Friday, August 27, 2010

nostalgia ramadhan 2

entry ini dibuat pada malam 18 ramadhan. dua-tiga hari ini lagu-lagu raya dah mula berkumandang, aku jua tidak lepaskan peluang untuk mendendangkan lagu raya jua. hehe. maksud aku, memainkan lagu raya dalam telefon bimbitku. kadang-kadang ada jua aku nyanyi. hehe. kali ini aku hendak bercerita mengenai kenakalan aku ketika berpuasa masa kanak-kanak dahulu, nakal ke.? sikit la kot. apa-apa pun, layan...

nakalnya aku ketika ramadhan ialah pabila aku makan chocolate rice. mana dapat chocolate rice ye.? ketika itu kakak ku sedang membuat kuih raya. mungkin disebabkan terliur melihat kuih raya tersebut, hati ini terdetik untuk makan walhal ketika itu sudah petang, lagi beberapa jam untuk berbuka. aku pula seolah-olah beruntung kerana ditugaskan untuk meletak chocolate rice diatas kuih tersebut. disebabkan oven jauh dari tempat kami menyediakan kuih, jadi aku berkesempatan untuk menyuapkan chocolate rice sementara kakak ku meletakkan kuih di dalam oven. nakal la gak. pandai ambil kesempatan. hehe.

satu lagi kisah bilamana ketika kanak-kanak dulu aku rajin ke surau untuk menunaikan terawih bersama jiran-jiranku. sebenarnya, niat nak pergi terawih tu memang wujud, cuma ada agenda besar disebaliknya. agenda tersebut tidak lain tidak bukan, bermain mercun dan bunga api. kami menunaikan terawih hanya lapan rakaat, disebabkan ibu bapa ku solat terawih sampai habis, maka aku mempunyai cukup masa untuk bergembira dan bersuka ria. hehe. selesai sahaja kami berterawih, kami beramai-ramai akan menuju ke kedai untuk membeli 'peralatan' kami. aku mempunyai tabung aku sendiri, ini bererti aku punyai duit yang dikorek dari tabung untuk membeli mercun dan bunga api. setelah selesai membeli-belah, kami akan bergerak ke rumah jiranku(selang dua buah rumah dari rumahku) untuk memulakan projek. kami akan bermain sampai 'peralatan' kami habis, yang membuktikan kami nakal ialah bila kami membakar mercun dan meletupkannya dalam tin Milo kosong. perghhh, nakal habis. ada seorang mak cik tu marah kami semua kerana kebisingan yang melampau-lampau, yelah, main depan rumah dia, memang la kena marah. hehe.

itu antara satu-dua kisah aku, mungkin aku akan menulis lagi mengenai nostalgia ramadhan.

No comments: