut-takut je nak masuk. okay, amie pun sama. shhh~ jangan bagitahu siapa-siapa. HEHE. kalau pergi TS asyik boling, wayang dan karaoke je, apa kata korang pergi sini pula. best jugak tau dapat tau makhluk-makhluk zaman ais nie. pengalaman yang menyeronokkan. ayat cannot go je. HAHA. ada satu station tu kan, sejuk uh, dorang nak suruh kita rasai kesejukkan zaman ais. memang sejuk la, tapi dorang kata sebenarnya zaman ais tu lagi bertambah tambah tambah tambah sejuk ah. berapa banyak tambah daa.. sekarang korang tengok jelah gambar kat sana eh. layannn~ zasss~

boleh plak main cak-cak. kejut i tau.

burung DODO.

giant ground sloth. memang giant ah. ni saiz bayi  3 bulan je tau.


kaki tulis nota : terasa kerdil je uh. huu~

Saturday, January 15, 2011

ice room.

assalammualaikum.

adakah anda tahu apa itu Ice Room.?
adakah anda fikir Ice Room itu peti sejuk.?
atau mungkin bilik berais.?
anda SALAH.
*teettt*
Ice Room adalah sebuah restoran.
ahha.


ada sesiapa yang pernah makan disini.?
tak pernah.? *kesian*
apa yang special eh kat sini.?
tentulah snow ice cream nya, atau ais krim salji. eh.
tapi memang sedap la awak.
saya pernah pergi Ice Room ini di Taman Shamelin Perkasa.
yakni, yang berada dihadapan kolej saya.
muahahahahahahaha.
first time pergi sana pun sebab ada gathering.
macam-macam ais krim saya dah rasa.
memang sedap la. wee~
meh saya nak tunjukkan beberapa gambar ais krim yang saya ambil.
Check It Out yo.

perisa Mangga. Mango. sedap uh.

kacang. ermm, oke la.

strawberry. nice.

blueberry. nice jugak. wee~

ini adalah sebahagian gambar snow ice yang ada. ada banyak lagi pilihan sebenarnya. so, kalau korang nak cuba makan, pergi lah Ice Room yang berhampiran. muahahahaha.

kaki tulis nota : sedap seyh. uiks.

Thursday, January 13, 2011

tahun ini tiga semester.

assalammualaikum.

agak terkejut la jugak bila dapat tahu yang UiTM telah mengumumkan bahawa ada perubahan jadual pengkuliahan yang telah berkuatkuasa atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi. bagi sesiapa yang belum tahu mengenai pengumuman tersebut, anda boleh rujuk sini. manakala mereka yang nak tahu penjadualan pengkuliahan pula boleh rujuk sini.




walaupun aku pelajar KPTM dengan usahasama UiTM, maka aku jua turut terkena tempiasnya.(abaikan ayat ini). huu~ ini bermakna tahun ini aku belajar untuk tiga semester. wah, tiga semester dalam setahun terus. tapi baguslah, habis awal. wee~ dan atas sebab ini jugalah, maka aku telah membuat keputusan untuk mengambil MUET pada semester ini juga. huu~

kaki tulis nota : MUET senang tak.? hee~

Sunday, January 9, 2011

Riwayat Facebook Bakal Tamat.?

assalammualaikum.

umum telah mengetahui bahawa Facebook akan ditutup pada 15 Mac nanti. tapi ramai yang menganggap itu hanyalah gurauan semata-mata. eh, boleh bergurau pulak. aha. siapa yang tak tahu lagi boleh tengok kat sini. disebabkan semua dah tahu pasal penutupan yang bakal berlaku ni, maka ada sebuah page telah tertubuh. page ini adalah 'suara' pengguna facebook yang tidak mahu Facebook ni ditutup. wah, siap ada page lagi tu. siapa yang nak LIKE jom la terjah page Dont Close FB.

guwa umumkan Facebook telah tamat tempoh. HUH.
Sumber : Weekly World News

kaki tulis nota : berjayakah Facebook ini ditutup.? jeng. jeng. jeng...

UPDATE : dorang cakap benda ni just fake. aku dapat tau dari sini. HUH. guwa dah kena tipu la nie.? cis.

Saturday, January 8, 2011

siapa suh hang tak pi.?

assalammualaikum.

Satu Hasrat
Satu Semangat
Satu Tekad

tadi pagi amie baca surat khabar Utusan Malaysia. tang depan tu dok tulih 9000 remaja diburu. pasai apa dorang diburu.? pasai tak pi PLKN la. awat la dorang ni susah sangat nak pi PLKN tu. best apa. la ni da masing-masing kena denda. hukumannya kena lakukan khidmat masyarakat selama 240 jam. ambik hang. da la PLKN nie ada akta nya sendiri. maksudnya ada undang-undang la. buatnya naik ke mahkamah tak ke naya.?

sebenarnya kalau tak nak pergi, kita kena kemukakan sebab. ada beberapa sebab akan menyebabkan kita dikecualikan terus dari PLKN. sebagai contoh OKU, orang kurang upaya. (la ni bukan kurang upaya da, tapi kelainan upaya). kalau kita ada sebab lain pula macam nak sambung belajaq, kita boleh minta tangguh. maknanya sampai satu masa kita akan masuk jugak, mungkin di tahun lain, siri lain dan kumpulan lain. semua ni hangpa boleh rujuk kat Laman Web Rasmi JLKN.

sebenarnya ramai gak yang takut masa memula nak pi PLKN ni. yelah, banyak kes la kata dorang. buli la, rogol la n paling menakutkan kematian. banyak la gosip-gosip tersebar pasal perkara-perkara ini. dan gosip ini juga mendorong bakal pelatih rasa takut dan tak nak pergi. ish,ish,ish. amie pun tak tau la perkara-perkara nie betul ke idak. yang penting amie pun takut sebenarnya. hihi.

actually, amie pun terpilih jugak untuk memasuki PLKN nie. masa memula tau kan, agak frust dan takut jugaklah. yelah, takut kena buli la, pergi jauh la, apa la. last-last kan, memang betul amie kena pergi jauh. nak tau mana.? nak tau ke idak.? amie kena campak ke Kem PLKN Bumimas, Sibu, Sarawak. yes. SARAWAK. meraung jugaklah time nak pergi sana. nak-nak nya ada beberapa perkara terjadi. huuu~ pape pun, pengalaman kat sana memang menyeronokkan disamping mendapat rakan baru. wee~

kaki tulis nota : still lagi simpan surat dari PLKN. huu~ rugi tau kalau tak gi. huu~

Monday, January 3, 2011

sekolah...

assalammualaikum.

SMK Taman Seraya. sekolahku. wee~


hari ini persekolahan bagi sesi 2011 bermula bagi kebanyakkan negeri di Malaysia. pagi tadi jalan agak sesak juga. begitu juga tengahari tadi. elok pula jadual aku hari ini habis jam 1. maka aku berdepan dengan situasi jalan yang sesak. tambahan pula hujan ketika itu. dan teksi yang aku naiki melalui jalan yang penuh dengan sekolah. benar. ada tiga buah sekolah disitu. jadi kesesakkan dia bertambah-tambah. semalam ketika aku menonton berita di TV3, pada penutupnya mereka menyiarkan sedikit visual kanak-kanak yang baru masuk sekolah. murid Tahun 1. dua orang anak buah aku jua baru memasuki Tahun 1. melihatkan dua tiga situasi ini aku lantas teringat akan zaman persekolahanku.

aku berkira telah lama jua aku tinggalkan zaman persekolahan. sebenarnya tidaklah terlalu lama. hanya dua tahun lepas aku telah menamatkan zaman sekolah menengah. namun, terasa dalam diri ini yang zaman itu telah berlalu lama. entah mengapa aku beremosi dikala petang yang kuanggap suram ini. terasa air mata bagai hendak menitis pula. teringat zaman sekolah dulu. ketika mahu menuntut ilmu. walaupun sebenarnya banyak bermain selalu.

teringat bilamana hendak ke sekolah, mak dan ayah siapkan segala. dari baju hingga ke duit belanja. entah kenapa hati ini mudah terusik pula. mengenangkan memori itu. aku bukanlah orang berada, tidak juga papa. hanya sederhana. dan ku bersyukur pabila kelengkapan semua dapat disedia. teringat jua rakan-rakan yang menuntut ilmu bersama. bukan sekadar menuntut ilmu, bermain-main jua bersama. aku jua teringat akan guru-guru yang diibaratkan "seperti lilin membakar diri". mereka memberi ilmu untuk anak bangsa sendiri.

aku cuma ingin berpesan kepada adik-adikku, anak-anak bangsaku. tuntutlah ilmu sayang. jangan mudah leka dengan dunia yang sementara ini. adik, anak, belajarlah untuk Yang Maha Esa, ibu bapa, agama dan bangsa. semoga anda akan menjadi seorang yang berjaya atau sekurang-kurangnya berguna untuk masyarakat kita.

kaki tulis nota : rasa sayu menyelubungi diri. entah mengapa entah. dan aku mulai rasa ingin menjadi pendidik bangsa, mungkin seorang guru.

Saturday, January 1, 2011

selamat jalan 2010. selamat datang 2011.

assalammualaikum.

2010 sudah pun melabuhkan tirai. 
dan 2011 pula dah buka langsir. eh. HAHA. 
amie ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU. 
semoga anda semua terus maju jaya dan berdaya usaha untuk merealisasikan cita-cita. wee~
usia kita pula makin bertambah, jadi gunakanlah ia sebaiknya.
selesaikan yang semua tertangguh yee..

amie doakan agar :
- kita semua menjadi lebih baik.
- negara kita aman dan damai.
- mencapai apa yang kita impikan.
- dan segala perkara positif berlaku.
mudah-mudahan.
AMIN

kaki tulis nota : amie pula dah masuk 2 series. 20-an beb. ades.