Friday, December 31, 2010

wayang 2010.

assalammualaikum.

hai semua. apa khabar.? sihat.? alhamdulillah. hari ni 31 Dec 2010. bermakna lagi beberapa jam kita semakin hampir ke permulaan 2011. amie tak nak cerita banyak pasal tahun baru. tapi amie nak cerita pasal wayang. yup2. pasal wayang. amie nak cerita berkenaan dengan filem-filem yang amie tonton sepanjang tahun ini. well, tak de la banyak sangat filem yang amie tonton walaupun amie ni kira kaki wayang la gak. hee~ cuma kadang-kadang tak berkesempatan je nak pergi tonton kat panggung wayang yang berhampiran. kadang tu download or ambil dari orang je. hehe. tapi entry kali ini amie akan review secara peribadi sedikit sebanyak mengenai filem-filem yang amie tonton di wayang itu sendiri. dan semua ini berdasarkan tiket wayang yang amie simpan. wee~

sempat pulak edit jap. hee~


Valentine's Day
(English Movie)
amie tonton filem ni di Alamanda Putrajaya, bersama kakak amie. cerita ni memang sweet dan romantik gilak la. huu~ sangat seronok tengok filem nie. amie bagi 9/10 untuk filem ni.

Alice In Wonderland
(English Movie)
haa~ movie ni memang syok la. nak-nak nya ada Johnny Depp. memang seronok la kan. huu~ amie tonton filem nie dengan kawan kolej amie di Berjaya Times Square. untuk filem ni amie bagi 9/10 jugak la. hihi.

Haunted Room : Who Are You
(Thai Movie)
filem ni amie tengok dengan kawan kolej amie jugak. tak de kelas, apa lagi pergi tengok wayang la kan. hihi. tengok filem ni kat Pavilion. err.. cerita ni okay la. takde la seram sangat. nak tergelak pun ada gak. huhu.. so amie bagi 6/10 je. huu~

When In Rome
(English Movie)
cerita ni sangat la romantik ouh. sweet gilak tau tak.? haha. well, amie kan suka tengok cerita romantik-romantik ni. auuwww. gedik jap. haha. amie tengok movie yang so sweet ni kat Berjaya Times Square dengan kawan kolej amie jugak. huu~ filem ni amie bagi 9/10 la sebab sweet ouh.

Date Night
(English Movie)
HAHA. cerita ni lawak ouh. yelah pelakon dia pun memang pelawak an, tak kan la sedih pulak. huhu. cerita nie lawak pun ada, sweet pun ada. tapi lawak lagi ketara la. huhu. filem ni amie tonton dengan kawan kolej amie jugak kat Berjaya Times Square. disebabkan cerita nie kelakar, amie bagi 9/10. huhu..

Kick-Ass
(English Movie)
amie tengok filem ni kat Pavilion KL. cerita ni lawak jugak ouh. pasal superhero yang kelakar. biasanya superhero kan serius je except Superhero Movie. yang ni pun kelakar ouh. huhu. dah la nama cannot go. huu~ so amie bagi 8/10 la. huu~

Shrek 4 : Forever After
(English Movie)
filem shrek kalau tak lawak memang tak sah la kan.? haha. filem ni memang kita sedia maklum ia mengenai orge bernama shrek. amie paling suka donkey yang bengong tu. haha. lawak ouh. and amie tengok cerita ni kat Sunway Piramid, takkan Sunway Lagoon pulak. haha.. so, amie rasa amie bagi 9/10. huu~

Remember Me
(English Movie)
okay, cerita ni memang amie rasa sedih at the end of it. cerita ni lebih kepada kekeluargaan. jadi agak tersentuh bila tonton cerita ni. ending dia pula, hero dia mati an. lagi la sedih. huu~ amie tengok cerita ini kat KLCC. amie bagi 9/10 untuk cerita ini. wuu~

Kecoh Betul
(Malay Movie)
ek eleh, kecoh betul dak ni. waklu. okay mengarut. haha. amie tengok cerita ni di Pavilion KL. cerita ni agak menduka-citakan la jugak. lawak tu lawak la jugak. tapi tak seberapa sangat. hurmm. so amie bagi 6/10 la. okay kan.? hehe.

Lagenda Budak Setan
(Malay Movie)
amie tengok cerita ni dua kali, dua-dua kat Berjaya Times Square. cerita ni diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah. well, semua orang tahu pasal cerita ni. ramai yang menangis teresak-esak tak kurang jugak meraung-raung. tapi amie tak la. just bergenang je air mata tu. hihi. pape pun amie bagi 8/10. wee~

Karate Kid
(English Movie)
filem ni amie tengok kat The Mines. wee~ cerita ni lawak gak uh. hihi. anak Will Smith ni pandai gak berlakon ye, well bapak borek anak rintik mak bintik-bintik. HAHA. tapi memang serius lawak la. amie bagi 9/10 kerana ia menghiburkan. wee~

The Twilight Saga : Eclipse
(English Movie)
well cerita berkaitan percintaan manusia-pontianak-serigala. perghh. cinta tiga segi yang agak pelik la. huhu. cerita ni boleh diklasifikasikan sebagai romantik jugak. huu~ amie cair gila dengan Taylor Lautner. adoi. *pengsan* haha. amie tengok filem ni kat Berjaya Times Square. overall, amie bagi 9/10. huu~

Mantra
(Malay Movie)
okay amie tengok cerita ni di Berjaya Times Square. teman kawan amie dating. hihi. cerita ni okay la. seram pun ye jugak. huu~ so, amie bagi 7/10. hee~

Magika
(Malay Movie)
filem ni pu amie tengok kat Berjaya Times Square. okay, cerita dari produksi KRU memang da bomb la kan. huu~ filem muzikal arahan Edry Abdul Halim nie memang the best ouh. kumpulan kisah-kisah dahulu kala yang diberi nafas yang cukup sempurna menjadikan filem nie yang terbaik la. huu~ so, amie bagi 10/10 sebab ianya memang menghiburkan plus filem ni filem Melayu. huhu..

Jangan Pandang Belakang Congkak 2
(Malay Movie)
filem ni okay la. cuma ada kelucahan sedikit. ermm, nak kata seram sangat tu memanglah sebab cerita nie bukan cerita seram. nak kata lawa pulak, err.. boleh la. huu~ amie tengok filem ni di Berjaya Times Square jugak. hihi. so, amie bagi 7/10 la. okay la an.? hii~

Death Place
(Thai Movie)
okay filem ni kira filem seram la jugak, tapi dia gabungkan 4 cerita dalam satu filem. so, okay la. seram pun seram la jugak. biasa la adegan-adegan terkejut-terkejut mesti ada an. hiiiiiii~ ending dia tiba-tiba cam lawak. heh.? tapi yang penting semua mati. HAHA. amie tengok filem ni kat Berjaya Times Square. so, amie bagi 7/10. huu~

Ngangkung
(Malay Movie)
okay cerita seram lawak yang okay la lawak dan seramnya. huu~ BOX OFFICE bhaii.. haha. nak nak nya pakwe amie yang berlakon an. nak tahu siapa.? Angah Raja Lawak.? Shaziemy Sam la. adoi. hehe. tapi Angah la yang lawak nye an, siapa lagi. huhu. amie tengok movie ni kat Pavilion. huhu. overall 8.5/10 coz ending dia kureng sikit je. hihi.

Due Date
(English Movie)
filem ni amie tengok kat Pavilion. wee~ cerita ni lawak gila dohh. haha. pasal friendship la jugak. hihi. so amie bagi 8/10. hihi.

Hantu Kak Limah Balik Rumah
(Malay Movie)
amie tengok cerita ni kat Berjaya Times Square. penuh kott. ramai gila nak tengok filem nie. siapa yang tak nak tengok kan, lawak gila dohh. terutama part lari. haha. sakit perut amie gelak tau. huhu. cuma ending dia cam tergantung. maybe ada sambungan kot. hihi. pape pun amie bagi 9.5/10. muahahaha.

Damping Malam
(Malay Movie)
baru je amie tengok semalam di Pavilion. huu~ cerita ni boleh la tahan. tak de la seram sangat. okay je la. so amie bagi 7/10. huu~

Gulliver's Travel
(English Movie)
amie baru je tonton filem ni di Galaxy Ampang. huu~ cerita ni okay la. lawak pun ada gak. tapi cam ada maksud tersirat je. pasal Bermuda Triangle kan. huu~ pape pun amie bagi 7/10. wee~

kaki tulis nota : cuba fikir berapa banyak yang amie telah spend untuk movie. erkk. tak nak cakap la. huu~ nasib ada beberapa filem yang ditonton ada orang belanja. huhu..

4 comments:

Ryoma Ekhizen said...

wah~~~ byk nyer... boleh jadi panel juri nie... hehehe...

tahniah2 kerana memajukan pefileman Malaysia...

yeah!!!

Amie Eisya Pqa said...

hehe. panel juri tak bertauliah boleh la. huu~

terima kasih. marilah sama-sama memajukan industri perfileman Malaysia. muahahahaha. ngee~

a'im said...

semua cerit tersebut sudah berada didalam koleksi harddisk saya haha http://kindofsoul.blogspot.com/

Amie Eisya Pqa said...

wow. serius.? sangat jelez nie. huhu. :DD