Monday, December 20, 2010

saya suka COKLAT!

assalammualaikum.

comel. ngee~
wee~ baru-baru ini amie ada menonton filem Charlie and The Chocolate Factory di laptop kesayangan amie. hee~ teraju utama filem ini ialah Johnny Deep. aha. filem ini mengisahkan tentang nasib seorang budak miskin iaitu Charlie yang akhirnya berjaya memiliki sebuah KILANG COKLAT kepunyaan Willy Wonka. unsur kekeluargaan banyak diterapkan dalam filem ini. banyak juga pengajaran yang boleh kita ambil dalam filem nie. contohnya, kekayaan tak menjanjikan apa-apa, jangan terlalu manjakan anak, teknologi pun boleh merosakkan dara diri dan pelbagai lagi. wee~

ahha. salah satu benda yang paling penting dalam filem ini adalah COKLAT. yummy~ amie berasa sangat la terliur bila tengok banyak coklat nie. huu~ well, amie kan penggila penggemar coklat. tak tahan betul tengok coklat nie. hehe. filem ini juga mengingatkan amie yang amie pernah ke kilang coklat masa sekolah dulu. perghh. excited gila time tu. huu~ yang paling penting dapat makan coklat free. wee~ sedapnya tak terkata tau. amie tengok cara macam mana diaorang buat coklat homemade. agak susah jugaklah. kena kacau banyak kali. tetapi, hasilnya. ouhhh. sedapnya... (memang sah gila coklat kan.? ahaks) 


homemade chocolate yang amie pernah beli. sedap. :D


tapi kan ramai orang cakap coklat tu menggemukkan. adoi. jangan la burukkan nama baik coklat. tak baik tau. heh~ coklat sebenarnya baik untuk kesihatan tau kawan-kawan. terutamanya DARK CHOCOLATE ataupun COKLAT HITAM. hee~ coklat terbahagi kepada beberapa jenis. jadi pilihlah dengan sebaiknya. wee~ 


coklat hitam, coklat putih dan coklat coklat. heh.


coklat hitam sebenarnya sesuai dimakan oleh pesakit DIABETES. ini kerana kandungan gula dalam coklat hitam tidak banyak berbanding coklat putih dan coklat coklat. eh. coklat susu la. hee~ coklat hitam juga boleh meredakan stress. so, siapa-siapa yang tengah stress tu, pergi makan coklat hitam banyak-banyak. wee~ coklat juga dapat meningkatkan kecantikkan. wahh~ tak yah wat pembedahan plastik lagi la nokk. haha. dan yang paling penting coklat hitam sebenarnya tidak menggemukkan. ulang suara. tidak menggemukkan. so, ape lagi. mari la bantai coklat hitam banyak-banyak. wee~

kaki tulis nota : sedang menikmati coklat Cadbury. yummy. ngee~

No comments: