Friday, November 26, 2010

November.

hey, da nak habis bulan november bukan.? sekejap je rasa. bulan ni kira bermakna bagiku. yelah. aku kan dilahirkan pada bulan november. tahun ini aku dah mencecah 19 tahun. ya Allah, tambah setahun jadi 20. ouh. da matang. tapi matang ke.? itu yang kita tak tahu. ngee~ bulan ini juga menggenapkan setahun aku single. yeah baby. single. tapi single ke tak ke, biasa je. family and friends still here for me. insyaAllah. sepanjang 19 tahun hidup nie, banyak yang telah kukecapi, banyak jua yang ku tertinggal. aku cuba untuk tidak kesali apa yg ku telah tinggalkan, aku jua turut tidak mahu terlalu puas hati dengan apa yang aku telah capai. ku cuma berharap agar aku dapat berubah dan terus berubah serta melangkah dengan tabah didunia yang sementara dan mencabar ini. ku juga berharap agar aku akan peroleh kesenangan didunia dan semestinya di akhirat kelak. aku mahukan yang terbaik semestinya. dan untuk mendapatkan yang terbaik, aku mesti jadi yang terbaik dahulu. yes. terbaik!. eh, aku rasa aku da mula meleret. ahha.. baik stop dulu kan.? baiklah. assalammualaikum.

kaki tulis nota: buat saudara dan saudari, maafkan saya jika saya ada salah dan silap. huh. rindu kat semua. sayang semua. muahhxx. :D