Tuesday, September 7, 2010

jika dulu..

jika dulu..

ketika terbit sang mentari,

senyumanku akan indah berseri,

sambil bermesej sayang-menyayangi,

daripada si dia, kekasih hati..



jika dulu..

aku sentiasa ceria,

pabila bertemu dengannya,

ouh, kekasih pujaan hamba,

kau buat diriku merasa bahgia..



jika dulu..

ketika sakit menimpa diriku,

dia melayanku bagai ratu,

mengucapkan kata-kata rindu,

untuk melihatku sihat seperti dulu..



jika dulu..

sebelum ku lena diulit mimpi,

dia pasti akan menghubungi,

berkata kepadaku yang dia sayangi,

agarku tidur dengan senang hati..



tapi sayang, kini, cinta itu tiada lagi,

yang ada hanya perasaan benci,

gara-gara pergaduhan tempoh hari..



kini..

tiada lagi gurauan manja,

tiada lagi ucapan rindu darinya,

tiada lagi kata-kata sayang dan cinta,

tiada lagi janji untuk hidup bersama,

ouh, semuanya hilang sekelip mata..



kini, aku mengerti,

kufahami dan kusedari,

tiada cinta yang abadi,

selain cinta kepada Illahi...



::cinta kan bunga, bunga kan layu..

cinta manusia, oh, cinta kan pergi..

cintakan Rasul, cinta sejati..

cintakan Allah, kan kekal abadi::


p/s : karya ini direka gara-gara frust bercinta dan melihatkan keadaan orang yang bercinta. huhu.


No comments: