Friday, December 31, 2010

wayang 2010.

assalammualaikum.

hai semua. apa khabar.? sihat.? alhamdulillah. hari ni 31 Dec 2010. bermakna lagi beberapa jam kita semakin hampir ke permulaan 2011. amie tak nak cerita banyak pasal tahun baru. tapi amie nak cerita pasal wayang. yup2. pasal wayang. amie nak cerita berkenaan dengan filem-filem yang amie tonton sepanjang tahun ini. well, tak de la banyak sangat filem yang amie tonton walaupun amie ni kira kaki wayang la gak. hee~ cuma kadang-kadang tak berkesempatan je nak pergi tonton kat panggung wayang yang berhampiran. kadang tu download or ambil dari orang je. hehe. tapi entry kali ini amie akan review secara peribadi sedikit sebanyak mengenai filem-filem yang amie tonton di wayang itu sendiri. dan semua ini berdasarkan tiket wayang yang amie simpan. wee~

sempat pulak edit jap. hee~


Valentine's Day
(English Movie)
amie tonton filem ni di Alamanda Putrajaya, bersama kakak amie. cerita ni memang sweet dan romantik gilak la. huu~ sangat seronok tengok filem nie. amie bagi 9/10 untuk filem ni.

Alice In Wonderland
(English Movie)
haa~ movie ni memang syok la. nak-nak nya ada Johnny Depp. memang seronok la kan. huu~ amie tonton filem nie dengan kawan kolej amie di Berjaya Times Square. untuk filem ni amie bagi 9/10 jugak la. hihi.

Haunted Room : Who Are You
(Thai Movie)
filem ni amie tengok dengan kawan kolej amie jugak. tak de kelas, apa lagi pergi tengok wayang la kan. hihi. tengok filem ni kat Pavilion. err.. cerita ni okay la. takde la seram sangat. nak tergelak pun ada gak. huhu.. so amie bagi 6/10 je. huu~

When In Rome
(English Movie)
cerita ni sangat la romantik ouh. sweet gilak tau tak.? haha. well, amie kan suka tengok cerita romantik-romantik ni. auuwww. gedik jap. haha. amie tengok movie yang so sweet ni kat Berjaya Times Square dengan kawan kolej amie jugak. huu~ filem ni amie bagi 9/10 la sebab sweet ouh.

Date Night
(English Movie)
HAHA. cerita ni lawak ouh. yelah pelakon dia pun memang pelawak an, tak kan la sedih pulak. huhu. cerita nie lawak pun ada, sweet pun ada. tapi lawak lagi ketara la. huhu. filem ni amie tonton dengan kawan kolej amie jugak kat Berjaya Times Square. disebabkan cerita nie kelakar, amie bagi 9/10. huhu..

Kick-Ass
(English Movie)
amie tengok filem ni kat Pavilion KL. cerita ni lawak jugak ouh. pasal superhero yang kelakar. biasanya superhero kan serius je except Superhero Movie. yang ni pun kelakar ouh. huhu. dah la nama cannot go. huu~ so amie bagi 8/10 la. huu~

Shrek 4 : Forever After
(English Movie)
filem shrek kalau tak lawak memang tak sah la kan.? haha. filem ni memang kita sedia maklum ia mengenai orge bernama shrek. amie paling suka donkey yang bengong tu. haha. lawak ouh. and amie tengok cerita ni kat Sunway Piramid, takkan Sunway Lagoon pulak. haha.. so, amie rasa amie bagi 9/10. huu~

Remember Me
(English Movie)
okay, cerita ni memang amie rasa sedih at the end of it. cerita ni lebih kepada kekeluargaan. jadi agak tersentuh bila tonton cerita ni. ending dia pula, hero dia mati an. lagi la sedih. huu~ amie tengok cerita ini kat KLCC. amie bagi 9/10 untuk cerita ini. wuu~

Kecoh Betul
(Malay Movie)
ek eleh, kecoh betul dak ni. waklu. okay mengarut. haha. amie tengok cerita ni di Pavilion KL. cerita ni agak menduka-citakan la jugak. lawak tu lawak la jugak. tapi tak seberapa sangat. hurmm. so amie bagi 6/10 la. okay kan.? hehe.

Lagenda Budak Setan
(Malay Movie)
amie tengok cerita ni dua kali, dua-dua kat Berjaya Times Square. cerita ni diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah. well, semua orang tahu pasal cerita ni. ramai yang menangis teresak-esak tak kurang jugak meraung-raung. tapi amie tak la. just bergenang je air mata tu. hihi. pape pun amie bagi 8/10. wee~

Karate Kid
(English Movie)
filem ni amie tengok kat The Mines. wee~ cerita ni lawak gak uh. hihi. anak Will Smith ni pandai gak berlakon ye, well bapak borek anak rintik mak bintik-bintik. HAHA. tapi memang serius lawak la. amie bagi 9/10 kerana ia menghiburkan. wee~

The Twilight Saga : Eclipse
(English Movie)
well cerita berkaitan percintaan manusia-pontianak-serigala. perghh. cinta tiga segi yang agak pelik la. huhu. cerita ni boleh diklasifikasikan sebagai romantik jugak. huu~ amie cair gila dengan Taylor Lautner. adoi. *pengsan* haha. amie tengok filem ni kat Berjaya Times Square. overall, amie bagi 9/10. huu~

Mantra
(Malay Movie)
okay amie tengok cerita ni di Berjaya Times Square. teman kawan amie dating. hihi. cerita ni okay la. seram pun ye jugak. huu~ so, amie bagi 7/10. hee~

Magika
(Malay Movie)
filem ni pu amie tengok kat Berjaya Times Square. okay, cerita dari produksi KRU memang da bomb la kan. huu~ filem muzikal arahan Edry Abdul Halim nie memang the best ouh. kumpulan kisah-kisah dahulu kala yang diberi nafas yang cukup sempurna menjadikan filem nie yang terbaik la. huu~ so, amie bagi 10/10 sebab ianya memang menghiburkan plus filem ni filem Melayu. huhu..

Jangan Pandang Belakang Congkak 2
(Malay Movie)
filem ni okay la. cuma ada kelucahan sedikit. ermm, nak kata seram sangat tu memanglah sebab cerita nie bukan cerita seram. nak kata lawa pulak, err.. boleh la. huu~ amie tengok filem ni di Berjaya Times Square jugak. hihi. so, amie bagi 7/10 la. okay la an.? hii~

Death Place
(Thai Movie)
okay filem ni kira filem seram la jugak, tapi dia gabungkan 4 cerita dalam satu filem. so, okay la. seram pun seram la jugak. biasa la adegan-adegan terkejut-terkejut mesti ada an. hiiiiiii~ ending dia tiba-tiba cam lawak. heh.? tapi yang penting semua mati. HAHA. amie tengok filem ni kat Berjaya Times Square. so, amie bagi 7/10. huu~

Ngangkung
(Malay Movie)
okay cerita seram lawak yang okay la lawak dan seramnya. huu~ BOX OFFICE bhaii.. haha. nak nak nya pakwe amie yang berlakon an. nak tahu siapa.? Angah Raja Lawak.? Shaziemy Sam la. adoi. hehe. tapi Angah la yang lawak nye an, siapa lagi. huhu. amie tengok movie ni kat Pavilion. huhu. overall 8.5/10 coz ending dia kureng sikit je. hihi.

Due Date
(English Movie)
filem ni amie tengok kat Pavilion. wee~ cerita ni lawak gila dohh. haha. pasal friendship la jugak. hihi. so amie bagi 8/10. hihi.

Hantu Kak Limah Balik Rumah
(Malay Movie)
amie tengok cerita ni kat Berjaya Times Square. penuh kott. ramai gila nak tengok filem nie. siapa yang tak nak tengok kan, lawak gila dohh. terutama part lari. haha. sakit perut amie gelak tau. huhu. cuma ending dia cam tergantung. maybe ada sambungan kot. hihi. pape pun amie bagi 9.5/10. muahahaha.

Damping Malam
(Malay Movie)
baru je amie tengok semalam di Pavilion. huu~ cerita ni boleh la tahan. tak de la seram sangat. okay je la. so amie bagi 7/10. huu~

Gulliver's Travel
(English Movie)
amie baru je tonton filem ni di Galaxy Ampang. huu~ cerita ni okay la. lawak pun ada gak. tapi cam ada maksud tersirat je. pasal Bermuda Triangle kan. huu~ pape pun amie bagi 7/10. wee~

kaki tulis nota : cuba fikir berapa banyak yang amie telah spend untuk movie. erkk. tak nak cakap la. huu~ nasib ada beberapa filem yang ditonton ada orang belanja. huhu..

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara.

assalammualaikum.


Piala Suzuki AFF sudah pun berakhir. 
ternyata Malaysia menjuarai perlawanan akhir ini menentang Indonesia dengan agregat 4-2. ALHAMDULILLAH. 
sangat suka dengan kemenangan yang diperolehi ini. (apehal aku cam skema sangat.?) ahaks~ 
semoga kejayaan Malaysia akan tetap berterusan. Amin. 
dan yang paling amie suka ialah penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat
cara dia save, adoiii.. cair hati i tau. ngee~ 

abe fahmi le. :DD

Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pun HEBAT jugak. huu~
apa-apa pun TAHNIAH Malaysia. wee~
kami semua sangat bangga menjadi anak Malaysia.

kaki tulis nota : diumumkan esok Malaysia CUTI. wee~ okay, just kidding. ngee~

UPDATE : sekali memang betul Malaysia dapat cuti. gila lah. errr.. tapi pelajar IPT dapat extend cuti lagi seminggu tak.? hehe. *kidding* ngee~

hari ini...

assalammualaikum..

hari ini amie nak cakap pasal pendaftaran dan bola. wee~

okay kita mulakan dengan pendaftaran.. hari ini amie melangkahkan kaki menuju ke KPTM KL untuk menyelesaikan urusan pendaftaran sebagai pelajar SEMESTER 4, ya, semester 4. tak sangka gak uh. dah senior aku. gelabah jap. HAHA. pendaftaran berjalan dengan lancar la jugak. Alhamdulillah. amie sampai kolej pukul 10, ambil angka giliran. amie merupakan orang yang ke 520. ramai tak.? memang ramai. ini baru pelajar under UiTM, belum lagi Homegrown dan Coventry. amie ambil Diploma Perakaunan under UiTM. maknanya amie nie pelajar KPTM dan UiTM la. wee~ okay, sambung balik pasal pendaftaran, kan amie cakap amie pergi pukul 10 an, amie selesai semua pada pukul 12.30. huu~ perut pun dah nyanyi lagu hip hop. huhu. tapi amie tak terus balik, amie pergi tengok jadual kelas. setakat ni amie rasa jadual kelas tu okay la. Alhamdulillah. semoga semester 4 akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. AMIN. :D

now, bola. ada apa dengan bola.? bola itu bulat. okay, malam ini merupakan penentuan siapakah bakal menjadi JUARA PIALA SUZUKI AFF. perlawanan ini membabitkan dua negara, Malaysia dan Indonesia. perlawanan Akhir Pertama telah pun berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada Ahad lepas, dengan mencatatkan kemenangan Malaysia sebanyak 3-0 menentang Indonesia. syok gila tengok sampai sakit tekak even just tengok kat rumah. hehe. dan hari ini, hari ini perlawanan Akhir Kedua akan diadakan di Jakarta. banyak cakap-cakap dan komen-komen baik positif dan negatif menjadikan perlawanan bola antara kedua negara ini hangat la jugak. tapi amie malas nak ambil peduli sangat lah. apa yang penting ialah mari semua rakyat Malaysia kita doakan kemenangan Malaysia. SEMOGA MALAYSIA MENANG. AMIN.

aaauuummm...

kaki tulis nota : tulis kat status "Saya mendoakan agar Malaysia memperoleh kemenangan di Perlawan Akhir Kedua Piala Suzuki AFF. AMIN.". ada member amie copy and paste kat status dia. well, semoga ramai yang membaca dan ramai yang meng-amin-kan, mudah-mudahan doa itu akan makbul. insyaAllah. :D 

Saturday, December 25, 2010

Selipar Tiga

assalammualaikum.

hyep. hari ini amie nak ceritakan serba sedikit mengenai permainan SELIPAR TIGA. siapa pernah dengar.? siapa pernah tahu.? dan siapa pernah main.? angkat tangan. wahh~ bagus-bagus. kalau tak silap amie permainan ini ada nama lain, tapi amie tak pasti la nama lain nya apa. ermm.. kalau ada diantara anda yang tahu, bagitahu amie dengan komen kat bawah nie ea. terima kasih. okay berbalik pula dengan selipar tiga. ada apa dengan Selipar Tiga.? tentulah SELIPAR. wee~

permainan Selipar Tiga.
[credits to : Google]

setiap permainan mesti ada rules nya. begitu juga dengan Selipar Tiga. komponen paling penting dalam permainan ini ialah Selipar. dua pasang selipar digunakan dalam permainan ini. tiga selipar akan disusun seperti gambar diatas. manakala lagi satu selipar pula akan digunakan untuk meruntuhkan selipar tersusun itu. selipar satu ini juga akan digunakan pihak lawan untuk 'mematikan' pihak pemain. 

hurmm.. siapa pihak pemain.? siapa pula pihak lawan.? okay. permainan ini memerlukan beberapa orang dalam nombor genap bagi memudahkan pembahagian masuk dalam kumpulan, sama ada A atau B. Contohnya, ada 8 budak comel nak main Selipar Tiga. jadi mereka akan membahagikan siapa masuk kumpulan A dan siapa pula kumpulan B, dan setiap kumpulan ada 4 orang. itulah maksudnya. 

okay, kumpulan mana yang jadi pihak lawan, kumpulan mana pula jadi pihak pemain. ini semua ditentukan pada awal permainan. siapa yang akan mulakan dulu. Contohnya, ketua kumpulan A dan ketua kumpulan B akan ber-'one two jus', siapa menang akan jadi pihak pemain, yang kalah pula jadi pihak lawan. kumpulan A menang 'one two jus' maka mereka akan jadi pihak pemain. akan tetapi, keadaan ini boleh berubah. sekiranya semua ahli kumpulan A telah di-'mati'-kan oleh kumpulan B, maka kumpulan B akan menjadi pihak pemain pula. begitulah seterusnya sampailah rasa bosan nak main. ahaks.

cara main pulak. setiap pihak pemain akan diberikan peluang 3 kali untuk meruntuhkan susunan selipar tiga. kalau dah cukup 3 kali, pass kat ahli kumpulan lain. kalau ada yang dapat menjatuhkannya, apalagi. lari la. tapi fikirkan pula cara nak susun kembali selipar tiga tu tanpa di-'mati'-kan oleh pihak lawan. maknanya, kalau anda dah terkena selipar satu tu, anda dah takde harapan nak pergi susun selipar tiga tu. ahli kumpulan anda yang kena fikir caranya. wee~ kalau semua pihak pemain dah 'mati', maka servis bertukar tangan. korang pulak jadi pihak lawan. oke.?

permainan ini memerlukan kekuatan fizikal serta mental yang kukuh. agak-agak mereka yang cengeng tu tak payah la main. sakit dik. betul akak tak tipu. terutamanya bila selipar yang dibaling pihak lawan terkena betul-betul tepat kat belakang badan. SAKIT GILAK. ahha. strategi pun kena ada. pihak pemain akan fikir bagaimana nak jatuhkan selipar, lari dengan pantas, susun balik selipar tiga tu dan macam-macam la. hee~ pihak lawan pula akan fikir bagaimana nak ganggu konsentrasi pihak pemain, cara nak kejar dorang, cara nak 'mati'-kan dorang dan pelbagai la. hee~ apa-apa pun permainan SELIPAR TIGA memang BEST. huu~

kaki tulis nota : dulu rajin main selipar tiga. sekarang pun rasa nak main lagi. tapi amie nak main guna selipar Crocs. okay tak.? heee~

cuba membayangkan susun selipar nie cam permainan selipar tiga.

huh! konpem always jatuh. haha.

bicara EGO dan BAHGIA

tanah gersang itu
masih rapuh dan berdebu
ku ibaratkan ego ada disitu
tiada satu membantu
tiada juga yang menahu
cara untuk tutup tanah itu

ayuhlah
usah biarkan tanah ini terus gersang
ibarat merelakan benci dan keegoaan
yang makin lama makin menebal

harus ada keindahan tersemai
harus ada kenikmatan tercapai
dan kebahagiaan akan digapai

lalu campakkan benih sayang
dan siramilah dengan kasih
agar ego terus tenggelam
dan tidak kelihatan
maka bahgia kan mula bercambah

beberapa ketika
beberapa lama
bila sabar ada
hikmah kan menjelma

tercampaknya benih semaian
dan tlah terbenamlah keegoan
terlalu jauh kedalaman
tertimbullah kebahagian
yang kan mekar berpanjangan
mengerat perhubungan

kaki tulis nota : mengapa perlu semai kebencian dan meneruskan keEGOan, sedangkan dalam hati sudah ada cinta yang membawa keBAHAGIAan.? (apa menggila aku berpuisi.? huh~)

Monday, December 20, 2010

saya suka COKLAT!

assalammualaikum.

comel. ngee~
wee~ baru-baru ini amie ada menonton filem Charlie and The Chocolate Factory di laptop kesayangan amie. hee~ teraju utama filem ini ialah Johnny Deep. aha. filem ini mengisahkan tentang nasib seorang budak miskin iaitu Charlie yang akhirnya berjaya memiliki sebuah KILANG COKLAT kepunyaan Willy Wonka. unsur kekeluargaan banyak diterapkan dalam filem ini. banyak juga pengajaran yang boleh kita ambil dalam filem nie. contohnya, kekayaan tak menjanjikan apa-apa, jangan terlalu manjakan anak, teknologi pun boleh merosakkan dara diri dan pelbagai lagi. wee~

ahha. salah satu benda yang paling penting dalam filem ini adalah COKLAT. yummy~ amie berasa sangat la terliur bila tengok banyak coklat nie. huu~ well, amie kan penggila penggemar coklat. tak tahan betul tengok coklat nie. hehe. filem ini juga mengingatkan amie yang amie pernah ke kilang coklat masa sekolah dulu. perghh. excited gila time tu. huu~ yang paling penting dapat makan coklat free. wee~ sedapnya tak terkata tau. amie tengok cara macam mana diaorang buat coklat homemade. agak susah jugaklah. kena kacau banyak kali. tetapi, hasilnya. ouhhh. sedapnya... (memang sah gila coklat kan.? ahaks) 


homemade chocolate yang amie pernah beli. sedap. :D


tapi kan ramai orang cakap coklat tu menggemukkan. adoi. jangan la burukkan nama baik coklat. tak baik tau. heh~ coklat sebenarnya baik untuk kesihatan tau kawan-kawan. terutamanya DARK CHOCOLATE ataupun COKLAT HITAM. hee~ coklat terbahagi kepada beberapa jenis. jadi pilihlah dengan sebaiknya. wee~ 


coklat hitam, coklat putih dan coklat coklat. heh.


coklat hitam sebenarnya sesuai dimakan oleh pesakit DIABETES. ini kerana kandungan gula dalam coklat hitam tidak banyak berbanding coklat putih dan coklat coklat. eh. coklat susu la. hee~ coklat hitam juga boleh meredakan stress. so, siapa-siapa yang tengah stress tu, pergi makan coklat hitam banyak-banyak. wee~ coklat juga dapat meningkatkan kecantikkan. wahh~ tak yah wat pembedahan plastik lagi la nokk. haha. dan yang paling penting coklat hitam sebenarnya tidak menggemukkan. ulang suara. tidak menggemukkan. so, ape lagi. mari la bantai coklat hitam banyak-banyak. wee~

kaki tulis nota : sedang menikmati coklat Cadbury. yummy. ngee~

Friday, December 17, 2010

saya suka Times Square.

assalammualaikum.

disini amie nak buat pengakuan bahawa amie adalah kutu kaki rayau. hee~ amie memang suka merayau terutamanya dengan kawan-kawan amie. tempat yang paling selalu kiteorang rayaukan ialah Berjaya Times Square.(berjayakan time square itu.? okay ngarut). hee~ Time Square adalah satu tempat yang kira memenuhi citarasa kami sekawan. macam-macam ada kat sana. kira ada pakej lengkap la.(promote TS plak. hee~). aktiviti yang kiteorang suka bila berada di Times Square ialah :

shopping

window shopping.

makan-makan.

tonton wayang. GSC.

main boling. Ampang Superbowl.

rendam kaki. Fish Spa

karaoke. KTV.(kat luar TS, tp kira dekat la)

theme park. Cosmo World.(da lama tak g)

TS adalah tempat yang tidak terlalu mahal. jadi bagi amie yang sederhana nie sangat sesuai la merayap kat sini. nak pergi TS pun senang. sama ada naik bas RapidKL atau pun LRT dan Monorel. kalau naik bas, amie akan tunggu bas berhampiran kawasan tempat tinggal amie. bas yang amie naik biasanya U27. kalau amie tunggu kat area rumah kawan amie pulak, kiteorang naik U47. kalau naik LRT, cam biasa turun kat station Hang Tuah, pastu jalan la kaki sampai TS. agak-agak malas, naik la monorel kat Hang Tuah tu sampai ke Imbi. huu~

kesimpulannya, TS adalah tempat yang menjadi kegemaran amie dan kawan-kawan. wee~ tapi amie suka juga pergi Jalan TAR. hee~

Berjaya Times Square.

kaki tulis nota : entri ini kira mempromote jugak an.? agak-agak dapat pape tak.? okay jangan berangan. hahaha.

Wednesday, December 15, 2010

pesan orang tua. jangan abaikan ye.

assalammualaikum.

haa~ hari ini aku nak cakap pasal pesanan orang tua. semua sedia maklum, masyarakat Melayu ni penuh dengan adat dan pantang larang. aku bukan nak cakap pasal adat. tapi lebih kepada PANTANG-LARANG. okay, berikut aku sertakan beberapa pantang-larang yang terkenal. huh. ada jugak pantang-larang yang terkenal ye. wee~

'jangan potong kuku waktu malam'. ahha, ada hikmahnya kalau kita ikut pantang ini, kuku kita biasanya keras sikit waktu malam, so nanti susah nak potong. lagi satu pula mata kita malam-malam bukannya nampak sangat, sekali terkerat dengan isi sekali, siapa susah.? tanggung la sendiri. hee~

'jangan duduk atas bantal, nanti bisul'. hurmm. dulu kakak aku cakap kat mak yang dia kena bisul, then mak aku pun cakap la, "ha. sape suruh duduk atas bantal, kan dah kena bisul". okay, aku pun mula-mula tak paham, cam mana pulak duk atas bantal leh kena bisul. kat bantal tu ada kutu untuk gigit bontot ke.? tapi bila da besar sikit baru aku paham, bantal tempat letak kepala, bukan punggung. kalau nak duduk kat tempat yang soft sikit duduk la kat atas kusyen. pastu aku confuse, kusyen tu tak sama macam bantal ke.? bila fikir balik, ohh, ejaannya lain. huu~

pantang yang lagi satu ni memang famous. semua orang pun tahu. pasal pantang ini lah membuatkan aku nak menulis pasal pantang-larang orang Melayu ni. pantang yang mana satu, yang ini lah :

'jangan menyanyi kat dapur, nanti dapat laki tua'. hah. pantang ini sangat la famous dan masih digunapakai hingga kini. huu~ aku agak terkesima la jugak masa kecik-kecik dulu, mak aku ada cakap jangan nyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua. mak aku tambah lagi, kalau orang tua kaya takpe gak, kalau tua yang takde pape.? haishh~ tapi orang cakap ini adalah mitos semata-mata, tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan perkara ini benar. (kajian saintifik terus. cannot go la.hee~) tapi ada hikmah sebenarnya, ni memastikan anak-anak dara tidak ter-over menyanyi sehingga terlupa berapa banyak garam dah masuk.(orang cakap kalau masak masin sangat maknanya nak berlaki. haa~). ataupun masak sampai hangit ataupun hangus. huu~

tapi aku ada satu persoalan. kalau menyanyi kat dapur tak boleh. bolehkan aku MIMING je.? ala, bukak radio then miming. boleh tak agak-agak.? heee~

nota tulis kaki : bila lah nak berlaki.? kena masak masin-masin dulu agaknya. heh~ *kidding*



Friday, December 10, 2010

hari keputusan UiTM

assalammualaikum..

haa~ hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar UiTM. confirm ke dinantikan.? haa~ yang tu kita tak tahu. okay, mengarut. berpandukan pada rajah tajuk diatas, hari ini merupakan hari bersejarah bagi pelajar UiTM, ada yang menangis, ada yang ketawa tidak kurang juga yang tiada perasaan. okay, mengarut lagi. hari ini confirm laman web UiTM akan menjadi lembab oleh kerana ramai yang berpusu-pusu untuk melihat result mereka. huuu~ dan laman UiTM akan mencatatkan peningkatan pengunjung seratus peratus. okay aku da mula merepek. haha.

Usaha, Taqwa, Mulia

okay. buat semua yang sudah cek result tu, tahniah kerana lulus semua subjek. tahniah juga kerana dapat dekan. tahniah juga kerana pointer above zon selamat. bagi mereka yang kurang bernasib baik, jangan risau, sem depan ada lagi. struggle okay. insyaAllah, anda akan menempa kejayaan juga. hee~

kaki tulis nota : Alhamdulillah. syukur. :)

Wednesday, December 8, 2010

hari lahir ayahanda.

assalammualaikum.

haa. dah pukul 12.12 malam. bererti dah 8 Dec 2010. ini bermakna hari lahir ayahku yang ke 58. ayahku masih muda. heee~ tadi kami sekeluarga celebrate yakni makan besar di Restoran View Village di Bangi kot. ntah, aku pun tak pasti.. haaa~ seronok gila makan ramai-ramai. dah lama famili ku tak keluar makan ramai-ramai cam ni. yang best nya satu famili pakai baju warna pink.(gambar nanti aku upload.. heee~). makanan yang di order ialah nasi, ikan siakap masak 3 rasa, masak steam n masak kerabu mangga kot. ntah, aku tak makan yang tu. then, sambal udang, sayur kailan n side order seperti chicken chop (side order ke ni.? heh), french fries and air pulak jus oren. kesimpulannya, KENYANG GILA! phewww. sangat sedap. ngeee~ pape pun, nak ucapkan selamat hari lahir buat ayahanda, semoga panjang usia dan murah rezeki. kami anak-anak ayah, sayangkan ayah erat-erat. huuu~



kaki tulis nota : sebak~

Monday, December 6, 2010

tutup 'buku' lama, buka 'buku' baru.

assalammualaikum semua.

hari ini merupakan hari terakhir tahun 1431 Hijrah. bererti esok kita bakal memasuki tahun baru iaitu 1432 Hijrah. dan pada petang ini pula, selesai je solat asar dan sebelum maghrib, umat Islam digalakkan untuk membaca Doa Akhir Tahun sebanyak 3 kali.


selesai sahaja doa ini, tunggu la azan Maghrib pula. kemudian, solat Maghrib berjemaah. usai solat Maghrib, kita hendaklah baca Doa Awal Tahun sebanyak 3 kali juga.


semoga segala amalan yang pernah kita laksanakan diterima oleh Allah. dan semua dosa dan noda yang pernah kita lakukan diampuni Allah. semoga tahun baru memberi kita ruang untuk lebih mendekatinya. Amar Ma'ruf, Nahi Munkar.

kaki tulis nota : saya ingin ambil kesempatan untuk memohan keampunan kepada saudara dan saudari jika saya ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja. Salam Maal Hijrah 1432.


Wednesday, December 1, 2010

gila bayang sudah..

assalammualaikum..

haishh. masalah betul la. nie la akibatnya bila dah gila bayang. payahnya rasa. nak tahu apa yang buat aku gila bayang.? haishh.. susah lah nak cerita. tapi aku da memang gila bayang gila. uiks. banyaknya gila an. tapi aku tak gila lagi. huhuhu. hurm.. aku sekarang tengah gila bayang dengan KAMERA DSLR. haishh. payahnya rasa. huhu. bila lah aku akan memilikinya ya.? hai, gila bayang habis. 



kaki tulis nota : dapat salah satu pun jadi la kan.? haish. sah aku da gila bayang kat kamera DSLR. uiks.!