Wednesday, December 15, 2010

pesan orang tua. jangan abaikan ye.

assalammualaikum.

haa~ hari ini aku nak cakap pasal pesanan orang tua. semua sedia maklum, masyarakat Melayu ni penuh dengan adat dan pantang larang. aku bukan nak cakap pasal adat. tapi lebih kepada PANTANG-LARANG. okay, berikut aku sertakan beberapa pantang-larang yang terkenal. huh. ada jugak pantang-larang yang terkenal ye. wee~

'jangan potong kuku waktu malam'. ahha, ada hikmahnya kalau kita ikut pantang ini, kuku kita biasanya keras sikit waktu malam, so nanti susah nak potong. lagi satu pula mata kita malam-malam bukannya nampak sangat, sekali terkerat dengan isi sekali, siapa susah.? tanggung la sendiri. hee~

'jangan duduk atas bantal, nanti bisul'. hurmm. dulu kakak aku cakap kat mak yang dia kena bisul, then mak aku pun cakap la, "ha. sape suruh duduk atas bantal, kan dah kena bisul". okay, aku pun mula-mula tak paham, cam mana pulak duk atas bantal leh kena bisul. kat bantal tu ada kutu untuk gigit bontot ke.? tapi bila da besar sikit baru aku paham, bantal tempat letak kepala, bukan punggung. kalau nak duduk kat tempat yang soft sikit duduk la kat atas kusyen. pastu aku confuse, kusyen tu tak sama macam bantal ke.? bila fikir balik, ohh, ejaannya lain. huu~

pantang yang lagi satu ni memang famous. semua orang pun tahu. pasal pantang ini lah membuatkan aku nak menulis pasal pantang-larang orang Melayu ni. pantang yang mana satu, yang ini lah :

'jangan menyanyi kat dapur, nanti dapat laki tua'. hah. pantang ini sangat la famous dan masih digunapakai hingga kini. huu~ aku agak terkesima la jugak masa kecik-kecik dulu, mak aku ada cakap jangan nyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua. mak aku tambah lagi, kalau orang tua kaya takpe gak, kalau tua yang takde pape.? haishh~ tapi orang cakap ini adalah mitos semata-mata, tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan perkara ini benar. (kajian saintifik terus. cannot go la.hee~) tapi ada hikmah sebenarnya, ni memastikan anak-anak dara tidak ter-over menyanyi sehingga terlupa berapa banyak garam dah masuk.(orang cakap kalau masak masin sangat maknanya nak berlaki. haa~). ataupun masak sampai hangit ataupun hangus. huu~

tapi aku ada satu persoalan. kalau menyanyi kat dapur tak boleh. bolehkan aku MIMING je.? ala, bukak radio then miming. boleh tak agak-agak.? heee~

nota tulis kaki : bila lah nak berlaki.? kena masak masin-masin dulu agaknya. heh~ *kidding*



2 comments:

tomatokering :) said...

okay pe dapat laki tua..hihi ;p

Amie Eisya Pqa said...

haha. okay ek.? mungkin sbb dorang matang. hurmm. mungkin la. hee~