Saturday, December 25, 2010

Selipar Tiga

assalammualaikum.

hyep. hari ini amie nak ceritakan serba sedikit mengenai permainan SELIPAR TIGA. siapa pernah dengar.? siapa pernah tahu.? dan siapa pernah main.? angkat tangan. wahh~ bagus-bagus. kalau tak silap amie permainan ini ada nama lain, tapi amie tak pasti la nama lain nya apa. ermm.. kalau ada diantara anda yang tahu, bagitahu amie dengan komen kat bawah nie ea. terima kasih. okay berbalik pula dengan selipar tiga. ada apa dengan Selipar Tiga.? tentulah SELIPAR. wee~

permainan Selipar Tiga.
[credits to : Google]

setiap permainan mesti ada rules nya. begitu juga dengan Selipar Tiga. komponen paling penting dalam permainan ini ialah Selipar. dua pasang selipar digunakan dalam permainan ini. tiga selipar akan disusun seperti gambar diatas. manakala lagi satu selipar pula akan digunakan untuk meruntuhkan selipar tersusun itu. selipar satu ini juga akan digunakan pihak lawan untuk 'mematikan' pihak pemain. 

hurmm.. siapa pihak pemain.? siapa pula pihak lawan.? okay. permainan ini memerlukan beberapa orang dalam nombor genap bagi memudahkan pembahagian masuk dalam kumpulan, sama ada A atau B. Contohnya, ada 8 budak comel nak main Selipar Tiga. jadi mereka akan membahagikan siapa masuk kumpulan A dan siapa pula kumpulan B, dan setiap kumpulan ada 4 orang. itulah maksudnya. 

okay, kumpulan mana yang jadi pihak lawan, kumpulan mana pula jadi pihak pemain. ini semua ditentukan pada awal permainan. siapa yang akan mulakan dulu. Contohnya, ketua kumpulan A dan ketua kumpulan B akan ber-'one two jus', siapa menang akan jadi pihak pemain, yang kalah pula jadi pihak lawan. kumpulan A menang 'one two jus' maka mereka akan jadi pihak pemain. akan tetapi, keadaan ini boleh berubah. sekiranya semua ahli kumpulan A telah di-'mati'-kan oleh kumpulan B, maka kumpulan B akan menjadi pihak pemain pula. begitulah seterusnya sampailah rasa bosan nak main. ahaks.

cara main pulak. setiap pihak pemain akan diberikan peluang 3 kali untuk meruntuhkan susunan selipar tiga. kalau dah cukup 3 kali, pass kat ahli kumpulan lain. kalau ada yang dapat menjatuhkannya, apalagi. lari la. tapi fikirkan pula cara nak susun kembali selipar tiga tu tanpa di-'mati'-kan oleh pihak lawan. maknanya, kalau anda dah terkena selipar satu tu, anda dah takde harapan nak pergi susun selipar tiga tu. ahli kumpulan anda yang kena fikir caranya. wee~ kalau semua pihak pemain dah 'mati', maka servis bertukar tangan. korang pulak jadi pihak lawan. oke.?

permainan ini memerlukan kekuatan fizikal serta mental yang kukuh. agak-agak mereka yang cengeng tu tak payah la main. sakit dik. betul akak tak tipu. terutamanya bila selipar yang dibaling pihak lawan terkena betul-betul tepat kat belakang badan. SAKIT GILAK. ahha. strategi pun kena ada. pihak pemain akan fikir bagaimana nak jatuhkan selipar, lari dengan pantas, susun balik selipar tiga tu dan macam-macam la. hee~ pihak lawan pula akan fikir bagaimana nak ganggu konsentrasi pihak pemain, cara nak kejar dorang, cara nak 'mati'-kan dorang dan pelbagai la. hee~ apa-apa pun permainan SELIPAR TIGA memang BEST. huu~

kaki tulis nota : dulu rajin main selipar tiga. sekarang pun rasa nak main lagi. tapi amie nak main guna selipar Crocs. okay tak.? heee~

cuba membayangkan susun selipar nie cam permainan selipar tiga.

huh! konpem always jatuh. haha.

No comments: