Sunday, June 27, 2010

nak tengok wayang ke apa.? adoi.

aku ni kira kaki wayang la gak. suka menonton wayang jika ada kesempatan. aku paling suka bila tonton wayang bersama penonton yang sporting. maknanya, mereka seolah-olah menghayati cerita itu. itu yang paling aku suka. tapi ada lah juga beberapa makhluk Tuhan yang bikin panas je. bayangkan nak kita nak menghayati boleh pula mereka kritik lebih-lebih, cakap kuat-kuat pula tu. memang GERAM sangat la. macamlah dia saja yang bayar tiket wayang tu. kalau nak kritik pon, kritik la bila dah keluar dari panggung wayang tu.  macam tak boleh saja. kalau tak ingat, tulis apa yang tak puas hati, kemudian luahkan bila cerita tu dah habis. ada ke patut time aku nak feeling sedih-sedih, boleh pula berbual-bual. ish! pergi kedai mamak la kalau nak berbual. kalau tak suka sangat dengan cerita tu, keluar je dari panggung wayang tu la. senang cerita. huh. geram, geram, geram.!

No comments: