Wednesday, December 29, 2010

hari ini...

assalammualaikum..

hari ini amie nak cakap pasal pendaftaran dan bola. wee~

okay kita mulakan dengan pendaftaran.. hari ini amie melangkahkan kaki menuju ke KPTM KL untuk menyelesaikan urusan pendaftaran sebagai pelajar SEMESTER 4, ya, semester 4. tak sangka gak uh. dah senior aku. gelabah jap. HAHA. pendaftaran berjalan dengan lancar la jugak. Alhamdulillah. amie sampai kolej pukul 10, ambil angka giliran. amie merupakan orang yang ke 520. ramai tak.? memang ramai. ini baru pelajar under UiTM, belum lagi Homegrown dan Coventry. amie ambil Diploma Perakaunan under UiTM. maknanya amie nie pelajar KPTM dan UiTM la. wee~ okay, sambung balik pasal pendaftaran, kan amie cakap amie pergi pukul 10 an, amie selesai semua pada pukul 12.30. huu~ perut pun dah nyanyi lagu hip hop. huhu. tapi amie tak terus balik, amie pergi tengok jadual kelas. setakat ni amie rasa jadual kelas tu okay la. Alhamdulillah. semoga semester 4 akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. AMIN. :D

now, bola. ada apa dengan bola.? bola itu bulat. okay, malam ini merupakan penentuan siapakah bakal menjadi JUARA PIALA SUZUKI AFF. perlawanan ini membabitkan dua negara, Malaysia dan Indonesia. perlawanan Akhir Pertama telah pun berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada Ahad lepas, dengan mencatatkan kemenangan Malaysia sebanyak 3-0 menentang Indonesia. syok gila tengok sampai sakit tekak even just tengok kat rumah. hehe. dan hari ini, hari ini perlawanan Akhir Kedua akan diadakan di Jakarta. banyak cakap-cakap dan komen-komen baik positif dan negatif menjadikan perlawanan bola antara kedua negara ini hangat la jugak. tapi amie malas nak ambil peduli sangat lah. apa yang penting ialah mari semua rakyat Malaysia kita doakan kemenangan Malaysia. SEMOGA MALAYSIA MENANG. AMIN.

aaauuummm...

kaki tulis nota : tulis kat status "Saya mendoakan agar Malaysia memperoleh kemenangan di Perlawan Akhir Kedua Piala Suzuki AFF. AMIN.". ada member amie copy and paste kat status dia. well, semoga ramai yang membaca dan ramai yang meng-amin-kan, mudah-mudahan doa itu akan makbul. insyaAllah. :D 

No comments: