Monday, December 6, 2010

tutup 'buku' lama, buka 'buku' baru.

assalammualaikum semua.

hari ini merupakan hari terakhir tahun 1431 Hijrah. bererti esok kita bakal memasuki tahun baru iaitu 1432 Hijrah. dan pada petang ini pula, selesai je solat asar dan sebelum maghrib, umat Islam digalakkan untuk membaca Doa Akhir Tahun sebanyak 3 kali.


selesai sahaja doa ini, tunggu la azan Maghrib pula. kemudian, solat Maghrib berjemaah. usai solat Maghrib, kita hendaklah baca Doa Awal Tahun sebanyak 3 kali juga.


semoga segala amalan yang pernah kita laksanakan diterima oleh Allah. dan semua dosa dan noda yang pernah kita lakukan diampuni Allah. semoga tahun baru memberi kita ruang untuk lebih mendekatinya. Amar Ma'ruf, Nahi Munkar.

kaki tulis nota : saya ingin ambil kesempatan untuk memohan keampunan kepada saudara dan saudari jika saya ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja. Salam Maal Hijrah 1432.


No comments: