Monday, August 23, 2010

nostalgia ramadhan.

alhamdulillah. hari ini sudah masuk hari ke 13 bulan ramadhan. sedar tak sedar dah 13 hari kita berpuasa. sepanjang ramadhan ini jua aku ada menonton sebuah rancangan sebelum masuk waktu berbuka puasa, rancangan itu ialah nostalgia ramadhan. sangat seronok tengok rancangan itu kerana ia berkaitan dengan kenangan-kenangan yang dialami oleh artis negara kita yang berpuasa. *teettt*

aku jua turut terkena tempiasnya, maksud aku, aku jua terkenang nostalgia ketika berpuasa masa kanak-kanak dulu. ada yang melucukan dan jua nakal! hehe. yang paling aku ingati ialah ada suatu ketika dahulu, kami sekeluarga sedang menanti waktu berbuka, untuk dengar azan, kami mendengar radio sahaja kerana televisyen diruang tamu, manakala kami makan didapur. suatu hari itu, sedang kakak saya mencari siaran radio, tiba-tiba terdengar azan, aku dan seorang abang saya terus minum dam menjamah kuih. walhal, tanpa kami ketahui siaran radio itu adalah siaran radio untuk negeri Johor. ayah saya memarahi kakak saya, saya dan abang saya juga. haha. padan muka.

teringat pula masa umur  5 tahun, ketika mahu berjinak-jinak dengan puasa, memang agak payah pada mulanya, tapi aku gagahkan diri kerana ayah ku berjanji nak beli gula-gula untuk aku. seronok gila masa pertama kali puasa tu. semua benda nak dapat(yang masuk akal sahaja okay) huhu. memang nostalgik la. sangat gembira. sebenarnya banyak lagi cerita aku, tapi lain kali la ye. insyaAllah. :)

No comments: